Sebelum ini saya ada bertanyakan tentang kesudahan isu murtad di negara kita. Berkebetulan pada masa yang sama Majlis Peguam Malaysia dalam rangka untuk menganjurkan satu program yang menyentuh isu pemelukan agama Islam. Walaupun mendapat tentangan masaa termasuk PAS tetapi mereka tetap ingin meneruskannya. Kesudahannya? Saya mendapat khabar bahawa forum tersebut terpaksa dihentikan awal atas nasihat keselamatan. Saya tidak akan mengulas panjang pro dan kontra penerusan atau pembatalan forum tersebut kerana bagi saya secara dasarnya sebarang perbincangan, forum atau majlis penerangan adalah bagus untuk pengetahuan. Tetapi pada masa yang sama ianya tidak patut diteruskan jika niat penganjurannya terpesong dari objektif penubuhan penganjurnya. Saya mencadangkan agar pada masa akan datang, isu-isu yang berkaitan dengan agama Islam hendaklah diuruskan/dipegerusikan oleh jawatankuasa Islam kerana bagi saya orang yang bukan Islam tidak berhak sedikitpun untuk bercakap hal berkaitan Islam s...
Seorang anak kepada ayah dan ibu, suami kepada seorang isteri, ayah kepada 4 orang anak, rakan kongsi kepada sebuah firma guaman dan antara penghuni Al-Khazaain. Nik Abdullah, Nik Syamsiah, Khairiah, Noriah, Nik Madiha, Nik Madhi, Nik Majida, Nik Majdi, Nik Mariha, Nik Maher, Nik Mursyida dan Nik Musliha adalah antara sumber inspirasi. Al-Khazaain ditujukan kepada mereka. Juga untuk sesiapa sahaja yang sudi menatap dan terbuka untuk menegur dan ditegur. Semoga diberkati Allah selamanya.