Sejak mengundurkan diri dari sebarang jawatan di peringkat pemuda kawasan Pengkalan Chepa hampir setahun, malam semalam adalah kali pertama saya hadir ke dalam program rasminya iaitu Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Pengkalan Chepa kali ke 30 di PUTIK. Kehadiran saya kali ini adalah sebagai perwakilan pemuda cawangan Tebing Tinggi Mungkin suasana pilihanraya masih terasa menyebabkan kehadiran perwakilan dan pemerhati agak ramai. Saya difahamkan hanya beberapa cawangan sahaja yang gagal menghantar perwakilan tidak seperti pada tahun-tahun lepas. Mesyuarat telah dirasmikan oleh YB Che Abdullah bin Mat Nawi, ahli mesyuarat kerajaan yang baru. Saya kira ini adalah meneruskan tradisi DPPPC mengundang wakil rakyat baru sebagai perasmi. Mungkin untuk melihat apakah perancangan serta pemikiran yang cuba di bawa oleh beliau. Mungkin juga untuk menentukan sikap DPPPC terhadap kepimpinan beliau pada masa hadapan. Mesyuarat berlangsung selama '2 hari'. Ianya bermula pukul 1...
Seorang anak kepada ayah dan ibu, suami kepada seorang isteri, ayah kepada 4 orang anak, rakan kongsi kepada sebuah firma guaman dan antara penghuni Al-Khazaain. Nik Abdullah, Nik Syamsiah, Khairiah, Noriah, Nik Madiha, Nik Madhi, Nik Majida, Nik Majdi, Nik Mariha, Nik Maher, Nik Mursyida dan Nik Musliha adalah antara sumber inspirasi. Al-Khazaain ditujukan kepada mereka. Juga untuk sesiapa sahaja yang sudi menatap dan terbuka untuk menegur dan ditegur. Semoga diberkati Allah selamanya.