Skip to main content

Siaran Langsung Parlimen II

Sekali lagi saya mengikuti siaran langsung sesi Parlimen pagi ini.

Secara ringkasnya dapat saya simpulkan bahawa ahli parlimen kita tidaklah seteruk yang dilabelkan sebelum ini dengan perkataan 'sarkas',' zoo' dan sebagainya. Walaupun ahli-ajli parlimen berebut bangun untuk bertanyakan soalan tambahan, tidal kedengaran pula perkataan-perkataan yang kurang manis diluahkan. Begitu juga dengan korum mesyuarat; ruang duduk ahli parlimen hampir penuh.

Atas alasan tersebut saya percaya ahli parlimen kita adalah wakil yang matang. Mereka tahu ketika masa untuk beradab dan masa untuk bertegas. Atas alasan tersebut juga saya mencadangkan masa tambahan diberikan kepada RTM atau mana-mana saluran lain untuk menyiarkan sepenuhnya sesi persidangan tersebut.

Cuma sedikit yang saya lihat adalah betapa jawapan agak panjang diberikan oleh menteri-menteri yang berkaitan berbanding isu yang ditanya. Seharusnya ahli politik kita dapat belajar memaksimumkan maksud dengan meminimumkan perkataan.

Begitu juga dengan penggunaan bahasa Melayu . Seharusnya ahli-ahli parlimen melatih diri untuk bercakap dalam bahasa rasmi persidangan secara langsung tersebut. Nanti tidaklah malu sangat dengan budak-budak yang 'ter'menonton.

Comments

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber...

Susur Galur Saya

Saya percaya ramai di kalangan kita; apabila ditanya tentang nama-nama nenek moyang hanya dapat menyebut sekadar dua atau tiga lapis sahaja iaitu sekadar tingkatan moyang. Selebihnya? Wallahu a’lam. Bagi kebanyakan orang urusan tersebut tidaklah sepenting mana, tapi bagi sesetengah yang lain susur galur inilah jati diri mereka. Bagi diri saya sendiri, saya bertuah sebenarnya kerana sekurang-kurangnya 13 lapisan saya ketahui iaitu sehingga ke awal abad 17. Senarainya adalah seperti berikut: Nik Bahrum Bin Nik Abdullah bin Raja Ahmad bin Raja Mat bin Raja Abdullah bin Raja Senik bin Raja Kecik bin Raja Mohamad bin Raja Abd Rahman bin Raja Kecil Sulong bin Raja Omar bin Raja Sakti. Manakala di sebelah ibu pula saya adalah anak kepada Nik Syamsiah binti Nik Som bin Raja Senik bin Raja Husin bin Raja Bongsu bin Raja Senik dan seterusnya sebagaimana susur galur sebelah bapa. Setakat ini yang saya belum jelas adalah susur keturunan sebelah Tokku (ibu Nik Abdullah) kerana se...