Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2008

Isra' Dan Mi'raj

Saya mengucapkan selamat meraikan ulang tahun Isra' dan Mi'raj Rasulullah (s.a.w.) yang terkandung di dalamnya berbagai hikmah dan pengajaran bagi umatnya. Jika mahu di kaji satu persatu nescaya tidak terkupas dan tiada keupayaan kita yang lemah kemahuan ini. Walau apapun, bagi saya Isra' dan Mi'raj Rasul dapat memberi panduan bagi kita untuk mengenali manusia yang berjiwa Abu Bakar Al-Siddiq dan berjiwa Abu Jahal. Bagi saya Isra' dan Mi'raj Rasul memberi pengajaran jelas bahawa di samping ajaran Islam yang boleh diterima akal (lojik) terdapat juga ajaran agama yang hanya Allah saja mengetahui. Contohnya, kenapa basuh muka dahulu sebelum basuh kaki semasa berwuduk? Kenapa tawaf Baitillah perlu 7 kali pusingan? Kenapa itu dan kenapa ini...! Cuma jenis manusia sahaja yang banyak soal. Bagi mereka setiap perkara perlu alasan yang boleh diterima akal. Selagi tidak berjumpa alasan tersebut atau tidak selari dengan ilmu mereka, ajaran agama tersebut tidak boleh diteri

Memang Betul Gila Talak

Tergelak saya membaca beberapa berita utama hari ini - Utusan Online , Berita Harian - yang menyiarkan tentang tawaran Datuk Seri Tajol Rosli untuk PAS dan UMNO bergabung membentuk kerajaan Negeri Perak. Cantik punya tawaran iaitu dengan mengekalkan menteri besarnya dari PAS dan boleh berunding pula untuk mengisi jawatan exco. Oh yaa... satu lagi, beliau tidak akan menduduki barisan kepimpinan, cukup dengan jadi anggota kerajaan biasa saja.... POOOORAH!!!! Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Kalau tidak silap saya, UMNO Perak sebelum ini begitu beriya-iya menyatakan kerajaan UMNO akan ditubuhkan selewat-lewatnya 31 Julai 2008. Apa dah jadi? Sehingga terpaksa memujuk PAS pula. Atau adakah sudah terkena pukulan Munajat Rakyat Perak baru-baru ini? Bagi saya cukup-cukuplah dengan apa yang telah berlaku setakat ini. Tinggalkanlah politiking sehingga musim pilihanraya akan datang. Rakyat telah menunjukkan mandatnya. Hormatilah keputusan rakyat tersebut. Nanti sampai masa tagihlah simp

Glem Night Mak Nyah

Seingat saya, tidak pernah saya memandang rendah golongan pondan (lelaki bernaluri lembut); kerana mereka juga mahkluk Allah swt. Soal mereka berperasaan lelaki atau wanita, itu adalah naluri semula jadi mereka. Pendek kata sebagaimana kita mempunyai hak sebagai warganegara dan umat Islam, begitulah juga mereka. Bermaksud, saya sentiasa meraikan mereka seadanya, tanpa perlu terikut-ikut dengan gaya percakapan atau bahasa tubuh mereka. Dan saya berjaya "survive" berkawan dengan mereka semasa di UIAM samada dalam urusan pembelajaran ataupun sosial. Pendek kata tiada masalah sedikitpun. Tetapi rupanya ada sesetengah golongan tersebut yang lupa diri dengan hakikat penciptaan diri mereka sehingga ada yang melebih-lebihkan naluri kewanitaan mereka dan seakan membiarkan kecintaan terhadap bentuk tubuh wanita sehingga sanggup membuat suntikan, pembedahan dan sebagainya; mungkin sekali pandang kalah wanita sejati. Itulah yang saya rasa dan saya lihat malam Sabtu yang lepas. Kebetulann

Muzakarah: Kenyataan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

Adakah Kita Mahu Ditendang Kali Kedua Tuesday, 22 July 2008 Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) menyokong penuh pendirian Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Bin Haji Nik Mat, Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS mengenai isu muzakarah PAS-UMNO. DPPNK menganggap bahawa isu muzzakarah ini hanyalah agenda politik UMNO untuk turut mengheret PAS menanggani masalah dalaman UMNO yang secara nyata telah ditolak oleh rakyat di dalam Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu. Kenapa baru sekarang pemimpin UMNO sibuk dengan isu muzakarah, sedangkan muzakarah ini telah dicadangkan oleh PAS sejak sekian lama tapi tidak pernah disambut oleh UMNO. PAS pernah menghantar surat rasmi kepada UMNO untuk mengadakan muzakarah tapi tidak disambut oleh UMNO. Kenapa semasa UMNO kuat suatu ketika dahulu pemimpin mereka tidak menyambut cadangan muzakar

Dah Lupa Ke? Masih Berseronok?

