Skip to main content

Mesyuarat Agung Dewan Pemuda Pengkalan Chepa ke 30

Sejak mengundurkan diri dari sebarang jawatan di peringkat pemuda kawasan Pengkalan Chepa hampir setahun, malam semalam adalah kali pertama saya hadir ke dalam program rasminya iaitu Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Pengkalan Chepa kali ke 30 di PUTIK.

Kehadiran saya kali ini adalah sebagai perwakilan pemuda cawangan Tebing Tinggi

Mungkin suasana pilihanraya masih terasa menyebabkan kehadiran perwakilan dan pemerhati agak ramai. Saya difahamkan hanya beberapa cawangan sahaja yang gagal menghantar perwakilan tidak seperti pada tahun-tahun lepas.

Mesyuarat telah dirasmikan oleh YB Che Abdullah bin Mat Nawi, ahli mesyuarat kerajaan yang baru. Saya kira ini adalah meneruskan tradisi DPPPC mengundang wakil rakyat baru sebagai perasmi. Mungkin untuk melihat apakah perancangan serta pemikiran yang cuba di bawa oleh beliau. Mungkin juga untuk menentukan sikap DPPPC terhadap kepimpinan beliau pada masa hadapan.

Mesyuarat berlangsung selama '2 hari'. Ianya bermula pukul 10.00 malam dan selesai lebih kurang jam 12.30 malam. 2 hari lah tu. Saya berpeluang memberi ucapan semasa agenda penangguhan di mana antara lain saya menyebut tentang keperluan menyediakan pelapis kepimpinan di peringkat dewan pemuda.

Saya melihat dewan pemuda seolah telah gagal dalam menyediakan pelapis yang akan menggantikan kepimpinan sekarang. Saya menyebut bahawa daripada saf kepimpinan yang ada hanya Ketua Pemuda, Ustaz Nik Abduh sahaja yang ditonjolkan dengan kebolehan berceramah, menulis dan sebagainya. Anak-anak buah? Bagaimana?

Saya katakan bahawa jika keadaan ini tidak ditangani segera, tidak mustahil kemegahan PAS Kawasan Pengkalan Chepa hanya akan tinggal dalam catatan arkib sahaja. Pemimpin dari luar kawasanlah yang akan ditonjolkan untuk bertanding misalannya di Pengkalan Chepa, bukannya pemimpin tempatan.

Dalam ucapan penangguhannya, Nik Abduh mengakui isu tersebut. Beliau menambah bahawa tugasnya sebagi ketua dewan pemuda dikira sebagai gagal sekiranya pemimpin yang menggantikannya tidak sebaik orang terdahulu.

Saya timbulkan isu tersebut adalah sebagai satu cabaran kepada kepimpinan. Saya percaya ramai yang tidak tahu bahawa dalam pemilihan calun pilihanraya ke 12 yang lalu, hampir-hampir sahaja calon dari luar kawasan mahu diletakkan sebagai calon .

Kenapa yee... Mungkin orang-orang Pengkalan Chepa ni baik-baik kot?

Comments

Anonymous said…
Mungkin PC memerlukan org2 macam nik kut baru boleh menonjol
Saya tidak kata begitu kerana saya telahpun berada di situ. Tambahan pula saya tidak ada cita-cita dalam politik.

Itulah saya katakan, kepimpinan patut kenal pasti orangnya untuk dilatih serta diletakkan pada tempat yang sepatutnya.

Saya percaya ramai yang berkebolehan.
Anonymous said…
sabar la nik.dunia politik ni banyak dugaan.nati pemilihan thun depan kita pakat calonkan nik..hehe3jgn marah
Ehmmm... setakat ni tak terbuka lagi hati saya....

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber...

Susur Galur Saya

Saya percaya ramai di kalangan kita; apabila ditanya tentang nama-nama nenek moyang hanya dapat menyebut sekadar dua atau tiga lapis sahaja iaitu sekadar tingkatan moyang. Selebihnya? Wallahu a’lam. Bagi kebanyakan orang urusan tersebut tidaklah sepenting mana, tapi bagi sesetengah yang lain susur galur inilah jati diri mereka. Bagi diri saya sendiri, saya bertuah sebenarnya kerana sekurang-kurangnya 13 lapisan saya ketahui iaitu sehingga ke awal abad 17. Senarainya adalah seperti berikut: Nik Bahrum Bin Nik Abdullah bin Raja Ahmad bin Raja Mat bin Raja Abdullah bin Raja Senik bin Raja Kecik bin Raja Mohamad bin Raja Abd Rahman bin Raja Kecil Sulong bin Raja Omar bin Raja Sakti. Manakala di sebelah ibu pula saya adalah anak kepada Nik Syamsiah binti Nik Som bin Raja Senik bin Raja Husin bin Raja Bongsu bin Raja Senik dan seterusnya sebagaimana susur galur sebelah bapa. Setakat ini yang saya belum jelas adalah susur keturunan sebelah Tokku (ibu Nik Abdullah) kerana se...