Skip to main content

Perjumpaan Tahunan Ibu Bapa PASTI Al-Ahmadi

Hari ini saya, Ummi dan AJK Pasti Al-Ahmadi agak sibuk sedikit. Saya menulis inipun dicelah program Perjumpaan Tahunan Ibu Bapa Pasti Al-Ahmadi 2008.

Program bermula sejak pukul 9.00 pagi lagi dengan pendaftaran ibu-bapa, diikuti dengan sesi dialog yang saya sendiri kendalikan. Banyak isu yang dikemukan samada oleh pihak pengurusan Pasti dan juga ibu-bapa.

Yang paling menarik perhatian saya adalah kenyataan seorang ibu yang hadir menyatakan bahawa dia menghantar anaknya ke sini adalah kerana cabaran seorang rakan yang menyatakan anak-anak Pasti tidak boleh membaca dan menulis. Tapi selepas 3 bulan sahaja, beliau menyatakan bahawa anaknya sekarang sudah boleh membaca dan menulis secara mudah. Ditambah pula dengan bacaan doa, bacaan al-Quran dan Hadis.

Saya percaya kenyataan tersebut akan menaikkan lagi semangat guru-guru Pasti Al-Ahmadi untuk terus berkhidmat.

Majlis seterusnya diteruskan dengan ceramah Motivasi Kekeluargaan oleh YB Senator Hjh. Mumtaz Mohd Nawi. Beliau menyentuh berkenaan dengan tips-tips mendidik anak-anak mengikut cara nabi. Dengan penerangan dan cara yang menarik, saya perhatikan ibu-bapa tidak mengeluh walaupun suasana agak panas di suluh matahari.

Program dijangka berakhir jam 12.30 tengahari dengan jamuan makan tengahari. Semoga Pasti terus berkhidmat untuk kelangsungan agama di bumi bertuah ini.

Comments

Anonymous said…
sudahkah anda melawati web blog dari pandangan mata... http://www.asmawie.blogspot.com
Anonymous said…
kamera harga mahak gambar tarak...ooo tarak kelas lerrr

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber...

Susur Galur Saya

Saya percaya ramai di kalangan kita; apabila ditanya tentang nama-nama nenek moyang hanya dapat menyebut sekadar dua atau tiga lapis sahaja iaitu sekadar tingkatan moyang. Selebihnya? Wallahu a’lam. Bagi kebanyakan orang urusan tersebut tidaklah sepenting mana, tapi bagi sesetengah yang lain susur galur inilah jati diri mereka. Bagi diri saya sendiri, saya bertuah sebenarnya kerana sekurang-kurangnya 13 lapisan saya ketahui iaitu sehingga ke awal abad 17. Senarainya adalah seperti berikut: Nik Bahrum Bin Nik Abdullah bin Raja Ahmad bin Raja Mat bin Raja Abdullah bin Raja Senik bin Raja Kecik bin Raja Mohamad bin Raja Abd Rahman bin Raja Kecil Sulong bin Raja Omar bin Raja Sakti. Manakala di sebelah ibu pula saya adalah anak kepada Nik Syamsiah binti Nik Som bin Raja Senik bin Raja Husin bin Raja Bongsu bin Raja Senik dan seterusnya sebagaimana susur galur sebelah bapa. Setakat ini yang saya belum jelas adalah susur keturunan sebelah Tokku (ibu Nik Abdullah) kerana se...