Kita telah meninggalkan perang PRU12 lebih kurang 4 bulan yang lalu. Kalau tidak ada aral bahaya, mengikut kiraan perlembagaan, dalam 4 tahun setengah lagi kita akan berhadapan pula dengan PRU 13. Mungkin ramai yang melihat ianya masih jauh. Suasana sekarang adalah untuk meraikan kemenangan. Atau untuk bermain politik. Sehingga kita lupa 4 tahun setengah tetap akan datang. Pejam celik pejam celik, kita sudah tidak mempunyai masa yang cukup lagi. Apa yang ingin saya sentuh adalah berkenaan dengan berita ini . Saya tidak nampak di mana-mana hatta sebaran rasmi parti pun menyentuh perkara ini. Sedangkan isu daftar pemilih adalah isu yang penting. Dan antara yang terpenting. Jika sebelum ini kita sanggup menghabiskan wang yang bukan sedikit untuk urusan daftar dan bantah; dan kita telah berjaya dalam PRU 12 lantaran itu. Apakah kita tidak mengambil pengajaran PRU11, sehingga kerajaan Islam Kelantan dibezakan dengan 1 kerusi sahaja antara memerintah dan tidak, baru kita termengadah? Lebih d

Syabas Tuanku

Saya amat berbesar hati membaca berita ini: Keputeraan Tuanku Mizan tanpa darjah kebesaran Oleh Nor Aziah Jaafar - Utusan Malaysia Online KUALA TERENGGANU 19 Julai – Buat pertama kali, Istana Terengganu tidak menganugerahkan sebarang darjah dan pingat kebesaran negeri sempena Hari Keputeraan Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin ke-46 yang disambut esok. Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Nong ketika mengesahkan perkara itu berkata, beliau diberitahu bahawa tiada istiadat penganugerahan kepada penerima darjah dan pingat kebesaran pada sambutan esok oleh Istana Terengganu, kira-kira sebulan lepas. ‘‘Saya tidak diberitahu mengenai sebab mengapa tiada pengurniaan darjah dan pingat kebesaran tahun ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. Bagaimanapun, beliau tidak pasti jika terdapat kemungkinan pemilihan penerima dan istiadat pengurniaan akan diadakan selepas ini. ‘‘Setakat ini tiada penerima untuk darjah dan pingat kebesaran, kemungkinan istiadat akan dibuat se

Ulasan Awal Debat

Setelah meneliti dengan agak teliti dan menjauhkan prasangka, saya berpendapat YB Menteri Penerangan gagal dalam mempertahankan kerajaan BN dalam debat yang baru berakhir sebentar tadi. Saya kira dalam ketiga-tiga pusingan debat, beliau gagal menerangkan secara objektif rasional kerajaan menaikkan harga minyak secara mendadak selepas beberapa bulan pilihanraya walaupun telah berjanji tidak akan menaikkannya semasa kempen pilihanraya. Sebagaimana yang telah saya ulas pagi tadi bahawa saya menunggu hujah yang meyakinkan dari kedua-dua pendebat. Saya tidak melihat langsung dari kehebatan cara penyampaian tetapi lebih kepada isi. Saya juga berpendapat, YB Menteri Penerangan telah melakukan kesilapan yang teramat besar apabila menyentuh perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan tajuk debat seperti cuba mengungkit kisah-kisah lama yang berbaur politik. Saya dapat melihat ada beberapa orang telah menepuk dahi sambil tersenyum sinis apabila YB Menteri Penerangan mengungkit kisah demontrasi t

Debat Ditunggu (Jika bukan gari yang menghalang....)

Walaupun ada sedikit keraguan , saya tetap berharap Debat antara DS Anwar Ibrahim dan YB Menteri Penerangan dapat dilansungkan malam ini. Saya sudah menempah tiket kelas pertama untuk mengikutinya dari kaca TV di rumah. Walaupun jarang berkesempatan untuk menonton, saya sebolehnya akan meluangkan masa. Kenapa? Kerana saya hendak mendengar sendiri mekanisma penurunan harga minyak yang diwarwarkan itu. Saya akan cuba melapangkan fikiran dan terbuka hati saya untuk mendengar hujah-hujah bermutu. Dan saya (setakat ini) tidak berpihak kepada mana-mana pendebat (Memang bolehpun sebab saya orang PAS bukan PKR atau BN). Sebetulnya sehingga sekarang saya belum betul-betul mendapat jawapan yang konkrit berkenaan dengan isu minyak. Pihak kerajaan asyik mempertahankan pendiriannya secara membabi buta hatta di Parlimen. Begitu juga pihak pembangkang asyik menyerang sahaja. Jadi saya nak guna betul-betul peluang malam ini untuk menetapkan pemikiran saya tanpa sebarang dorongan kepartian. Setakat in

