Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Catatan santai

"See You In Court!!"

...Demikianlah buat kesekian kalinya ucapan terakhir yang selalu saya ucapkan kepada pelajar-pelajar kursus Psikologi Forensik USM; pada kelas terakhir mereka. Setelah 10 jam perbincangan berkaitan undang-undang dan tatacara keterangan di mahkamah serta peraturan berkaitan dengannya, saya percaya pelajar-pelajar tersebut sudah bersedia untuk hadir ke mahkamah. Sebenarnya agak sukar, sebagaimana yang saya tulis sebelum ini; berbincang undang-undang dengan orang yang tidak mendapat latihan khusus dalam bidang ini. Apatahlagi sekiranya perbincangan berkait rapat dengan tatacara serta prosedur di mahkamah. Soalan yang sering diutarakan selalunya "apa rasional undang-undang sedemikian rupa"? Sedangkan itulah rupanya undang-undang yang digubal dan diterima pakai di mahkamah. Hendak tidak hendak, ianya mesti diikuti. Samada suka atau tidak. Kehadiran di mahkamah misalnya, adalah sesuatu yang taboo bagi sesetengah orang. Bahkan ada sebahagian peguam (rakan saya semestinya)yang kali t...

Snippets - Pre 16/9

1. Saya membenci USA dan presidennya atas apa yang mereka telah buat ke atas umat Islam sedunia. Mereka telah menyokong negara haram Israel, menyerang Afghanistan serta menghancurkan bumi Iraq (antara lainnya). 2. Saya menyedari tidak mungkin akan menang kalau saya berperang keseorangan melawan USA kerana saya kekurangan senjata. Tetapi sejarah telah mencatatkan bahawa USA tetap dibenci. 3. Dulu Rusia juga saya benci kerana fahaman komunisnya. Ia telah menyerang dan menjajah Afghanistan beberapa lama. 4. Kemudian Rusia jatuh diperkudakan USA. Rusia seolah-olah hidup dalam buangan. Timbul rasa kasihan dalam hati saya. 5. USA mengalami banyak masalah. Luar dan dalamannya, ia seperti menunggu masa untuk berkubur. 6. Rusia tiba-tiba menjadi kuat semula, diserangnya Georgia tanpa belas walaupun ditentang USA. 7. Misalan kata, Rusia menyerang USA dan berjaya. Apa perasaan saya? 8. Tentu sahaja saya suka kerana musuh tradisi saya kalah. 9. Tapi saya tidak suka peperangan. 10. Tentu sahaja say...

Ke Negeri Di Bawah Bayu

Sekarang saya tinggalkan sekejap dunia politik dan isu-isu berkaitan untuk menjalankan tanggungjawab yang di berikan ibu bapa kepada saya. Sebagaimana yang telah saya maklumkan sebelum ini , sejak semalam lagi saya sudah berada di Sabah Negeri Bawah Bayu bertujuan untuk menghantar adik Nik Nur Syuhada ke UMS. Saya berdua saja dengannya kerana Ummi dan ahli keluarga yang lain ada beberapa urusan yang tidak kurang pentingnya. Ummi ke Batu Melintang semalam dengan keluarga di Chicha manakala Che, Ayah dan Awie telah ke Sungai Petani sejak hari Khamis kerana menghadiri mesyuarat. Pagi ni mereka akan keTerengganu pula untuk menghantar Nik Nur Atikah ke UiTM Kuala Terengganu di Chendering. Nasib baik dekat. Saya belum dapat mengulas panjang berkenaan beberapa perkara yang saya perhatikan di Sabah, kerana hanya pada pukul 8.00 malam baru dapat merebahkan badan ke katil di Promenade Hotel. Mungkin sebab lewat daftar saya di letakkan di tingkat sebelas hotel. Hari ini mungkin kena pindah bil...

Catatan 3 Hari

Semenjak hari Khamis lepas saya telah tidak mengemaskini blog saya. Sebenarnya ada dua tiga urusan yang menyebabkan keadaan tersebut berlaku: Saya biasanya mengemaskini blog pada waktu malam. Tapi pada hari Khamis lepas, sebaik sahaja menjejak kaki di rumah saya dimaklumkan oleh Nik Nur Syuhada , dia telah diterima masuk ke Universiti Malaysia Sabah. Dan saya diminta untuk menemaninya ke Sabah bagi pendaftaran minggu depan. Terpaksalah bergelut pada malam itu, menjadualkan semula akurjanji saya dan juga urusan menempah tiket kapal terbang. Alhamdulillah pada pagi Jumaat segala urusan tempahan tiket telah selesai disempurnakan. Hotel sahaja yang belum ditempah. Kerana itu juga, janji saya untuk menghantar Nik Nur Atikah pada hari Sabtu ke UITM Kuala Terengganu di batalkan. Kena cari drebar lain lah yeee!!! Pada malam Jumaat itu juga, dah janji dengan budak-budak dalam pagar untuk ke Arena Futsal. Dalam keadaan sibuk dengan urusan tempahan tiket tupun terpaksalah tinggal kerana kita mai...

