Skip to main content

Isu Dakwat PRU 12 (lagi-lagi)

Jawapan Menteri Dalam Negeri terhadap soalan Ahli Parlimen Batu Gajah amat mengejutkan. Betapa tidak, setelah 2 bulan berlalu selepas PRU 12, tiba-tiba kita didedahkan hari ini dengan satu pengumuman bahawa pembatalan penggunaan dakwat hanyalah berdasarkan khabar-khabar angin.

Ianya terjadi selepas kerajaan telah membelanjakan berjuta ringgit wang rakyat mengimport dakwat tersebut. Ianya terjadi beberapa hari sebelum rakyat berpeluang menggunakannya. Ianya dibatalkan pula oleh 3 penjawat awam yang diberi amanah untuk menjalankan tugasnya; Pengerusi SPR, Peguam Negara dan Ketua Polis Negara. Semuanya tanpa sebarang kerut di dahi.

Sebagai rakyat biasa (yang membayar cukai) saya percaya kita semua tidak bersetuju dan mengutuk perbuatan bacul tersebut. Saya secara peribadi mendesak ketiga-tiga pihak yang terlibat tersebut bertanggungjawab terhadap kesulitan ditimbulkan termasuk kegagalan PAS menguasai negeri Terengganu.

Entah apa lagi barangkali yang akan terdedah sepanjang sesi parlimen ini.

Comments

Anonymous said…
agak-agaknya PRU13 nanti pakai ko tidok dakwat nih
agak-agaknya PRU13 nanti pakai ko tidok dakwat nih
Anonymous said…
dakwat tu kan tahan 2 bulan jah..
pah dalam tong sampah dah tu...haila

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber...

Susur Galur Saya

Saya percaya ramai di kalangan kita; apabila ditanya tentang nama-nama nenek moyang hanya dapat menyebut sekadar dua atau tiga lapis sahaja iaitu sekadar tingkatan moyang. Selebihnya? Wallahu a’lam. Bagi kebanyakan orang urusan tersebut tidaklah sepenting mana, tapi bagi sesetengah yang lain susur galur inilah jati diri mereka. Bagi diri saya sendiri, saya bertuah sebenarnya kerana sekurang-kurangnya 13 lapisan saya ketahui iaitu sehingga ke awal abad 17. Senarainya adalah seperti berikut: Nik Bahrum Bin Nik Abdullah bin Raja Ahmad bin Raja Mat bin Raja Abdullah bin Raja Senik bin Raja Kecik bin Raja Mohamad bin Raja Abd Rahman bin Raja Kecil Sulong bin Raja Omar bin Raja Sakti. Manakala di sebelah ibu pula saya adalah anak kepada Nik Syamsiah binti Nik Som bin Raja Senik bin Raja Husin bin Raja Bongsu bin Raja Senik dan seterusnya sebagaimana susur galur sebelah bapa. Setakat ini yang saya belum jelas adalah susur keturunan sebelah Tokku (ibu Nik Abdullah) kerana se...