Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2008

Siaran Langsung Parlimen

Saya sempat mengikuti siaran langsung persidangan Parlimen pagi tadi. Tepat sebagaimana agakan, YB-YB kita telah menggunakan peluang tersebut untuk menunjukkan belang masing-masing. Maklumlah masuk TV. Ditambah pula dengan minyak yang dicurahkan oleh YDP Dewan yang tidak membenarkan soalan tambahan ditanya, bertambah maraklah apinya. Memang nampak sangat seolah-olah YB veteran seperti mahu menguji kewibawaan YDP baru. Manakala YB baru ada juga yang cuba-cuba tumpang sekaki. Seolah-olah semua YB yang ada terlupa ingatan Tuanku semalam yang meminta YB menjaga tingkah laku semasa berbahas. Apa yang ingin saya bincangkan di sini sebenarnya adalah rentetan daripada peristiwa tersebut bilamana Menteri Penerangan yang mulanya mencadngkan siaran langsung tersebut telah mengugut untuk membatalkannya pula, atas alasan bimbang rakyat dapat melihat betapa buruknya perangai YB-YB kita. Aik!!! Macamtu pula? Adakah YB Menteri semasa mencadangkan siarang langsung tersebut menjangkakan YB-YB akan berso

Ceramah Kesedaran Undang-Undang

Banyak perkara yang boleh diulas hari ini sebenarnya dengan majlis sumpah ahli Parlimen dan DUN Kelantan. Tapi saya tidak akan menulis tentang perkara-perkara tersebut. Apa yang akan saya tulis kali ini adalah berkenaan tentang perkara jatuh bangunnya anak bangsa pemimpin akan datang. Sebetulnya separuh hari ini saya telah habiskan di Sek Men Keroh Kuala Krai kerana menerima jenputan menyampaikan ceramah kesedaran undang-undang oleh Pusat Bantuan Guaman Jawatankuasa Peguam Negeri Kelantan. Saya adalah penceramah yang kedua selepas ceramah bertajuk penyalahgunaan dadah disampaikan oleh pegawai AADK. Menarik programnya. Dengan kehadiran pelajar tingkatan 4 dan 5, program dimulakan dengan pentomen ringkas dari peguam pelatih diikuti dengan ceramah dadah. Banyak juga yang saya pelajari. Antaranya (yang baru saya tahu) rupanya tanaman tembakau tidak perlu dipagar kerana tidak ada binatang termasuk kambing atau lembu yang akan meragut daunnya serta ramai penanam tembakau yang sakit kerana te

Selamat Datang Blogger Baru Kelantan

Sekurang-kurangnya 40 bloggers baru muncul hari ini bilamana pemuda-pemuda dari seluruh Kelantan hadir ke Kursus Expresi Membina Blog di Bangunan PAS Negeri Kelantan. Kursus tersebut adalah anjuran DPPNK di bawah Lajnah Penerangan dan ICT. Walaupun saya sudah ada blog sendiri, tapi memandangkan kursus ini adalah julung-julung kali diadakan saya gagahkan juga menhadirinya walaupun ada beberapa program lain. Tambahan pula antara pengisiannya adalah dialog bersama blogger terkenal Kickdefella dan pengarang Harakah Sdr. Lutfi. Sekurang-kurangnya dapat juga ilmu untuk beristiqamah dalam mengisi blog. Saya dapat melihat berbagai nama dan konsep dirangka bagi blog-blog baru tersebut. Ada yang berbentuk peribadi dan ada juga berkonsepkan maklumat bagi DUN dan cawangan. Dan ada juga yang merancang untuk gambar sahaja. Jawapannya mudah 'aku tak reti menulis'. Apapun, saya ucapkan selamat datang dan yang paling penting ISTIQAMAH dalam membuat pengisian. Nanti sama-samalah kita menyilau bl