Bila MOU Terjalin

Sebagai seorang yang dibesarkan dengan pendidikan agama oleh Yayasan Islam kelantan, saya antara bekas pelajarnya yang bersyukur di atas selesainya kemelut hampir 6 tahun antara Kementerian Pelajaran dan Yayasan Islam Kelantan. Berita sebagaimana yang disiarkan melalui berita semalam, Harakah Online dan beberapa akhbar utama negara di mana Yayasan Islam Kelantan bersetuju untuk mendaftar sebanyak 20 buah sekolah buat permulaan dengan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membolehkan bantuan perkapita diberikan. Tambah berbesar hatinya saya kerana pentadbiran pengurusan sekolah, guru dan murid serta kurikulum dikekalkan di bawah YIK. Walaupun saya bukan guru YIK atau pekerjanya atau apa sahaja yang berkaitan dengan YIK, tetapi saya berpendapat kesediaan kedua-dua pihak bersemuka, berbincang walaupun mengambil masa yang panjang adalah merupakan kemenangan awal. Saya percaya pendidikan tidak sepatutnya dipolitikkan (walaupun silibus politik diajar di sekolah) demi survival masa depan pelaj

Saya Sokong 100%

Saya percaya tidak ada apa lagi yang perlu saya tambah dan ulas, kerana jawapan-jawapan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam wawancara dengan Harakahdaily yang saya petik di bawah saya sokong 100%. Dan pernah sipi-sipi saya ulas sebelum ini. Memantapkan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat Harakahdaily Fri | Jul 11, 08 | 12:40:09 pm MYT HARAKAH: Apa penjelasan Tuan Guru mengenai dakwaan PAS ada perbincangan dengan Umno yang disensasikan media baru-baru ini? USTAZ HADI: PAS adalah parti yang menegakkan Islam dengan makna yang menyeluruh. Sasaran Islam ialah seluruh manusia bukan sahaja tertumpu kepada ahli PAS. Kita harus sampaikan mesej kepada pihak yang lain, sebagaimana yang diajar Nabi Muhammad. Bukan sahaja bergerak dalam skop di Semenanjung Tanah Arab bahkan Baginda menghantar surat kepada raja-raja. PAS juga wajib meneruskan mesej itu dalam konteks negara kita. Kita jumpa dengan raja-raja dan tidak salah juga kita berjumpa dengan Umno untuk menyampaikan mesej kita. Kalau tidak jum

Nafkah Ibu Bapa

Boleh atau tidak dituntut terhadap anak yang mengabaikannya? Saya berpendapat ibu bapa boleh menuntut nafkah mereka dari anak-anak di mahkamah syariah berdasarkan perintah Allah agar anak-anak berbuat ehsan kepada ibu bapa dan kerana ada peruntukan sedemikian di dalam enakmen keluarga Islam negeri-negeri. Cuma setakat ini saya tidak berjumpa lagi dengan kes sedemikian di bawa ke mahkamah kecuali satu kes di Negeri Sembilan yang mana mahkamah membenarkannya. Apakata jika peguam-peguam syarie seluruh Malaysia cuba membawa kes-kes seperti ini? Kalau selama ini tuntutan hanya dibuat oleh isteri terhadap suami bagi tuntutan nafkah, nafkah edah, nafkah kebelakangan, mut'ah, harta sepencarian dan nafkah anak-anak, kita meriahkan pula mahkamah syariah dengan tuntutan nafkah ibu bapa pula. Saya percaya yang arif hakim-hakim akan banyak menolong. Nota: Cadangan ini lahir dari lontaran pertanyaan seorang pakcik semasa Forum Pelaksanaan Undang-Undang Syariah di Mahkamah Syariah sempena Majlis

"Mari Menuju Ke Arah Kejayaan"

Berdasarkan makna laungan itu sahaja saya sudah boleh bersetuju dengan gagasan Ayah Zik untuk menjadikan solat sebagai indikator perlantikan dan kenaikan pangkat kakitangan awam Negeri kelantan. Sesungguhnya gagasan tersebut adalah merupakan sebuah gagasan yang melampaui pemikiran sekular Dr. Mashitah dan Omar Osman ; seolah-olah segala cadangan yang datang dari orang PAS semuanya tidak betul, tidak tepat dan tidak boleh dipakai walaupun sedikit. Nampaknya dalam isu ini, Dr. Mashitah tidak perlu menunggu guru-gurunya yang lain untuk berkata-kata. Malah sehingga setakat ini saya tidak berjumpa lagi dengan ulasan orang bukan Islam terhadap isu tersebut. Sebenarnya tidak ada apa masalahpun tentang cadangan tersebut. Sedangkan solat sejak berzaman telah menjadi asas untuk pembentukan generasi yang bertakwa dan bekerja kerana Allah. Hanya orang sekular sahaja yang menganggapnya sebagai pelik. Sedangkan banyak lagi tindakan orang sekular yang lebih pelik dari itu. Seperti contoh, mewajibkan

