Skip to main content

Siaran Langsung Parlimen

Saya sempat mengikuti siaran langsung persidangan Parlimen pagi tadi. Tepat sebagaimana agakan, YB-YB kita telah menggunakan peluang tersebut untuk menunjukkan belang masing-masing. Maklumlah masuk TV. Ditambah pula dengan minyak yang dicurahkan oleh YDP Dewan yang tidak membenarkan soalan tambahan ditanya, bertambah maraklah apinya.

Memang nampak sangat seolah-olah YB veteran seperti mahu menguji kewibawaan YDP baru. Manakala YB baru ada juga yang cuba-cuba tumpang sekaki. Seolah-olah semua YB yang ada terlupa ingatan Tuanku semalam yang meminta YB menjaga tingkah laku semasa berbahas.

Apa yang ingin saya bincangkan di sini sebenarnya adalah rentetan daripada peristiwa tersebut bilamana Menteri Penerangan yang mulanya mencadngkan siaran langsung tersebut telah mengugut untuk membatalkannya pula, atas alasan bimbang rakyat dapat melihat betapa buruknya perangai YB-YB kita.

Aik!!! Macamtu pula? Adakah YB Menteri semasa mencadangkan siarang langsung tersebut menjangkakan YB-YB akan bersopan, berpantun atau memuji kerajaan dalam ucapan mereka? Atau YB Menteri menjangkakan hanya PM atau menteri sahaja yang akan berbahas pada pukul 10 pagi setiap hari perbahasan?

Kalau itulah jangkaan YB Menteri Penerangan, nampaknya itulah sahaja taraf menteri kita. Kalau dalam masa pembangkang ada beberapa orang sahajapun dah kecoh seMalaysia, apatahlagi dengan bilangannya yang sama banyak.

Daripada YB membatalkan siaran langsung tersebut, lebih afdal lagi sekiranya YB dapat mencari jalan untuk menambah waktu siarannya, katalah 2, 3 atau 4 jam kalaupun tidak satu saluran khas untuk parlimen. YB Menteri patut sedar sekarang bahawa rakyat tahu apa sahaja yang berlaku di dalam parlimen walaupun tidak ada saluran dalam media rasmi. Laman blog ahli parlimen pas dah lama buat kerja tersebut, ditambah pula dengan beberapa blog ahli parlimen yang memblog secara langsung dari parlimen.

Saya percaya sekiranya YB Menteri Penerangan melaksanakan cadangan saya tersebut, 'rating' YB akan terus naik. Untung-untuk boleh jadi menteri yang lebih kanan.

Akhirnya ucapan tahniah saya ucapkan kepada YAB Perdana Menteri kerana menunjukkan keterbukaan menerima soalan ahli parlimen. Dan tahniah juga kepada YB Marang kerana berjaya mencuri ruang bertanya soalan yang pertama bagi sesi parlimen ini.

Comments

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber...

Susur Galur Saya

Saya percaya ramai di kalangan kita; apabila ditanya tentang nama-nama nenek moyang hanya dapat menyebut sekadar dua atau tiga lapis sahaja iaitu sekadar tingkatan moyang. Selebihnya? Wallahu a’lam. Bagi kebanyakan orang urusan tersebut tidaklah sepenting mana, tapi bagi sesetengah yang lain susur galur inilah jati diri mereka. Bagi diri saya sendiri, saya bertuah sebenarnya kerana sekurang-kurangnya 13 lapisan saya ketahui iaitu sehingga ke awal abad 17. Senarainya adalah seperti berikut: Nik Bahrum Bin Nik Abdullah bin Raja Ahmad bin Raja Mat bin Raja Abdullah bin Raja Senik bin Raja Kecik bin Raja Mohamad bin Raja Abd Rahman bin Raja Kecil Sulong bin Raja Omar bin Raja Sakti. Manakala di sebelah ibu pula saya adalah anak kepada Nik Syamsiah binti Nik Som bin Raja Senik bin Raja Husin bin Raja Bongsu bin Raja Senik dan seterusnya sebagaimana susur galur sebelah bapa. Setakat ini yang saya belum jelas adalah susur keturunan sebelah Tokku (ibu Nik Abdullah) kerana se...