Lihat Siapa Yang Makan Di Kedai Itu...

Semasa saya dan Ummi sedang menikmati makan tengahari di Kedai Makan Sumatera hadapan Arked MPKB tengahari tadi, tiba-tiba masuklah seseorang yang seakan pernah dilihat wajahnya. Tapi di mana ye? Selepas memilih lauk di kaunter, lelaki tersebut terus ke meja makan sambil saya terus memeras ingatan apabila kami saling berpandangan dan tersenyum dan mengangkat tangan menyapa. Pada ketika itulah saya teringat bahawa beliau adalah Dato' Ahmad Yakob, Timbalan Menteri Besar Negeri Kelantan. Ya Allah!! Malunya saya kerana tidak kenal beliau dan tidak mengambil inisiatif untuk menegur beliau terlebih dahulu. Dan memang itulah antara kelemahan saya, payah mengingati muka seseorang apatahlagi kalau orang-orang besar. Yang menyebabkan saya terlebih tidak mengecamnya kerana otak saya tidak menyediakannya untuk bertemu pemimpin nombor dua negeri untuk makan di kedai seperti itu. Kedainya 'macamtulah'. Tempat-tempat marhaen menjamu selera. Saya perhatikan sifatnya betul-betul sebagaimana...

Dewan Pemuda & Muslimat Negeri Kelantan

Semalam saya dan Ummi tidak ada di rumah sehari suntuk. Saya terlibat dengan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan di Grand Riverview Kota Bharu bermula jam 8.30 pagi sehingga pukul 5.00 petang. Sebagai ahli jawatankuasa DPPNK tidak banyak yang perlu saya lakukan dan jawab dalam muktamar tersebut kerana kebanyakan soalan dan pandangan di respon oleh YB Ketua ataupun setiausha dewan sahaja. Tambahan pula Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar yang saya menjadi pengerusinya bukanlah satu jawatankuasa yang besar sebagaimana jawatankuasa lain. Sebab tu saya relak sedikit berbanding dengan setiausaha dewan yang khabarnya dah dua malam tak boleh tidur. Manakala Ummi pula dari pagi juga terlibat dengan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas Negeri Kelantan di PUTIK. Dengan tugas sebagai Timbalan Pengerusi Tetap dewan tugasnya semalam bermula sebagai pegerusi majlis perasmian oleh Ketua Dewan Muslimat Pas Negeri Kedah dan juga semasa mesyuarat penuh. Saya ingat nak telefon bertanya khabar...

Tahniah, Syabas..

... dan terima kasih. Semoga potongan 10% -30% elaun bulanan bapak-bapak pemimpin diterima Allah. Semoga potongan-potongan itu sampai kepada rakyat jelata. Semoga dalam saat harga barangan naik, bapak-bapak merasai sama derita keringat rakyat. Walaupun terlambat 18 tahun dari pemimpin kami dari negeri Kelantan, tidak mengapalah asalkan ikhlas. Tapi kenapa sikit sangat? Tak bolehkan sampai 50% potongannya. Alaahhh...! Apalah sangat elaun tu dibandingkan dengan apa yang bapak-bapak pemimpin sudah kaut sebelum ini.

'Harga Minyak Tidak Naik Lagi....

...tahun ini', kata Pak Lah. Tapi saya tak percaya, sehinggalah betul-betul habis tahun ini. Sebabnya, untuk tahun ini saja dah beberapa kali Pak Lah tipu saya. Tarikh pilihanraya , Duti stem Akuan Bersumpah (walaupun ini oleh SPR), Dakwat kekal (juga SPR), dan Harga Minyak akan dinaikkan bulan Ogos 2008 . Sekarang baru bulan Jun 2008; ada lagi enam bulan sebelum tahun 2009. Tak tahulah berapa lagi penipuan agaknya. Siakap Senohon, Gelama Ikan Duri, Bercakap bohong lama-lama jadi Menteri?

