Jawapan Menteri Dalam Negeri terhadap soalan Ahli Parlimen Batu Gajah amat mengejutkan. Betapa tidak, setelah 2 bulan berlalu selepas PRU 12, tiba-tiba kita didedahkan hari ini dengan satu pengumuman bahawa pembatalan penggunaan dakwat hanyalah berdasarkan khabar-khabar angin. Ianya terjadi selepas kerajaan telah membelanjakan berjuta ringgit wang rakyat mengimport dakwat tersebut. Ianya terjadi beberapa hari sebelum rakyat berpeluang menggunakannya. Ianya dibatalkan pula oleh 3 penjawat awam yang diberi amanah untuk menjalankan tugasnya; Pengerusi SPR, Peguam Negara dan Ketua Polis Negara. Semuanya tanpa sebarang kerut di dahi. Sebagai rakyat biasa (yang membayar cukai) saya percaya kita semua tidak bersetuju dan mengutuk perbuatan bacul tersebut. Saya secara peribadi mendesak ketiga-tiga pihak yang terlibat tersebut bertanggungjawab terhadap kesulitan ditimbulkan termasuk kegagalan PAS menguasai negeri Terengganu. Entah apa lagi barangkali yang akan terdedah sepanjang sesi parlimen i...
Seorang anak kepada ayah dan ibu, suami kepada seorang isteri, ayah kepada 4 orang anak, rakan kongsi kepada sebuah firma guaman dan antara penghuni Al-Khazaain. Nik Abdullah, Nik Syamsiah, Khairiah, Noriah, Nik Madiha, Nik Madhi, Nik Majida, Nik Majdi, Nik Mariha, Nik Maher, Nik Mursyida dan Nik Musliha adalah antara sumber inspirasi. Al-Khazaain ditujukan kepada mereka. Juga untuk sesiapa sahaja yang sudi menatap dan terbuka untuk menegur dan ditegur. Semoga diberkati Allah selamanya.