Skip to main content

Cerita Anak - Madhi

Kadang-kadang; sebagai ibu bapa (khususnya bapa) kita (baca saya) tak tahu potensi sebenar anak. Kadang-kadang; sebagai ibu bapa (khususnya bapa) kita (baca saya) seperti 'dictate' apa perlu seseorang anak buat.

Contohnya Nik Ahmad Madhi (anak kedua saya); saya belikan basikal untuknya sejak berumur 3 tahun, tidak dibuang-buang tayar kecil di belakang. Saya fikir, Madhi belum boleh menunggang basikalnya secara betul. 2 minggu lepas, saya belikan untuknya sebuah basikal baru yang lebih besar sesuai untuk usianya. Saya fikir basikal tersebut hanya akan berlegar dalam pagar Al-Khazaain ataupun pagar Tokku sahaja.

Tapi saya silap; sebaik sahaja basikal diturunkan dari kereta, Madhi sudah boleh menunggangnya tanpa bantuan dan minggu lepas dia sudah boleh menuruti saya mengelilingi kampung walaupun ada satu ketika basikalnya terbalik dan separuh badannya terperosok masuk belukar di tepi jalan.

Begitu juga semalam, sempena dengan Hari Sukan Sri Aman, Madhi mewakili rumah Khandak bertanding dalam larian sejauh 50 meter. Menduduki tempat kedua. Madhi juga masuk beberapa acara lain.

Hakikatnya, saya tidak perasan potensinya selama ini. Atau adakah saya over-protective? Atau sekadar tidak ambil peduli?

Comments

terharu kalu yo baco post ni.

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber...

Susur Galur Saya

Saya percaya ramai di kalangan kita; apabila ditanya tentang nama-nama nenek moyang hanya dapat menyebut sekadar dua atau tiga lapis sahaja iaitu sekadar tingkatan moyang. Selebihnya? Wallahu a’lam. Bagi kebanyakan orang urusan tersebut tidaklah sepenting mana, tapi bagi sesetengah yang lain susur galur inilah jati diri mereka. Bagi diri saya sendiri, saya bertuah sebenarnya kerana sekurang-kurangnya 13 lapisan saya ketahui iaitu sehingga ke awal abad 17. Senarainya adalah seperti berikut: Nik Bahrum Bin Nik Abdullah bin Raja Ahmad bin Raja Mat bin Raja Abdullah bin Raja Senik bin Raja Kecik bin Raja Mohamad bin Raja Abd Rahman bin Raja Kecil Sulong bin Raja Omar bin Raja Sakti. Manakala di sebelah ibu pula saya adalah anak kepada Nik Syamsiah binti Nik Som bin Raja Senik bin Raja Husin bin Raja Bongsu bin Raja Senik dan seterusnya sebagaimana susur galur sebelah bapa. Setakat ini yang saya belum jelas adalah susur keturunan sebelah Tokku (ibu Nik Abdullah) kerana se...