Mesyuarat Agung PAS Pengkalan Chepa ke 36

Alhamdulillah dengan izin Allah, semalam selesailah sudah tanggungjawab di bawah pasal 18 Perlembagaan Pas bagi tahun 2008. Dengan kehadiran lebih 90 peratus perwakilan dari 67 cawangan, ianya telah dirasmi tutup oleh YB Hj. Mahfuz Omar pada pukul 1.45 petang. Mesyuarat Agung tersebut telah mencatat sejarah bagi PAS Pengkalan Chepa kerana buat kali pertama dalam sejarah 36 tahunnya, ia berjaya mengadakan Mesyuarat Agung di premisnya sendiri iaitu di Dewan Pak Nik Lah, Kompleks Purnama. Mesyuarat tersebut telah bermula pada pukul 8.45 pagi dan berakhir jam 12.45 tengahari sebelum diteruskan dengan majlis perasmian tutup oleh YB Ketua Penerangan PAS Pusat. Mesyuarat juga telah meluluskan satu usul yang ditujukan kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan berkaitan tanah wakaf. Secara keseluruhannya, mesyuarat tersebut berjalan lancar tanpa apa-apa insiden yang tidak boleh diatasi. Oh yaaa...!! Sebagaimana dapat dilihat pada gambar-gambar di atas, Pengerusi Tetapnya yang ...

Ayat-Ayat Cinta

Sebenarnya saya tidak ke pejabat hari ini. Semalam selepas mendengar pengumuman harga minyak naik, saya terus mula membaca novel yang baru saya beli 2 hari lepas. Ayat-Ayat Cinta yang sebetulnya novel pertama dalam bahasa melayu saya beli tahun ini. Berhenti sekejap kerana ada mesyuarat di Kompleks Purnama. Kemudiannya saya sambung sebelum tidur. Sempurna saya habiskan pagi tadi. Sudah lama saya tidak membaca novel cinta begitu. Apa yang pasti saya tenggelam sekejap dalam dunia Fahri, Aisha, Maria dan Nurul. Kalaulah saya Fahri dan ada juga Aisha, Nurul dan Maria.... oh alangkah indahnya dunia. Tapi saya sedar itu adalah dunia dalam sebuah karya. Mana mungkin terjadi dalam hidup sebenar. Tapi... tidak mustahil. Membacanya saya sejuk seketika dari bahangan minyak naik. Sebab itu barangkali saya boleh menulis sebegitu terhadap gesaan protes harga minyak yang naik menggila. Bukan kerana saya takut. Bagi saya pada usia sekarang tidak banyak lagi perkara yang menakutkan saya. Saya bekerja s...

Musim Bekwoh

Orang kata ada dua perkara yang pasti dalam hidup; cukai dan mati. Saya nak tambah satu lagi iaitu 'bekwoh' atau kenduri pada musim cuti sekolah. Hari ini saja ada 5 jemputan kenduri kahwin tidak termasuk satu 'makan seratus hari'. Tak nak pergi tak boleh kerana selain orang-orang sekampung ada juga dari kalangan keluarga. Makan pun setakat ala kadar saja. Dan pernah di setengah tempat hanya minum air sirap untuk memenuhi jemputan. Ialah... kalau setiap tempat nak makan, alamatnya pecah perut nanti. Walaubagaimanapun saya tak kisah dengan jemputan yang banyak itu. Itu tandanya orang ingat dekat kita dan kita pun ada peluang untuk bertemu dengan masyarakat sekampung dan keluarga di majlis tersebut. Cuma satu yang saya agak terkilan adalah berkenaan dengan aspek penyediaan makanan sahaja. Kebersihan bahan makanan dan cara penyediaan perlulah diambil berat untuk mengelakkan masalah yang tidak sepatutnya berlaku. Sepanjang ingatan saya, setiap kali musim bekwoh, setiap kali...

Sharibu Ugut Mahkamah

Saya sempat menonton Buletin 1:30 TV3 sebentar tadi. Sakit hati betul saya dengar kenyataan yang dikeluarkan oleh Sharibu ayah Altantuya yang nampaknya macam mengugut sistem kehakiman negara. Lebih sakit hati, beliau pula yang seolah menjadi jurucakap kerajaan Monggolia bilamana mendedahkan surat yang dihantar oleh kerajaan Monggolia kepada kerajaan Malaysia berkenaan dengan pengendalian kes tersebut. Sampai ugut-ugut nak putuskan hubungan diplomatik antara dua buah negara. Siapa dia tu? Kalau setakat pegawai sebuah universiti lepas tu datang ke Malaysia nak minta sedekah untuk ubat cucu, tak perlulah nak main ugut-ugut. Sharibu sepatutnya faham, apabila kes sudah berjalan di mahkamah, biarkan ianya berjalan tanpa apa-apa tekanan dan paksaan. Saya percaya pihak-pihak yang terlibat dalam kes tersebut sudah sampai ke tahap paling boring dalam hidup; dengan ekshibit-ekshibit yang tak putus-putus. Barangkali kalau semalam kes sepatutnya selesai, minggu lepas lagi pihak-pihak singkatkan. Sh...