Skip to main content

Iktiraf Israel (?) (.) (!)

1. Kadang-kadang saya tertanya-tanya; setakat mana kita dapat menerima realiti? Apakah kerana kita tidak mengiktiraf sesuatu perkara dan kita menentangnya, sedangkan perkara tersebut wujud dan aktif di sekeliling kita; atas dasar prinsip kita seakan-akan tidak mempedulikannya langsung?

2. Malah lebih teruk lagi, perkara tersebut memudaratkan kita. Dan perkara yang memudaratkan itu sentiasa menjadi bahan cemuhan kita pada setiap perhimpunan yang berkaitan. Kita sentiasa membincangkan perkara tersebut; betapa bencinya kita terhadap perkara tersebut.

3. Hakikatnya, kita tidak mengiktiraf perkara tersebut tapi ianya sentiasa bermain di tutur mulut kita.

4. Apa kata saudara?

5. Kalau saya menjadi anggota perhimpunan tadi atau mungkin sebagai pengerusi perhimpunan mungkin, soalan pertama yang akan saya ajukan kepada orang yang menimbulkannya adalah; adakah kamu mengiktiraf perkara tersebut? Kalau tidak jangan sibuk-sibuk nak bercakap tentang perkara yang kamu tidak iktiraf....buang masa saja....!!!

6. Sebenarnya di sini saya cuba meluahkan satu hipotesis berkenaan hubungan kita dengan negara Israel. Yang selama ini kita labelkannya sebagai negara haram yang lahir dari resolusi PBB.

7. Hakikatnya, suka ataupun tidak Israel ada salah sebuah dari 155 buah negara yang wujud di dunia ini. Suka atau tidak, ia mempunyai kerusi di PBB sama seperti negara-negara berdaulat lain di dunia. Ia mempunyai hubungan diplomatik dengan separuh negara di dunia.

8. Hakikatnya , ia memang ada walaupun kita tidak mengiktirafnya.

9. Sehubungan dengan itu, apa kata kalau kita mula berbicara kepada dunia tentang negara haram Israel itu berdasarkan hakikat itu. Iaitu kita mengakui hakikat kewujudannya yang tidak mungkin ditarik balik oleh PBB. Kita berhadapan dengannya secara bersemuka sebagaimana kita berhadapan dengan negara-negara lain di dunia.

10. Rasanya dengan mengakui hakikat kewujudannya yang tidak mungkin diundur itu, akan lebih ada peluang untuk kita berbincang tentang kewujudan negara Palestin yang merdeka.

Comments

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber

Kronologi Pemecatan Tun Salleh Abbas

• Tun Salleh Abbas di lantik sebagai Peguamcara Negara pada tahun 1963. • Semasa berumur 50, beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. • Ketua Hakim Negara Tun Suffian Hashim bersara pada tahun 1982 and beliau telah digantikan oleh Raja Azlan Shah. Raja Azlan kemudiannya dilantik sebagai Sultan Perak dua tahun kemudia. Tun Salleh kemudiannya dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada tahun 1984. • In 1987, pemilihan Agung Umno telah dijalankandan Tengku Razaleigh Hamzah telah mencabar Presiden Umno /Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (sekarang Tun) sebagai Presiden. Beliau dijangkakan akan memenangi pertandingan tersebut. Begaimanapun, Dr Mahathir telah menang dan mengekalkan jawatan tersebut. • Kalangan penyokong Tengku Razaleigh tidak berpuas hati dengan kekalahan tersebut. Mereka membawanya ke Mahkamah untuk mendapatkan perintah bagi pemilihan semula. • Pada masa yang sama, Tun Salleh telah menegaskan dalam satu kenyataan umum berkenaan dengan hasrat untuk m

ULASAN RINGKAS LUHAM KELANTAN BERKAIT ISU ‘BEKAS BANDUAN’

1. Isu terkini berkait ‘bekas banduan’ yang dikatakan berpunca daripada ucapan Dato’ Setiausaha Agung PAS di Sandakan yang lebih kurangnya berbunyi “Ada seorang cita-cita jadi perdana menteri sangat. Keluar daripada penjara … Sebagai peguam kita tahu apabila seorang keluar daripada penjara status seumur hidup (nya) adalah (bekas) banduan”. 2. Beberapa individu mengecam ucapan tersebut. Ada yang mengatakan Taqiyuddin ib arat menghina raja. Dan ada pula yang mengatakan Taqiyuddin tidak bertanggungjawab. Malah beberapa laporan polis telah dibuat; kononnya mendesak agar pihak polis menyiasat ucapan tersebut. 3. Tidak jelas repot tersebut untuk apa. Mungkin sekadar laporan untuk pihak polis membuat siasatan yang mengaitkan presiden PKR dengan status bekas banduan (Utusan Online 13 Mei 2019). 4. Tetapi ulasan yang kelihatan agak profesional sedikit adalah bila ada yang mengaitkan ucapan itu dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kuasa pengampunan oleh Yang Di-