Padan Muka Mu

Itulah saja yang saya nak hamburkan kepada "Tahi Kaburator" yang dibaling dan dipukul oleh anggota Protes semalam. Buatlah lagi. Kepada 'Event Manager' - pikir-pikirlah yeee. Kepada Unit Amal - Syabas kerana menarik diri. Kepada saya - nasib baik aku tak pergi (sebab saya dah tahu ada konsert).

O.K....O.K.... Saya Mengaku

bahawa saya tidak hadir 'Protes' hari ini. Tapi saya memanifestasikan usaha untuk mengurangkan kenaikan harga minyak dengan cara: Saya berhemah dalam berbelanja; keluar membeli-belah keperluan dapur sekali sebulan sahaja; Saya tidak sewenang-wenangnya menghidupkan kereta ke tempat yang tidak perlu; Saya periksa dan matikan segala jenis suis elektrik yang tidak diperlukan samada di rumah atau pejabat; Saya tidak bergayut dan berSMS tanpa sebab; Saya tidak makan di kedai-kedai berjenama (juga tanpa sebab); Saya tidak menangguhkan pembayaran kad kredit walau satu sen; Saya tidak akan ke Kuala Lumpur semata-mata nak tengok konsert underground walaupun percuma; Saya tambah pelaburan dengan duit-duit yang saya jimatkan di atas. Saya rasa berbaloi juga protes saya ini.

Boring! Boring! Rasa Nak Muntah...

Daripada saya buat ulasan tentang Bala yang dah jadi bola (dan akan mendatangkan bala kepadanya) dan yang sewaktu dengannya, lebih baik saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi tahniah kepada satu-satunya artis wanita Malaysia yang saya minat; Maya Karin yang akan melangsungkan perkahwinannya pada 14 Ogos depan di Italy. (Satu hari selepas ulangtahun perkahwinan saya dan Ummi yang ke 9) Berita lanjutnya di sini . Habis tu apa jadi dengan gosip-gosip yang menyatakan Maya dah kahwin dengan orang itu di Singapura? Lain kali tulis betul-betul tau. Sakit hati saya.... Apapun tahniah sekali lagi. Jaga baik-baik aqidah Abang Mat Ali yee. Nota: Gambar di ambil dari Kickdefella .

Ditipu? Tertipu? Atau....

Saya tidak tahulah samada Aishah di tipu, tertipu atau telah menjadi mangsa sindiket nikah kahwin. Tidak pasal-pasal menjadi mangsa keadaan yang mungkin berpunca dari kejahilannya sendiri serta tidak mendapat nasihat yang secukupnya. Isu sekarang bukan berkenaan dengan sah atau tidak lafaz talak yang dikeluarkan oleh Defendan, tetapi lebih dari itu adalah tentang status sah perkahwinan terlebih dahulu. Atas alasan tersebut mahkamah sebenarnya tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes. Lapuran Berita Harian Online pagi ini menjelaskan segalanya. Aishah berkemungkinan besar bukan sekadar akan terpinga-pinga dengan status pengesahan lafaz talaknya. Tetapi lebih dari itu, beliau berkemungkinan besar akan kehilangan hak untuk menuntut nafkah edah, nafkah kebelakangan, mut'ah, harta sepencarian serta hak penjagaan anak. Sebabnya? Hanya satu iaitu status perkahwinannya yang tidak didaftarkan dan besar kemungkinannya melibatkan isu pemalsuan dokumen perkahwinan. Jalan terbaik? Mena

Tahniah Abang Mat

di atas keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu semalam yang membenarkan permohonan Abang Mat untuk berpoligami 4 serentak. Tahniah tersebut bukan kerana Abang Mat berjaya dalam permohonan dan boleh tambah isteri. Bukan, tetapi kerana Abang Mat percaya kepada sistem perundangan Islam yang ada. Bak kata Hakim Syari'e yang memutuskannya, kesungguhan Abang Mat begitu ketara sekali kerana sanggup hadir sampai empat kali ke mahkamah. Bukan calang orang boleh buat begitu. Berita selanjutnya boleh diikuti di sini . Catatan saya sebelum ini di sini dan di sini . Bila nak makan nasi minyaknya?