Sharibu Ugut Mahkamah

Saya sempat menonton Buletin 1:30 TV3 sebentar tadi. Sakit hati betul saya dengar kenyataan yang dikeluarkan oleh Sharibu ayah Altantuya yang nampaknya macam mengugut sistem kehakiman negara. Lebih sakit hati, beliau pula yang seolah menjadi jurucakap kerajaan Monggolia bilamana mendedahkan surat yang dihantar oleh kerajaan Monggolia kepada kerajaan Malaysia berkenaan dengan pengendalian kes tersebut. Sampai ugut-ugut nak putuskan hubungan diplomatik antara dua buah negara. Siapa dia tu? Kalau setakat pegawai sebuah universiti lepas tu datang ke Malaysia nak minta sedekah untuk ubat cucu, tak perlulah nak main ugut-ugut. Sharibu sepatutnya faham, apabila kes sudah berjalan di mahkamah, biarkan ianya berjalan tanpa apa-apa tekanan dan paksaan. Saya percaya pihak-pihak yang terlibat dalam kes tersebut sudah sampai ke tahap paling boring dalam hidup; dengan ekshibit-ekshibit yang tak putus-putus. Barangkali kalau semalam kes sepatutnya selesai, minggu lepas lagi pihak-pihak singkatkan. Sh

Bekas Menteri Cabul?

Saya tertarik dengan berita seorang bekas menteri yang di dakwa mencabul seorang pelayan di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur. Bukan sebab perbuatan bekas menteri tersebut mencabul ataupun lapuran yang dibuat dan kemudiannya ditarik balik. Saya lebih tertarik dengan satu cabang rukun negara; kedaulatan undang-undang. Kenapa begitu? Bagi saya dakwaan mencabul, itu adalah urusan pihak polis membuat siasatan. Ada kes, tidak ada kes itu terserah kepada hasil siasatan. Apa yang saya musykilkan adalah berkenaan dengan lapuran akhbar yang menyatakan bahawa kejadian tersebut berlaku ketika bekas menteri tersebut dalam keadaan mabuk. Mabuk kerana minum arak. Di tempat awam. Dan pelayannya juga saya percaya Melayu (Islam?). Kenapa tidak ada sebarang siasatan dari aspek tersebut? Adakah kerana yang terlibat 'orang besar'? Maka penguatkuasa agama tidak berani bertindak! Kalau begitulah kesudahannya. kes ini akan berakhir sebagaimana kes Norita dan Hanif juga. Selesai dengan penghakiman ma

Terima Kasih Pak Lah

Secara umumnya saya menyambut baik ucapan Perdana Menteri yang menyentuh berkenaan dengan reformasi badan kehakiman semasa berucap di Majlis Makan Malam anjuran Majlis Peguam Malaysia malam jumaat baru-baru ini. Usaha pihak kerajaan untuk mereformasikan badan terpenting negara itu, diharap dapat membetulkan apa yang tidak kena selama ini. Walaupun ucapan maaf yang ditunggu tidak kunjung tiba, sekurang-kurangnya bayaran ex-gratia yang dicadang dapat mengembalikan kewibawaan 5 orang hakim terlibat setelah mereka dihina dan diperlakukan sebegitu rupa sejak 20 tahun lampau. Adalah diharapkan ucapan tersebut dapat dijadikan sebagai asas bagi badan kehakiman bergerak kehadapan dan mengembalikan semula kegemilangan yang pernah dicapai oleh tokoh-tokoh kehakiman kita sebelum ini. Terima kasih, Pak Lah.

Pulau Pinang 2008

Saya sepatutnya hadir ke Majlis Ucapan Perdana Menteri anjuran Majlis Peguam Malaysia malam Jumaat yang lepas. Jemputan yang saya terima pada hari Rabu melalui telefon terpaksa saya tolak kerana sudah ada komitmen lain dengan keluarga. Kebetulan pula pada malam Jumaat tersebut saya terpaksa bergegas ke Kuala Krai kerana menerima berita kematian Che Yam, kakak sulong ayah; ibu saudara saya. Saya sekeluarga sampai disana lebih kurang jam 8.30 malam di mana urusan penyempurnaan jenazah sedang dibuat. Semasa saya sampai, kelihatan Hj. Ismail (Pak Su Wel) wakil rakyat Manik Urai telahpun di situ sedang menguruskan bayaran awal RM500 Tabung Kifalah. Saya juga difahamkan Dr Hatta juga ada melawat keluarga ini. Saya sekeluarga berada di sana sehingga selesai pengebumian dan lebih kurang dalam jam 11.00 malam bertolak balik ke Kota Bharu. Untuk berehat kerana esok nak bertolak ke utara semenanjung untuk menjemput Syuhada yang telah selesai sesi pengajian di Kolej Matrikulasi Mara Kulim

