Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Kelantan

Glem Night Mak Nyah

Seingat saya, tidak pernah saya memandang rendah golongan pondan (lelaki bernaluri lembut); kerana mereka juga mahkluk Allah swt. Soal mereka berperasaan lelaki atau wanita, itu adalah naluri semula jadi mereka. Pendek kata sebagaimana kita mempunyai hak sebagai warganegara dan umat Islam, begitulah juga mereka. Bermaksud, saya sentiasa meraikan mereka seadanya, tanpa perlu terikut-ikut dengan gaya percakapan atau bahasa tubuh mereka. Dan saya berjaya "survive" berkawan dengan mereka semasa di UIAM samada dalam urusan pembelajaran ataupun sosial. Pendek kata tiada masalah sedikitpun. Tetapi rupanya ada sesetengah golongan tersebut yang lupa diri dengan hakikat penciptaan diri mereka sehingga ada yang melebih-lebihkan naluri kewanitaan mereka dan seakan membiarkan kecintaan terhadap bentuk tubuh wanita sehingga sanggup membuat suntikan, pembedahan dan sebagainya; mungkin sekali pandang kalah wanita sejati. Itulah yang saya rasa dan saya lihat malam Sabtu yang lepas. Kebetulann...

"Mari Menuju Ke Arah Kejayaan"

Berdasarkan makna laungan itu sahaja saya sudah boleh bersetuju dengan gagasan Ayah Zik untuk menjadikan solat sebagai indikator perlantikan dan kenaikan pangkat kakitangan awam Negeri kelantan. Sesungguhnya gagasan tersebut adalah merupakan sebuah gagasan yang melampaui pemikiran sekular Dr. Mashitah dan Omar Osman ; seolah-olah segala cadangan yang datang dari orang PAS semuanya tidak betul, tidak tepat dan tidak boleh dipakai walaupun sedikit. Nampaknya dalam isu ini, Dr. Mashitah tidak perlu menunggu guru-gurunya yang lain untuk berkata-kata. Malah sehingga setakat ini saya tidak berjumpa lagi dengan ulasan orang bukan Islam terhadap isu tersebut. Sebenarnya tidak ada apa masalahpun tentang cadangan tersebut. Sedangkan solat sejak berzaman telah menjadi asas untuk pembentukan generasi yang bertakwa dan bekerja kerana Allah. Hanya orang sekular sahaja yang menganggapnya sebagai pelik. Sedangkan banyak lagi tindakan orang sekular yang lebih pelik dari itu. Seperti contoh, mewajibkan...