Saya percaya ramai di kalangan kita; apabila ditanya tentang nama-nama nenek moyang hanya dapat menyebut sekadar dua atau tiga lapis sahaja iaitu sekadar tingkatan moyang. Selebihnya? Wallahu a’lam. Bagi kebanyakan orang urusan tersebut tidaklah sepenting mana, tapi bagi sesetengah yang lain susur galur inilah jati diri mereka.
Bagi diri saya sendiri, saya bertuah sebenarnya kerana sekurang-kurangnya 13 lapisan saya ketahui iaitu sehingga ke awal abad 17. Senarainya adalah seperti berikut:
Nik Bahrum Bin Nik Abdullah bin Raja Ahmad bin Raja Mat bin Raja Abdullah bin Raja Senik bin Raja Kecik bin Raja Mohamad bin Raja Abd Rahman bin Raja Kecil Sulong bin Raja Omar bin Raja Sakti.
Manakala di sebelah ibu pula saya adalah anak kepada Nik Syamsiah binti Nik Som bin Raja Senik bin Raja Husin bin Raja Bongsu bin Raja Senik dan seterusnya sebagaimana susur galur sebelah bapa.
Setakat ini yang saya belum jelas adalah susur keturunan sebelah Tokku (ibu Nik Abdullah) kerana setakat yang saya tahu adalah Raja Kiah binti Raja Sulong. Begitu juga sebelah Tok Ayah (ayah Nik Syamsiah) kerana setakat yang saya tahu adalah Ismail bin Che Awang.
Kalau dilihat kepada nama-nama tersebut; saya percaya ianya tercatat dalam lipatan sejarah Kelantan khususnya pada awal abad ke 17 dan 18 masihi. Betapa tidak Raja Sakti yang saya tuliskan di atas dikenali juga dengan nama Raja Jembal 1 yang memerintah dari tahun 1638 – 1649 berpusat di Kota Jembal.
Raja Omar; anakanda baginda adalah Sultan Omar (juga dikenali sebagai Raja Jembal 5) yang memerintah berpusat di Kota Jembal dari tahun 1675-1721. Baginda adalah bapa saudara kepada Puteri Saadong yang terkenal itu.
Tokoh-tokoh lain adalah Raja Kechil Sulong (Raja Jembal 6) memerintah dari tahun 1721 – 1725 berpusat di Kota Teras.. Long Bahar (Raja Jembal 7) abang (adik?) iparnya yang melahirkan susur galur Long Yunus iaitu keluarga kesultanan yang memerintah Kelantan sekarang.
Masih banyak lagi yang boleh saya ceritakan berkenaan dengan susur galur keturunan di atas. Mungkin di lain kesempatan boleh saya ceritakan dengan lebih lanjut lagi. Cuma satu perkara yang saya ingin nyatakan secara terus terang iaitu saya, semua nama-nama tersebut berdarah merah, meninggal dunia dan bersatu dengan tanah.
Sama macam kita semua.
Comments
sye rasa sye ade glaran nik tpi dh gugur dlm lipatan sejrah la,,,,
Maksudnya yang lain saya tidak tahu.
tumpang tanya, kot tuan punya blog mengetahui kisah Che Muda bomoh diraja kelantan / pendekar.
saya tidak pasti samada dia adalah dibwh kerajaan jembal ataupun kerajaan lagi satu.
sy raja mohammad hilman b raja mohammad hasbi.B raja hassan (datok) b raja bongsu b raja senik b raja mat.
Sy nk taw susr jalur raja senik (moyong kpd moyong). Sbb sy tertarik dgn pnjlasan tuan tntg susur jlur tuan. Moyang tuan bernama raja senik.
Cme nak tahu kepastian lebih detail.
Raja bongsu b raja senik + raja esah bt raja deraman.
zuriat : raja hussin b raja bongsu (aabg dtuk sy)
Raja hassan b raja bongsu (ddtuk sy)..
Sy ingin taw siapa lg zuriat raja senik selain moyang sy raja bongsu.. swktu sy kecil berumo 5/6 thun moyg meningal.