Susur Galur Saya

Saya percaya ramai di kalangan kita; apabila ditanya tentang nama-nama nenek moyang hanya dapat menyebut sekadar dua atau tiga lapis sahaja iaitu sekadar tingkatan moyang. Selebihnya? Wallahu a’lam. Bagi kebanyakan orang urusan tersebut tidaklah sepenting mana, tapi bagi sesetengah yang lain susur galur inilah jati diri mereka. Bagi diri saya sendiri, saya bertuah sebenarnya kerana sekurang-kurangnya 13 lapisan saya ketahui iaitu sehingga ke awal abad 17. Senarainya adalah seperti berikut: Nik Bahrum Bin Nik Abdullah bin Raja Ahmad bin Raja Mat bin Raja Abdullah bin Raja Senik bin Raja Kecik bin Raja Mohamad bin Raja Abd Rahman bin Raja Kecil Sulong bin Raja Omar bin Raja Sakti. Manakala di sebelah ibu pula saya adalah anak kepada Nik Syamsiah binti Nik Som bin Raja Senik bin Raja Husin bin Raja Bongsu bin Raja Senik dan seterusnya sebagaimana susur galur sebelah bapa. Setakat ini yang saya belum jelas adalah susur keturunan sebelah Tokku (ibu Nik Abdullah) kerana se

Cerita Anak - Madhi

Kadang-kadang; sebagai ibu bapa (khususnya bapa) kita (baca saya) tak tahu potensi sebenar anak. Kadang-kadang; sebagai ibu bapa (khususnya bapa) kita (baca saya) seperti 'dictate' apa perlu seseorang anak buat. Contohnya Nik Ahmad Madhi (anak kedua saya); saya belikan basikal untuknya sejak berumur 3 tahun, tidak dibuang-buang tayar kecil di belakang. Saya fikir, Madhi belum boleh menunggang basikalnya secara betul. 2 minggu lepas, saya belikan untuknya sebuah basikal baru yang lebih besar sesuai untuk usianya. Saya fikir basikal tersebut hanya akan berlegar dalam pagar Al-Khazaain ataupun pagar Tokku sahaja. Tapi saya silap; sebaik sahaja basikal diturunkan dari kereta, Madhi sudah boleh menunggangnya tanpa bantuan dan minggu lepas dia sudah boleh menuruti saya mengelilingi kampung walaupun ada satu ketika basikalnya terbalik dan separuh badannya terperosok masuk belukar di tepi jalan. Begitu juga semalam, sempena dengan Hari Sukan Sri Aman, Madhi mewakili rumah Khandak berta

Ucapan Raja Nazrin di Persidangan Hakim Malaysia 2008

ADDRESS BY D.Y.M.M. RAJA NAZRIN SHAH REGENT OF THE STATE OF PERAK DARUL RIDZUAN AT THE CONFERENCE OF MALAYSIAN JUDGES DATE: 9 APRIL 2008 (WEDNESDAY); TIME: 10:30AM VENUE: JW MARRIOTT HOTEL, PUTRAJAYA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera Bismillahi Rahmani Rahim Segala puji milik Allah, Tuhan semesta alam; Tuhan yang Maha Mengetahui lagi Maha Adil lagi Maha Saksama, lalu menyeru supaya para hambaNya melaksanakan keadilan dan sama sekali menjauhi kezaliman. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam, ahli keluarga dan para sahabat Baginda, serta para ulama dan para Tabiin; semoga memperoleh ihsan di hari kebangkitan. Beta bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dari Nya juga, Beta dapat berangkat untuk menzahirkan titah di Persidangan Hakim-Hakim Malaysia pada pagi ini. Usaha yang dirintis oleh Ketua Hakim Negara menganjurkan Persidangan ini amatlah Beta hargai. 2. We

