Skip to main content

Minta Maaf Sebagai Jalan Pertama

Saya percaya sudah sampai masanya Jabatan Kehakiman Syariah Pahang meminta maaf terhadap kecelaruan yang timbul dari kes Puan Kartika. Secara khususnya terhadap Puan Kartika sendiri yang diperlakukan seperti bola - ditendang ke sana ke sini- dan juga secara amnya terhadap seluruh umat Islam yang perihatin terhadap perlaksaaan undang-undang syariah di negara ini.

Saya katakan begini kerana saya percaya dengan sepenuh hati kebolehan syariat Islam mengawal kemaslahatan rakyat. Bagi saya Syariat Islam yang diturunkan Allah adalah untuk menjaga sekurang-kurangnya lima kemaslahatan umat; agama, nyawa, kemulian, keturunan dan harta. Dalam menjaga kemaslahatan tersebut, disamping tarbiah yang berbentuk pengajaran, Nabi Muhammad SAW juga mentarbiah ummat secara hukuman.

Samada pengajaran atau hukuman dijadikan cara pertama atau yang terakhir, apa yang penting juga adalah tanggungjawan pihak berkuasa untuk 'sadd azzaraaig', iaitu proses mencegah daripada berluasanya perkara yang tidak elok.

Lantara itulah dalam tulisan-tulisan saya sebelum ini saya amat memandang baik terhadap hukuman sebat yang telah dijatuhkan terhadap Puan Kartika tempoh hari. Saya juga telah menulis sokongan saya terhadap cadangan untuk meminda peruntukan '356' dan saya juga pernah menulis meminta hakim-hakim syari'e memaksimumkan hukuman berdasarkan peruntukan.

Kenapa? Kerana saya melihat peruntukan undang-undang yang ada tidak memadai dalam memberi kesedaran (tarbiah) kepada rakyat. Dan saya juga berpegang dengan "sesuatu yang tidak boleh diperolehi semuanya, janganlah ditinggalkan semuanya'.

Tiba-tiba apa yang berlaku dalam kes Puan Kartika ini sungguh mengecewakan saya. Dalam keadaan beliau yang sungguh redha menerima hukuman, beliau di susahkan. Bukan hanya sekadar terpaksa menunggu setahun dari tarikh ditangkap untuk dijatuhkan hukuman. Beliau kini terpaksa menunggu pula - entah berapa lama lagi - sebelum menerima hukuman tersebut.

(Itu belum lagi dengan 'penambahan' hukuman baru di bawah waran tahanan selama seminggu di Penjara Kajang yang menimbulkan khilaf di hati saya)

Bagi saya, apa yang berlaku dalam kes ini menimbulkan beberapa pandangan:

1. Betapa tidak cekapnya pegawai-pegawai jabatan kehakiman syariah kita yang mungkin disebabkan oleh tidak cakno pemerintah' dengan kurangnya peluang kursus atau.....(?)

2. betapa tidak ada kerjasama menyeluruh dari jabatan-jabatan yang berkaitan termasuk Kementerian Dalam negeri (Jabatan Penjara) dan Perdana Menteri (Pejabat Peguam Negara)

3. betapa mahkamah syariah kita termasuk hakimnya belum bersedia untuk berdiri sama tinggi dengan rakan-rakan di mahkamah biasa.

Walaubagaimanapun saya tidak menolak hakikat bahawa krisis ini juga membuka peluang untuk pihak berwajib mengkaji prosedur-prosedur untuk digunakan di mahkamah syariah dari segi tatacara-tatacara yang sepatutnya.

Langkah pertama yang boleh dibuat adalah dengan kita mengakui kelemahan kita sendiri dan berjanji untuk membaikinya. JKMS Negeri Pahang boleh mengorak langkah tersebut.

Comments

Itulah yang saya peliknya. Kenapa sampai begitu sekali dibuat penangguhan dan menyusahkan model tersebut. Lagi pulak ramai pulak suara-suara sumbang yang menyuruh beliau membuat rayuan sedangkan tuan empunya diri redha untuk menerima hukuman tersebut.
Cikgu Zam said…
salam perkenalan, kawe sokong..

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber

Kronologi Pemecatan Tun Salleh Abbas

• Tun Salleh Abbas di lantik sebagai Peguamcara Negara pada tahun 1963. • Semasa berumur 50, beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. • Ketua Hakim Negara Tun Suffian Hashim bersara pada tahun 1982 and beliau telah digantikan oleh Raja Azlan Shah. Raja Azlan kemudiannya dilantik sebagai Sultan Perak dua tahun kemudia. Tun Salleh kemudiannya dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada tahun 1984. • In 1987, pemilihan Agung Umno telah dijalankandan Tengku Razaleigh Hamzah telah mencabar Presiden Umno /Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (sekarang Tun) sebagai Presiden. Beliau dijangkakan akan memenangi pertandingan tersebut. Begaimanapun, Dr Mahathir telah menang dan mengekalkan jawatan tersebut. • Kalangan penyokong Tengku Razaleigh tidak berpuas hati dengan kekalahan tersebut. Mereka membawanya ke Mahkamah untuk mendapatkan perintah bagi pemilihan semula. • Pada masa yang sama, Tun Salleh telah menegaskan dalam satu kenyataan umum berkenaan dengan hasrat untuk m

ULASAN RINGKAS LUHAM KELANTAN BERKAIT ISU ‘BEKAS BANDUAN’

1. Isu terkini berkait ‘bekas banduan’ yang dikatakan berpunca daripada ucapan Dato’ Setiausaha Agung PAS di Sandakan yang lebih kurangnya berbunyi “Ada seorang cita-cita jadi perdana menteri sangat. Keluar daripada penjara … Sebagai peguam kita tahu apabila seorang keluar daripada penjara status seumur hidup (nya) adalah (bekas) banduan”. 2. Beberapa individu mengecam ucapan tersebut. Ada yang mengatakan Taqiyuddin ib arat menghina raja. Dan ada pula yang mengatakan Taqiyuddin tidak bertanggungjawab. Malah beberapa laporan polis telah dibuat; kononnya mendesak agar pihak polis menyiasat ucapan tersebut. 3. Tidak jelas repot tersebut untuk apa. Mungkin sekadar laporan untuk pihak polis membuat siasatan yang mengaitkan presiden PKR dengan status bekas banduan (Utusan Online 13 Mei 2019). 4. Tetapi ulasan yang kelihatan agak profesional sedikit adalah bila ada yang mengaitkan ucapan itu dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kuasa pengampunan oleh Yang Di-