Tahun 2008 nanti, beberapa perubahan gaya hidup akan saya alami. Senarai semak saya: 1. Madhi akan mula bersekolah di SRI Aman. Tahun 1. 2. kakaknya Madiha naik ke tahun 2. 3. Majida akan mula belajar di PASTI Al-Ahmadi. 4. Majdi masih lagi di rumah dengan pengasuh harian. Kebiasaannya, apabila saya pergi jemput Kakak di sekolah jam 2.15 petang, Kakak dibawa ke pejabat saya sementara balik ke rumah jam 5.30 petang. Kalau ada kerja sekolah atau mengulangkaji pelajaran boleh di selesaikan terus. Saya masih lagi tertanya-tanya, bolehkan kedua-duanya di bawa ke pejabat?!! Saya bimbang juga. Apabila berdua, perangai budak-budak akan menguasai suasana. Mesti bergaduh juga. Biasanya Kakak yang menangis. Tengoklah dulu, sambil tunggu jawapan Abang Had sanggup atau tidak jadi Drebar. Yang lain-lain sudah beres.
Seorang anak kepada ayah dan ibu, suami kepada seorang isteri, ayah kepada 4 orang anak, rakan kongsi kepada sebuah firma guaman dan antara penghuni Al-Khazaain. Nik Abdullah, Nik Syamsiah, Khairiah, Noriah, Nik Madiha, Nik Madhi, Nik Majida, Nik Majdi, Nik Mariha, Nik Maher, Nik Mursyida dan Nik Musliha adalah antara sumber inspirasi. Al-Khazaain ditujukan kepada mereka. Juga untuk sesiapa sahaja yang sudi menatap dan terbuka untuk menegur dan ditegur. Semoga diberkati Allah selamanya.