Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2009

Tahniah Dato' Nik Amar

Saya sekeluarga mengucapkan tahniah kepada YDP kami Ustaz Nik Mohd Amar yang dikurniakan anugerah Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K) yang membawa gelaran Dato'. Anugerah itu dikurniakan sempena ulangtahun keputeraan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra kali ke-59 yang diadakan di Balai Besar.

Adakah kerana Mereka Negara Islam?

1. Selain dari peristiwa-peristiwa dalam negeri yang berlaku seminggu dua ini, peristiwa-peristiwa luar negara juga tidak kurang hebatnya. Antaranya adalah pergaduhan yang tidak pernah reda di Pakistan dan juga isu waran tangkap ke atas Presiden Sudan oleh ICJ. 2. Pergolakan terbaru di Pakistan adalah ekoran hukuman penjara-kediaman-terhad terhadap Nawas Syarif 25 Febuari lepas. Beliau dan peyokongnya membantah hukuman tersebu. 3. Tahu-tahulah saja kalau rakyat Pakistan membantah sesuatu perkara!!! Bukan setakat batu malah bom juga dilontar-lontar. 4. Sedangkan isu yang sebenar iaitu keganasan, kemiskinan dan ketidakstabilan politik seakan tidak dipedulikan oleh pemimpin. Atau lambat bertindak. Janji pilihanraya Presiden untuk mengembalikan jawatan ketua hakim negara juga belum dilaksanakan sedangkan sebulan sudah berlalu. 5. Dalam negara yang sebegitu sensitif macam-macam boleh berlaku. Mungkin juga dicetuskan oleh negara jiran yang cuba bermusuh!!!? 6. Tidak dapat tidak kehidupan rak

Tahniah Nik Nomadiha 20A SPM 2008

Tahniah saya ucapkan kepada Nik Normadiha Nik Mohamad Kamal pelajar Maahad Muhammadi Perempuan yang menerima keputusan SPMnya pagi ini. Dengan keputusan 20A (19A1 1A2) tersebut, saya percaya beliau adalah antara pelajar terbaik seluruh Malaysia (atau mungkin yang terbaik?). Kejayaan tersebut membuktikan satu perkara iaitu "Man jadda wajada" - Siapa berusaha akan mendapat hasilnya-. Tidak kira siapa kamu, sebanyak mana harta kamu atau keturunan mana kamu. Yang penting adalah berusaha dan bertawakal kepada Allah. Cuma jika boleh saya panjangkan sedikit...di hadapan nanti cabaran yang lebih besar bakal menjelma. Lebihkan usaha. Dan juga lebihkan tawakal. Insya Allah selamat.

Maulidur Rasul 1430

Selamat menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam. Sesungguhnya kedatangan Rasulullah SAW telah membawa rahmat ke seluruh alam ini. Dan bersempena dengan Hari Wanita Antarabangsa semalam. Ketahuilah bahawa kedatangan Islam telah mengubah persepsi masyarakat dunia jahiliah secara total terhadap kedudukan wanita. Bukankah kamu dari penghinaan kemudiannya dimuliakan oleh Islam. Dan bukankah Rasulullah memuliakan kamu tiga kali ganda dari lelaki. Serta meletakkan tanggungjawab kamu sama seperti lelaki. Oh!!!! Alangkah tidak bersyukurnya manusia.

Poligami Dan Harta Sepencarian

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2002 (Negeri Kelantan) Seksyen 23 (10) -Poligami Tiap-tiap Mahkamah yang memberi kebenaran atau memerintahkan supaya perkahwinan itu didaftarkan di bawah seksyen ini, hendaklah mempunyai kuasa atas permohonan mana-mana pihak kepada perkahwinan - (a) ... (b) untuk memerintahkan supaya apa-apa aset yang telah diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagikan. 1. Secara ringkasnya seksyen ini menerangkan berkenaan dengan harta sepencarian. Di mana mahkamah yang mendengar permohonan poligami oleh suami mempunyai kuasa (atas permintaan pihak-pihak) untuk membuat perintah bahawa segala harta sepencarian terlebih dahulu dibahagi antara suami dan isteri berkenaan. Maksudnya perintah terhadap harta sepencarian tersebut boleh dibuat serentak dengan kebenaran untuk berpoligami terhadap suami. 2. Tujuannya adalah untuk menjaga maslahat

2 Tahun Majdi

Semalam 1 Mac 2009, Nik Ahmad Majdi cukup umur 2 tahun. Tidak ada majlis hari jadi; meniup lilin dan nyanyian ulang tahun untuk merayakannya, sebagaimana tradisi untuk kakak-kakak dan abangnya sebelum ini. Cuma kerana kebetulan ayah dan ummi ada masa - Ummi menggoreng meehun dan ayah rasa nak makan cheese cake - dapatlah merasa sedikit seorang. 2 tahun adalah waktu yang singkat sahaja. Mengikut syariat, 2 tahun adalah sekurang-kurangnya waktu anak-anak menyusui ibu. Wajib seorang ayah menyediakan nafkah untuk susu itu; samada dari tubuh ibunya, upah ataupun susu tin. Jelasnya, syariat meletakkan tanggungjawab itu ke atas si ayah walaupun jagaan anak berada di tangan ibu. Mungkin saudara merasa pelik dengan catatan saya kali ini. Masakan seorang ayah akan mengabaikan tanggungjawab itu...sedemikian rupa... ? Hakikatnya, tuntutan nafkah anaklah antara tuntutan yang paling banyak di mahkamah syariah di seluruh negara selepas berlakunya perceraian. Ramai yang beranggapan apabila putus hubun

"See You In Court!!"

...Demikianlah buat kesekian kalinya ucapan terakhir yang selalu saya ucapkan kepada pelajar-pelajar kursus Psikologi Forensik USM; pada kelas terakhir mereka. Setelah 10 jam perbincangan berkaitan undang-undang dan tatacara keterangan di mahkamah serta peraturan berkaitan dengannya, saya percaya pelajar-pelajar tersebut sudah bersedia untuk hadir ke mahkamah. Sebenarnya agak sukar, sebagaimana yang saya tulis sebelum ini; berbincang undang-undang dengan orang yang tidak mendapat latihan khusus dalam bidang ini. Apatahlagi sekiranya perbincangan berkait rapat dengan tatacara serta prosedur di mahkamah. Soalan yang sering diutarakan selalunya "apa rasional undang-undang sedemikian rupa"? Sedangkan itulah rupanya undang-undang yang digubal dan diterima pakai di mahkamah. Hendak tidak hendak, ianya mesti diikuti. Samada suka atau tidak. Kehadiran di mahkamah misalnya, adalah sesuatu yang taboo bagi sesetengah orang. Bahkan ada sebahagian peguam (rakan saya semestinya)yang kali t