Tahniah saya ucapkan kepada Nik Normadiha Nik Mohamad Kamal pelajar Maahad Muhammadi Perempuan yang menerima keputusan SPMnya pagi ini. Dengan keputusan 20A (19A1 1A2) tersebut, saya percaya beliau adalah antara pelajar terbaik seluruh Malaysia (atau mungkin yang terbaik?). Kejayaan tersebut membuktikan satu perkara iaitu "Man jadda wajada" - Siapa berusaha akan mendapat hasilnya-. Tidak kira siapa kamu, sebanyak mana harta kamu atau keturunan mana kamu. Yang penting adalah berusaha dan bertawakal kepada Allah. Cuma jika boleh saya panjangkan sedikit...di hadapan nanti cabaran yang lebih besar bakal menjelma. Lebihkan usaha. Dan juga lebihkan tawakal. Insya Allah selamat.
Seorang anak kepada ayah dan ibu, suami kepada seorang isteri, ayah kepada 4 orang anak, rakan kongsi kepada sebuah firma guaman dan antara penghuni Al-Khazaain. Nik Abdullah, Nik Syamsiah, Khairiah, Noriah, Nik Madiha, Nik Madhi, Nik Majida, Nik Majdi, Nik Mariha, Nik Maher, Nik Mursyida dan Nik Musliha adalah antara sumber inspirasi. Al-Khazaain ditujukan kepada mereka. Juga untuk sesiapa sahaja yang sudi menatap dan terbuka untuk menegur dan ditegur. Semoga diberkati Allah selamanya.