Skip to main content

Musim Bekwoh

Orang kata ada dua perkara yang pasti dalam hidup; cukai dan mati. Saya nak tambah satu lagi iaitu 'bekwoh' atau kenduri pada musim cuti sekolah.

Hari ini saja ada 5 jemputan kenduri kahwin tidak termasuk satu 'makan seratus hari'. Tak nak pergi tak boleh kerana selain orang-orang sekampung ada juga dari kalangan keluarga. Makan pun setakat ala kadar saja. Dan pernah di setengah tempat hanya minum air sirap untuk memenuhi jemputan.

Ialah... kalau setiap tempat nak makan, alamatnya pecah perut nanti.

Walaubagaimanapun saya tak kisah dengan jemputan yang banyak itu. Itu tandanya orang ingat dekat kita dan kita pun ada peluang untuk bertemu dengan masyarakat sekampung dan keluarga di majlis tersebut.

Cuma satu yang saya agak terkilan adalah berkenaan dengan aspek penyediaan makanan sahaja. Kebersihan bahan makanan dan cara penyediaan perlulah diambil berat untuk mengelakkan masalah yang tidak sepatutnya berlaku.

Sepanjang ingatan saya, setiap kali musim bekwoh, setiap kali itulah akan ada masalah perut walaupun perut kita bukan dari jenis mudah bermasalah. Maksudnya samada makanan yang dihidangkan kepada tetamu itu makanan basi ataupun 'jong kaka' yang bermasalah.

Tidak elok sebenarnya, tetamu yang datang ke majlis kita tanpa kita memastikan makanan yang dihidangkan itu sesuai untuk di makan atau tidak. Malah saya pernah terdengar cerita, bukan setakat tetamu yang mengalaminya, pengantin sendiripun asyik berulang-alik ke tandas angkara makanan.

Insya Allah, saya akan cuba menyelesaikan semua jemputan tersebut. Cuma mungkin ada 3 jemputan yang tidak mampu saya penuhi iaitu jemputan dari luar Kelantan. 2 di Kuala Lumpur, 1 di Sabah. Minta maaflah yee..(Lain kali buatlah dalam cuti sekolah lagi).

Comments

Anonymous said…
sila lawati blog saya...http://adaabdullah.alisabki.com....
baru punyer...

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber...

Susur Galur Saya

Saya percaya ramai di kalangan kita; apabila ditanya tentang nama-nama nenek moyang hanya dapat menyebut sekadar dua atau tiga lapis sahaja iaitu sekadar tingkatan moyang. Selebihnya? Wallahu a’lam. Bagi kebanyakan orang urusan tersebut tidaklah sepenting mana, tapi bagi sesetengah yang lain susur galur inilah jati diri mereka. Bagi diri saya sendiri, saya bertuah sebenarnya kerana sekurang-kurangnya 13 lapisan saya ketahui iaitu sehingga ke awal abad 17. Senarainya adalah seperti berikut: Nik Bahrum Bin Nik Abdullah bin Raja Ahmad bin Raja Mat bin Raja Abdullah bin Raja Senik bin Raja Kecik bin Raja Mohamad bin Raja Abd Rahman bin Raja Kecil Sulong bin Raja Omar bin Raja Sakti. Manakala di sebelah ibu pula saya adalah anak kepada Nik Syamsiah binti Nik Som bin Raja Senik bin Raja Husin bin Raja Bongsu bin Raja Senik dan seterusnya sebagaimana susur galur sebelah bapa. Setakat ini yang saya belum jelas adalah susur keturunan sebelah Tokku (ibu Nik Abdullah) kerana se...