Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Keluarga

Snippets - Di Ambang Ramadhan

1. Cuti 3 hari ini saya danUmmi mengunjungi saudara-mara yang akan mengerjakan Umrah di bulan Ramadhan. Pohon untuk menumpang doa mu'tamirin dipanjangkan di sana nanti agar azam 2008 saya dan Ummi dahulu dikabulkan Allah. Antara yang akan ke sana selama sebulan Ramadhan adalah Che (Ibu Ummi), Pok Lan, Mak Cik Aji dan Che Su. Semoga semuanya mendapat umrah mabrurah. 2. Saya dan Ummi sempat mengikuti Forum Merdeka Pelaksanaan Undang-Undang Pasal 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan anjuran Majlis Tindakan Rakyat Kelantan semalam. Kehadiran peserta agak ramai memenuhi Dewan Putri Saadong, Hotel Grand Riverview. Laporan program boleh diikuti di sini . Tapi bagi saya, kenapa rintihan 152 dan 153 ini hanya timbul selepas PRU12? Apa yang telah dibuat oleh UMNO sehingga begitu rupa kesannya? 3. Sempena sambutan hari Kemerdekaan Malaysia kali ke 51, semalam kami-adik-beradik-dalam-pagar menganjurkan BBQ Merdeka. Majlis bermula selepas Isya' sehingga jam 12 malam. Kanak-kanak paling suk...

Melawat Muzium Negeri

Hari ini saya menunaikan janji dengan Madiha dan Madhi untuk membawa mereka melawat Muzium Negeri Kelantan. Sebetulnya setiap kali kami melalui perkarangan muzium setiap kali itulah janji di tuntut. Jadi sempena dengan peluang cuti yang ada ini dari pagi lagi kami sekeluarga sampai di situ. Kami juga dituruti oleh keluarga Din dan Hasniah bersama anak-anak. Semua sekali 16 orang dengan 2 buah kenderaan. Pendekkata macam rombongan sekolah. Kami memulakan lawatan ke Muzium Negeri, diikuti dengan Muzium Istana Jahar dan Muzium Bank Kerapu. Lawatan berakhir pada tengaharinya dengan makan nasi ulam budu Cekgu.

Susur Galur Saya

Saya percaya ramai di kalangan kita; apabila ditanya tentang nama-nama nenek moyang hanya dapat menyebut sekadar dua atau tiga lapis sahaja iaitu sekadar tingkatan moyang. Selebihnya? Wallahu a’lam. Bagi kebanyakan orang urusan tersebut tidaklah sepenting mana, tapi bagi sesetengah yang lain susur galur inilah jati diri mereka. Bagi diri saya sendiri, saya bertuah sebenarnya kerana sekurang-kurangnya 13 lapisan saya ketahui iaitu sehingga ke awal abad 17. Senarainya adalah seperti berikut: Nik Bahrum Bin Nik Abdullah bin Raja Ahmad bin Raja Mat bin Raja Abdullah bin Raja Senik bin Raja Kecik bin Raja Mohamad bin Raja Abd Rahman bin Raja Kecil Sulong bin Raja Omar bin Raja Sakti. Manakala di sebelah ibu pula saya adalah anak kepada Nik Syamsiah binti Nik Som bin Raja Senik bin Raja Husin bin Raja Bongsu bin Raja Senik dan seterusnya sebagaimana susur galur sebelah bapa. Setakat ini yang saya belum jelas adalah susur keturunan sebelah Tokku (ibu Nik Abdullah) kerana se...