Hari ini saya, Ummi dan AJK Pasti Al-Ahmadi agak sibuk sedikit. Saya menulis inipun dicelah program Perjumpaan Tahunan Ibu Bapa Pasti Al-Ahmadi 2008. Program bermula sejak pukul 9.00 pagi lagi dengan pendaftaran ibu-bapa, diikuti dengan sesi dialog yang saya sendiri kendalikan. Banyak isu yang dikemukan samada oleh pihak pengurusan Pasti dan juga ibu-bapa. Yang paling menarik perhatian saya adalah kenyataan seorang ibu yang hadir menyatakan bahawa dia menghantar anaknya ke sini adalah kerana cabaran seorang rakan yang menyatakan anak-anak Pasti tidak boleh membaca dan menulis. Tapi selepas 3 bulan sahaja, beliau menyatakan bahawa anaknya sekarang sudah boleh membaca dan menulis secara mudah. Ditambah pula dengan bacaan doa, bacaan al-Quran dan Hadis. Saya percaya kenyataan tersebut akan menaikkan lagi semangat guru-guru Pasti Al-Ahmadi untuk terus berkhidmat. Majlis seterusnya diteruskan dengan ceramah Motivasi Kekeluargaan oleh YB Senator Hjh. Mumtaz Mohd Nawi. Beliau menyentuh berke...
Seorang anak kepada ayah dan ibu, suami kepada seorang isteri, ayah kepada 4 orang anak, rakan kongsi kepada sebuah firma guaman dan antara penghuni Al-Khazaain. Nik Abdullah, Nik Syamsiah, Khairiah, Noriah, Nik Madiha, Nik Madhi, Nik Majida, Nik Majdi, Nik Mariha, Nik Maher, Nik Mursyida dan Nik Musliha adalah antara sumber inspirasi. Al-Khazaain ditujukan kepada mereka. Juga untuk sesiapa sahaja yang sudi menatap dan terbuka untuk menegur dan ditegur. Semoga diberkati Allah selamanya.