Skip to main content

Pengajaran Dari Cerita Muallaf Siti Fatimah (sambungan)

Antara agenda yang timbul dalam fikiran saya sebagai natijah dari kes Siti Fatimah adalah betapa perlunya kepada undang-undang murtad segera digubal samada di peringkat parlimen mahupun negeri. Betapa tidak ada sebuah negeripun kecuali Negeri Sembilan yang mewartakan murtad sebagai jenayah adalah satu perkara yang amat menyedihkan, sedangkan Islam adalah merupakan agama persekutuan.

Undang-undang murtad tersebut,sebenarnya tidak sesekali menggangu hak asasi beragama rakyat. Islam tidak pernah memaksa mana-mana rakyat untuk memeluknya. Tapi sekali Islam dipeluk - atas apa alasan sekalipun- tidak ada orang yang boleh meninggalkannya tanpa sebarang akibat.

Tanpa undang-undang murtad tersebut, agama akan jadi tidak terkawal lagi, nak kahwin masuk Islam , bercerai keluar pula. Nak masuk Islam masuk sahaja, nak keluar tiada siapa yang larang. Islam bukan begitu kerana ia ada peraturanya yang tersendiri yang tidak ada pada agama lain.

Kerana itulah barangkali nada beberapa pemimpin bukan Islam begitu lantang mempertahankan hak rakyat untuk murtad. Saya percaya situasi tersebut terjadi kerana tidak ada peraturan murtad/keluar agama dalam ajaran mereka. Kalau ada, tentu sekali mereka akan mempertahankannya sampai mati.

Selain daripada undang-undang murtad yang saya cadangkan di atas; sepanjang penelitian saya hanya ada beberapa peruntukan sahaja yang berlegar ditepi-tepi permasalahan murtad. Anataranya adalah Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994 khususnya pada seksyen 102, 119, 120, 122, 127 dan 136 yang menyentuh enam perkara iaitu cubaan meninggalkan agama Islam, ajaran salah, mencerca agama Islam, mempersenda upacara agama Islam, pemujaan salah dan menyalahgunakan ayat-ayat suci.

Seksyen 102 secara jelasnya hanya terpakai kepada orang yang asalnya bukan beragama Islam yang kemudiannya memeluk Islam serta didaftarkan sebagai seorang Islam. Muallaf tersebut tidak diktiraf murtad kecuali ianya disahkan oleh Mahkamah Syariah walaupun mendakwa telah keluar Islam. Seksyen tersebut juga mempruntukkan bahawa jika ada cubaan untuk murtad, Mahkamah Syariah boleh memerintahkan muallaf tersebut ditahan di Pusat Bimbingan Islam untuk temph sehingga 36 bulan bagi tujuan pendidikan.

Itu sahaja peruntukan yang ada bagi negeri Kelantan di mana Murtad telah tidak diklasifikasikan sebagai jenayah.

Atas keperluan mendesak ini, hasil dari rasa tanggungjawab melihat penghinaan melalui kes Siti Fatimah ini, saya menyarankan agar perhatian yang serius perlu diberi terhadap perkara murtad ini dengan:
  1. mewartakan murtad sebagai Jenayah terhadap agama dan negara;
  2. memperluaskan maksud murtad bukan hanya kepada muallaf tetapi juga terhadap melayu asal;
  3. memperkasakan pusat Bimbingan Islam serta hukuman-hukuman lain yang setimpal sebagimana syariat Islam.

Comments

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber...

Susur Galur Saya

Saya percaya ramai di kalangan kita; apabila ditanya tentang nama-nama nenek moyang hanya dapat menyebut sekadar dua atau tiga lapis sahaja iaitu sekadar tingkatan moyang. Selebihnya? Wallahu a’lam. Bagi kebanyakan orang urusan tersebut tidaklah sepenting mana, tapi bagi sesetengah yang lain susur galur inilah jati diri mereka. Bagi diri saya sendiri, saya bertuah sebenarnya kerana sekurang-kurangnya 13 lapisan saya ketahui iaitu sehingga ke awal abad 17. Senarainya adalah seperti berikut: Nik Bahrum Bin Nik Abdullah bin Raja Ahmad bin Raja Mat bin Raja Abdullah bin Raja Senik bin Raja Kecik bin Raja Mohamad bin Raja Abd Rahman bin Raja Kecil Sulong bin Raja Omar bin Raja Sakti. Manakala di sebelah ibu pula saya adalah anak kepada Nik Syamsiah binti Nik Som bin Raja Senik bin Raja Husin bin Raja Bongsu bin Raja Senik dan seterusnya sebagaimana susur galur sebelah bapa. Setakat ini yang saya belum jelas adalah susur keturunan sebelah Tokku (ibu Nik Abdullah) kerana se...