Persidangan Hakim 2008

Saya menyambut baik ucapan serta sokongan oleh YAM Raja Nazrin Syah dalam ucap utamanya di Persidangan Hakim Malaysia di Putrajaya pukul 10.30 pagi tadi.yang antara lainnya menekankan tentang keluhuran perlembagaan dan betapa pentingnya mempertahan doktrin pemisahan kuasa pemerintahan. Penegasan Baginda tersebut adalah tepat dengan masa dan ketikanya di mana rata-rata masyarakat di Negara kita bercakap berkenaan dengan pemurniaan semula badan kehakiman. Antara lain baginda bertitah “We are now at a critical time in our nation's history, one where the institutions of state - indeed, the foundations of our democracy - which we have built up since Independence, are under scrutiny”. Betapa tidak. krisis kehakiman Negara yang terjadi hampir 20 tahun lampau, belum juga selesai walaupun sudah beberapa menteri silih berganti. Walaupun ada cadangan untuk penyelesaian, nampaknya usaha tersebut setakat itulah sahaja. Adakah mereka ini menanti pilihanraya ke 13? Titah

Maahad Muhammadi Lelaki

Semalam saya ke Sri Pantai Chalet, Melawi, Bachok kerana memenuhi jemputan Maahad Muhammadi Lelaki untuk menyampaikan ceramah motivasi sempena Program Mukhayyam Qiadah & Tarbiah MML 2008. Program tersebut dianjurkan oleh Maahad di mana pesertanya terdiri daripada pemimpin-pemimpin pelajar Maahad. Saya menerima jemputan tersebut seminggu lebih awal. Tanpa melihat jadual terlebih dahulu dan tanpa berfikir panjang jemputan tersebut terus saya terima dengan berbesar hati. Kalau ada program lainpun akan saya batalkan. Masakan tidak, itulah Maahadku. Tempat saya mengenal ilmu dunia dan akhirat. Tempat saya belajar kira baca. Aah.. tempat ... dari tahun 1985 -1991. Disitulah saya. Apa yang anda kenal saya hari ini. Itulah tempat pembentukan diri saya. Saya masih ingat lagi, semasa itu, tahun-tahun orang memandang rendah Maahad. Sehinggakan saya pernah di momokkan dengan kata-kata "Sekolah Maahad, betulke? Sekolah tu tidak ada masa depan..." semasa saya memohon untuk mendapatkan

'Fitna'

Memorandum Dewan Pemuda PAS Pusat: We, the Central Youth Council of Islamic Party of Malaysia (PAS), firmly express our deepest resentment over the production of offensively anti-Islam film "Fitna" by Dutch MP Geert Wilders. We strongly condemn the airing of the film and demand immediate action by the producer to retrieve the film from public domain. The film is clearly an insult to Islam and maliciously misleads viewers of the true pictures of Islam. As constantly promoted by those anti-Islam ignorant propagators, the film tries to link Islam with terrorism. We would like to firmly reiterates here that Islam do not condone any form of terrorism as we believe that violence begets further violence. Islam principally and fundamentally opposes any form of violence, transgressions and any form of terrorism. The release of the film is totally unacceptable and irresponsible which shall not be granted justification under the freedom of expression. We warn the Dutch government that i

Reformasi Badan Kehakiman Malaysia

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi; sistem pemerintahan Malaysia secara khususnya boleh dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu: Bidangkuasa eksekutif sebagaimana yang diperuntukan oleh Fasal 39 Perlembagaan Persekutuan. Kuasa Pemerintahan Persekutuan ini boleh dijalankan oleh Yang diPertuan Agong atau oleh Jemaah Menteri atau juga oleh mana-mana menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri. Bidangkuasa Perundangan sebagaimana peruntukan Fasal 44 Perlembagaan Persekutuan. Fasal tersebut menyatakan bahawa kuasa membuat undang-undang persekutuan adalah terletak pada ahli-ahli parlimen dikedua-dua buah dewan. Bidangkuasa kehakiman sebagaimana peruntukan Fasal 121 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan penubuhan mahkamah-mahkamah di Malaysia serta mempunyai kuasa untuk mendengar dan memutuskan pertikaian dalam suatu perkara. Mengikut hukum teorinya, setiap cabang kuasa akan hanya berkuasa dalam cabangnya s