Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Ummi

Tahniah Untuk Ummi

kerana memenangi jawatan Pengerusi Tetap Dewan Muslimat PAS Kawasan Pengkalan Chepa hari ini. Ini adalah penggal kedua Ummi menjawat jawatan tersebut. Sebetulnya Ummi amat sibuk kebelakangan ini. Sejak balik dari Mekah akhir tahun lepas hingga ke tarikh ini sibuk Ummi masih tidakberkurang. Setiap hari pukul enam baru sampai di rumah sedangkan masa rasmi pejabat pukul 4.45 petang. Kadang-kadang sampai 5 mesyuarat terpaksa dihadiri dalam satu hari. Belum di kira fail-fail yang terpaksa dibawa balik ke rumah. Dua hari lepas, Setiausaha Dewan Muslimat PAS Kawasan Pengkalan Chepa menghubungi Ummi. Bertanyakan kesanggupan menerima pencalonan untuk bertanding sebagai ahli jawatankuasa. Ada sentimen dari pimpinan untuk Ummi masuk ke dalam jawatankuasa. Saya tidak menghalang, tapi saya bimbang Ummi tidak berdaya untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut. Saya lebih memilih jika Ummi hanya kekal sebagai Pengerusi Tetap. Ummi akur. Dan jawatan Pengerusi Tetap itu kekal miliknya untuk sepenggal la...

Baru 9 Tahun

Tepat-tepat 9 tahun yang lampau, saya memasuki alam baru. Telah saya tinggalkan iblis menangis di pintu masjid yang saya bina. Bersama Ummi. Betapa berat tanggungjawab yang dihadapkan ke atas kepala saya; ketika itu saya mengeluh kesah, kurang senyuman walaupun bergelar raja sehari. Betapa tidak, beberapa bulan sebelum hari perkahwinan itu, saya yang baru menyelesaikan pengajian, menjalani latihan guaman serta baru bekerja selama dua bulan, tiba-tiba meletakkan jawatan untuk bekerja sendiri. Memang betul-betul bekerja sendiri sehinggakan kerja mendirikan dinding bilik, mengecat, memasang meja, memasang karpet -sekadar menyebut beberapa perkara- tangan sayalah yang menggerakkannya sehingga boleh dipanggil sebuah pejabat. Dalam kecelaruan pekerjaan itulah saya berkahwin. Bayangkan!!! Tanpa pendapatan tetap, dengan Ummi juga menjalani latihan guaman tanpa elaun. Rasaya baru kelmarin sahaja peristiwa itu berlalu. Tapi betullah rezeki Allah boleh datang dari sumber yang tidak terduga. Kurni...

Double Celebration Untuk Ummi

Sebagaimana yang telah saya khabarkan sebelum ini, hari ini saya sekeluarga akan berangkat ke Kuala Lumpur. Pada mulanya saya berhasrat untuk ke sana berdua sahaja dengan Ummi memandangkan Madiha, Madhi dan Majida bersekolah. Tetapi Ummi berpandangan lain. Katanya, "Semua mesti pergi. Dah lama Ummi simpan angan-angan nak bergambar sekeluarga dengan baju graduasi itu.". Oleh kerana alasan itu, saya mengalah walaupun anak-anak terpaksa ponteng sekolah beberapa hari. Anak-anak pulak pantang dengar 'berjalan' pasti nak ikut. Dan sebagai tambah nilai rehlah, saya berhasrat membawa mereka ke tempat ayah dan Ummi bertemu iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, taman ilmu tersohor di Gombak. Sekurang-kurangnya dapat memberi suntikan motivasi untuk belajar lebih rajin. Hari ini juga, 4 Ogos adalah hari ulang tahun kelahiran Ummi ke 34. Jadi macam "double celebration"lah pula. Cumanya hari ini kena buat sambutan di atas Citra sepanjang jalan ke Kuala Lumpur. Had...

Ummiku Sayang

Saya terdengar Madhi menyanyi lagu ini sebentar tadi. Saya minta liriknya. Saya paparkan di sini sempena Hari Ibu esok. Memancar sang suria menyinar cahayanya begitulah berseri wajah ummiku sayang Aku sayang ummi ummiku sayang ummi sayang sayang ummi ummiku sayang Walaupun ummi letih mengasuh kami ini namun masih tersenyum menyejukkan hati Bila pulang sekolah ummi sambut kami sembahyang sama ummi Alhamdulillah Ummiku sayang kaulah serikandi berkorban selalu untuk kami ummiku sayang kau ibu mithali semoga Allah kan berkati Memancar sang suria menyinar cahayanya begitulah berseri wajah ummiku sayang p/s : Saya dedikasikan gambar pertama dalam Al-Khazaain dengan gambar Ummi.