Skip to main content

Double Celebration Untuk Ummi

Sebagaimana yang telah saya khabarkan sebelum ini, hari ini saya sekeluarga akan berangkat ke Kuala Lumpur. Pada mulanya saya berhasrat untuk ke sana berdua sahaja dengan Ummi memandangkan Madiha, Madhi dan Majida bersekolah. Tetapi Ummi berpandangan lain.

Katanya, "Semua mesti pergi. Dah lama Ummi simpan angan-angan nak bergambar sekeluarga dengan baju graduasi itu.". Oleh kerana alasan itu, saya mengalah walaupun anak-anak terpaksa ponteng sekolah beberapa hari. Anak-anak pulak pantang dengar 'berjalan' pasti nak ikut.

Dan sebagai tambah nilai rehlah, saya berhasrat membawa mereka ke tempat ayah dan Ummi bertemu iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, taman ilmu tersohor di Gombak. Sekurang-kurangnya dapat memberi suntikan motivasi untuk belajar lebih rajin.


Hari ini juga, 4 Ogos adalah hari ulang tahun kelahiran Ummi ke 34. Jadi macam "double celebration"lah pula. Cumanya hari ini kena buat sambutan di atas Citra sepanjang jalan ke Kuala Lumpur. Hadiahnya? Biasiswa pengajian dilupuskan. Hee....heee....


Nota: Kalau ada masa gambar-gambar akan saya masukkan nanti.

Comments

Unknown said…
Selamat Ulang Tahun untuk Elly. Bila dia nak ada blog sendiri?
Tahniah buat Kak Elly!! Sempat lagi sambung pelajaran tu walaupun dah kerja. Jelous saya ni! Tambah sayang lah En. Nik nampaknya hee..hee
tahniah.....ummi ni isteri nik baharum la yer? bagusla,sementara masih muda dan berkeinginan,elok la smbg bajar kan? saya ni..walaupun dok rumah jer,tp rasa tringin jugak nak smbg bajar...di UIA dulu amik kos aper? kakak n abang ipar saya lecturer di sana..di UIA tula.
Muda? Dah tua la..... (he...he....). Tu laaa... akhirnya dapat juga setelah tujuh tahun mula-mula class dulu. Lepas tangguh-tangguh. Masa dekat UIA dulu Ummi ambil law, buat master syariah. Katanya kalau ada peluang dan ada yang nak sponsor mungkinsambung lagi.
owh kalu gitu ur wife tu misti kenal my sis kot..? Dr. Ramizah?
Anonymous said…
besarnya airport dubai

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber...

Susur Galur Saya

Saya percaya ramai di kalangan kita; apabila ditanya tentang nama-nama nenek moyang hanya dapat menyebut sekadar dua atau tiga lapis sahaja iaitu sekadar tingkatan moyang. Selebihnya? Wallahu a’lam. Bagi kebanyakan orang urusan tersebut tidaklah sepenting mana, tapi bagi sesetengah yang lain susur galur inilah jati diri mereka. Bagi diri saya sendiri, saya bertuah sebenarnya kerana sekurang-kurangnya 13 lapisan saya ketahui iaitu sehingga ke awal abad 17. Senarainya adalah seperti berikut: Nik Bahrum Bin Nik Abdullah bin Raja Ahmad bin Raja Mat bin Raja Abdullah bin Raja Senik bin Raja Kecik bin Raja Mohamad bin Raja Abd Rahman bin Raja Kecil Sulong bin Raja Omar bin Raja Sakti. Manakala di sebelah ibu pula saya adalah anak kepada Nik Syamsiah binti Nik Som bin Raja Senik bin Raja Husin bin Raja Bongsu bin Raja Senik dan seterusnya sebagaimana susur galur sebelah bapa. Setakat ini yang saya belum jelas adalah susur keturunan sebelah Tokku (ibu Nik Abdullah) kerana se...