Skip to main content

Mahathir Keluar UMNO

Betullah kata P. Ramlee. Alif, Mim, Nun, Wau bacanya sarkas. Bukan UMNO.

Memang betul. Kalau bukan sarkas masakan dari empat perdana menteri setakat ini hanya seorang sahaja yang matinya dalam UMNO iaitu Tun Abdul Razak. Yang lain seperti Tunku dan Tun Hussin meninggal dalam keadaan tidak redha kepada UMNO.
Yang mengejutkan saya hari ini adalah kisah Tun Mahathir. Tanpa sebarang amaran tiba-tiba mengisytiharkan keluar UMNO di Alor Setar petang tadi. Walaupun tidak masuk mana-mana parti lain, tapi pada masa yang sama mengesyorkan ahli yang lain juga keluar parti.

Elok sangatlah tu. Tindakan Tun sebenarnya memudahkan kerja Pak Lah. Tidaklah perlu dibuat pengesyoran untuk memecat Tun, kerana sepanjang pemerhatian saya dalam 2 tahun ini, sememangnya tindakan dan ucapan Tun sebenarnya adalah umpama gunting dalam lipatan.

Apapun Tun, saya percaya Tun tentu telah berfikir sejuta kali sebelum membuat keputusan tersebut. Pahit maung Tun berjuang dalam UMNO tentu tidak begitu senang Tun mahu lupakan. Saya percaya tentu seluruh hati dan perasan Tun tergores akibat dari tindakan itu.

Oleh yang demikian Tun, sebagai seorang yang amat kagum dengan pemikiran Tun dan membesar dalam masa pemerintahan Tun, saya menyeru Tun untuk kembali semula kepada pemikiran Islam. Cukuplah, tinggalkanlah dasar pemikiran sekular yang membelungi diri Tun selama ini. Islam amat memerlukan orang seperti Tun.

Berani, tegas serta berwibawa.

Semoga dengan penerimaan dasar Islam tersebut Tun adalah umpama Saidina Umar memeluk Islam.

Tentu Tok Guru bersetuju.

Comments

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber...

Susur Galur Saya

Saya percaya ramai di kalangan kita; apabila ditanya tentang nama-nama nenek moyang hanya dapat menyebut sekadar dua atau tiga lapis sahaja iaitu sekadar tingkatan moyang. Selebihnya? Wallahu a’lam. Bagi kebanyakan orang urusan tersebut tidaklah sepenting mana, tapi bagi sesetengah yang lain susur galur inilah jati diri mereka. Bagi diri saya sendiri, saya bertuah sebenarnya kerana sekurang-kurangnya 13 lapisan saya ketahui iaitu sehingga ke awal abad 17. Senarainya adalah seperti berikut: Nik Bahrum Bin Nik Abdullah bin Raja Ahmad bin Raja Mat bin Raja Abdullah bin Raja Senik bin Raja Kecik bin Raja Mohamad bin Raja Abd Rahman bin Raja Kecil Sulong bin Raja Omar bin Raja Sakti. Manakala di sebelah ibu pula saya adalah anak kepada Nik Syamsiah binti Nik Som bin Raja Senik bin Raja Husin bin Raja Bongsu bin Raja Senik dan seterusnya sebagaimana susur galur sebelah bapa. Setakat ini yang saya belum jelas adalah susur keturunan sebelah Tokku (ibu Nik Abdullah) kerana se...