Skip to main content

Cerita Muallaf Nak Keluar Islam - Pengajaran Kes Siti Fatimah

Walaupun sedih, saya menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang yang membenarkan seorang Muallaf – Siti Fatimah – untuk keluar Islam atas alasan dia tidak pernah mengamalkan ajaran Islam.

Semoga dengan keputusan tersebut, tidak akan terjadi lagi peristiwa perebutan mayat untuk pengkebumian di mana sebelum ini telah terjadi beberapa peristiwa yang sampai sekarang belum dimuktamadkan seperti kes wira Everest kita.

Sebenarnya kejadian-kejadian seperti itu tidak sepatutnya berlaku. Apabila seseorang sudah terbukti samada diisytiharkan ataupun tidak sebagai seorang Islam, sepatutnya ia mestilah dianggap sebagai seorang Islam sehinggalah dibuktikan sebaliknya. Kalau sudah ada dokumen yang menunjukkan seseorang pernah memeluk Islam maka bidangkuasa yang layak untuknya adalah bidangkuasa Mahkamah Syariah. Soal samada dia mengamalkan Islam atau tidak, sebenarnya tidak relevan kerana ramai dikalangan yang asal Islam pun tidak mengamalkan Islam.

Kerana itulah apabila ada bukti sebegitu, sepatutnya keluarga atau individu terbabit sepatutnya menyerahkan diri kepada bidangkuasa yang sepatutnya iaitu di Mahkamah Syariah. Forum itulah akan menentukan samada seseorang berhak untuk keluar Islam ataupun tidak.

Bak kata orang, tiada paksaan dalam beragama, tetapi sekali masuk Islam kamu terikat dengan undang-undangnya.

Dan keputusan tersebut juga menunjukkan betapa Mahkamah Syariah juga boleh memberi keadilan kepada yang bukan Islam.

Comments

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber...

Susur Galur Saya

Saya percaya ramai di kalangan kita; apabila ditanya tentang nama-nama nenek moyang hanya dapat menyebut sekadar dua atau tiga lapis sahaja iaitu sekadar tingkatan moyang. Selebihnya? Wallahu a’lam. Bagi kebanyakan orang urusan tersebut tidaklah sepenting mana, tapi bagi sesetengah yang lain susur galur inilah jati diri mereka. Bagi diri saya sendiri, saya bertuah sebenarnya kerana sekurang-kurangnya 13 lapisan saya ketahui iaitu sehingga ke awal abad 17. Senarainya adalah seperti berikut: Nik Bahrum Bin Nik Abdullah bin Raja Ahmad bin Raja Mat bin Raja Abdullah bin Raja Senik bin Raja Kecik bin Raja Mohamad bin Raja Abd Rahman bin Raja Kecil Sulong bin Raja Omar bin Raja Sakti. Manakala di sebelah ibu pula saya adalah anak kepada Nik Syamsiah binti Nik Som bin Raja Senik bin Raja Husin bin Raja Bongsu bin Raja Senik dan seterusnya sebagaimana susur galur sebelah bapa. Setakat ini yang saya belum jelas adalah susur keturunan sebelah Tokku (ibu Nik Abdullah) kerana se...