Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Pulau Batu Puteh

Keputusan Pulau Batu Puteh oleh ICJ

Saya adalah antara (mungkin) jutaan rakyat Malaysia yang mengikuti siaran langsung RTM dari Mahkamah Keadilan Antarabangsa petang ini. Dengan keputusan 12-4 secara sahnya Pulau Batu Puteh menjadi milik sah Singapura manakala Midle Rock menjadi milik Malaysia dengan undian 15-1. Sementara sebuah pulau lagi South Ledge kurang pasti pula saya kepada siapa dianugerahkan kerana keputusan tidak menyebut negara mana yang berhak. Keputusan tersebut seoalah-olah mengambil jalan tengah agar tidak ada sesiapa yang berkecil hati. Walaubagaimanapun, sepanjang saya mendengar fakta yang dibaca oleh Naib Presiden ICJ seolah-olahnya dari asal Pulau Batu Puteh adalah terletak di bawah penguasaan Johor (Malaysia) dari segi sejarahnya. Begitu juga fakta kedudukan pulau-pulau tersebut yang lebih dekat dengan pantai Johor. Tetapi memandangkan penguasaan oleh Singapura terutamanya dengan pembinaan Rumah Api Honsburgh dan tiadanya usaha oleh kerajaan Malaysia mempertikaikan pembinaan dan penguasaan tersebut m...