Berdasarkan makna laungan itu sahaja saya sudah boleh bersetuju dengan gagasan Ayah Zik untuk menjadikan solat sebagai indikator perlantikan dan kenaikan pangkat kakitangan awam Negeri kelantan. Sesungguhnya gagasan tersebut adalah merupakan sebuah gagasan yang melampaui pemikiran sekular Dr. Mashitah dan Omar Osman ; seolah-olah segala cadangan yang datang dari orang PAS semuanya tidak betul, tidak tepat dan tidak boleh dipakai walaupun sedikit. Nampaknya dalam isu ini, Dr. Mashitah tidak perlu menunggu guru-gurunya yang lain untuk berkata-kata. Malah sehingga setakat ini saya tidak berjumpa lagi dengan ulasan orang bukan Islam terhadap isu tersebut. Sebenarnya tidak ada apa masalahpun tentang cadangan tersebut. Sedangkan solat sejak berzaman telah menjadi asas untuk pembentukan generasi yang bertakwa dan bekerja kerana Allah. Hanya orang sekular sahaja yang menganggapnya sebagai pelik. Sedangkan banyak lagi tindakan orang sekular yang lebih pelik dari itu. Seperti contoh, mewajibkan...
Seorang anak kepada ayah dan ibu, suami kepada seorang isteri, ayah kepada 4 orang anak, rakan kongsi kepada sebuah firma guaman dan antara penghuni Al-Khazaain. Nik Abdullah, Nik Syamsiah, Khairiah, Noriah, Nik Madiha, Nik Madhi, Nik Majida, Nik Majdi, Nik Mariha, Nik Maher, Nik Mursyida dan Nik Musliha adalah antara sumber inspirasi. Al-Khazaain ditujukan kepada mereka. Juga untuk sesiapa sahaja yang sudi menatap dan terbuka untuk menegur dan ditegur. Semoga diberkati Allah selamanya.