Skip to main content

Kesudahannya Forum Dibatalkan

Sebelum ini saya ada bertanyakan tentang kesudahan isu murtad di negara kita. Berkebetulan pada masa yang sama Majlis Peguam Malaysia dalam rangka untuk menganjurkan satu program yang menyentuh isu pemelukan agama Islam. Walaupun mendapat tentangan masaa termasuk PAS tetapi mereka tetap ingin meneruskannya.

Kesudahannya? Saya mendapat khabar bahawa forum tersebut terpaksa dihentikan awal atas nasihat keselamatan.


Saya tidak akan mengulas panjang pro dan kontra penerusan atau pembatalan forum tersebut kerana bagi saya secara dasarnya sebarang perbincangan, forum atau majlis penerangan adalah bagus untuk pengetahuan. Tetapi pada masa yang sama ianya tidak patut diteruskan jika niat penganjurannya terpesong dari objektif penubuhan penganjurnya.

Saya mencadangkan agar pada masa akan datang, isu-isu yang berkaitan dengan agama Islam hendaklah diuruskan/dipegerusikan oleh jawatankuasa Islam kerana bagi saya orang yang bukan Islam tidak berhak sedikitpun untuk bercakap hal berkaitan Islam samada menyentuh moral ataupun undang-undang.

Tetapi selanjutnya, saya masih lagi ingin bertanya, di mana kesudahannya tentang isu murtad ini. Kerana sebagaimana yang dijelaskan oleh penganjurnya:

"It may be controversial, but that doesn't mean you don't talk about these issues. If it is emotive, if it is sensitive, we still have to talk about discuss these things. That is our position; you need to discuss!" he stressed.

"What we're saying is, it's not an issue of conversion. We're not questioning Article 121 (1A), we're not questioning Article 3 of the Federal Constitution on the status of Islam. When you have two jurisdictions, the civil and the syariah jurisdiction, obviously there will be conflicts of law.

"When you have conflicts of law, you need to resolve these conflicts. This is what we're looking at: How do you resolve these issues? That is all."

Jelas, penganjurannya adalah berdasarkan satu isu sahaja iaitu pertentangan undang-undang yang timbul berkaitan dua bidangkuasa yang ada; bidangkuasa sivil dan bidangkuasa syariah.

Jadi ke mana arahnya? Saya tujukan permasalahan ini kepada saya dan anda yang sepatutnya memilih sebuah kerajaan yang mampu untuk menyelsaikan pertentangan undang-undang tersebut.

Alangkah baiknya jika penganjuran bantahan semalam juga terselit mesej tersebut ke arah mencari kesudahannya.

Comments

Saya berpendapat forum tersebut mmg patut di batalkan kerana panelis yang dijemput untuk mengulas perkara tersebut bukanlah seseorang yang mempunyai kewibawaan yang jelas mengenai Islam. Lagi pun matlamat penganjuran forum tersebut lebih kepada untuk mempersalahkan Islam dan bukannya untuk memberikan perjelasan ataupun penyelesaian. Saya bersetuju dgn pendapat en. nik bahawa org bukan Islam tidak mempunyai sebarang hak untuk komen mengenai Islam sebagaimana Islam tidak pernah masuk campur dalam urusan agama lain. Pihak kerajaan perlu mengambil satu inisiatif untuk menganjurkan satu forum baru yg lebih baik bagi menggantikan pembatan forum tersebut.
Zulkifli Nordin patut berada dalam PAS lah

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber...

Kronologi Pemecatan Tun Salleh Abbas

• Tun Salleh Abbas di lantik sebagai Peguamcara Negara pada tahun 1963. • Semasa berumur 50, beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. • Ketua Hakim Negara Tun Suffian Hashim bersara pada tahun 1982 and beliau telah digantikan oleh Raja Azlan Shah. Raja Azlan kemudiannya dilantik sebagai Sultan Perak dua tahun kemudia. Tun Salleh kemudiannya dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada tahun 1984. • In 1987, pemilihan Agung Umno telah dijalankandan Tengku Razaleigh Hamzah telah mencabar Presiden Umno /Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (sekarang Tun) sebagai Presiden. Beliau dijangkakan akan memenangi pertandingan tersebut. Begaimanapun, Dr Mahathir telah menang dan mengekalkan jawatan tersebut. • Kalangan penyokong Tengku Razaleigh tidak berpuas hati dengan kekalahan tersebut. Mereka membawanya ke Mahkamah untuk mendapatkan perintah bagi pemilihan semula. • Pada masa yang sama, Tun Salleh telah menegaskan dalam satu kenyataan umum berkenaan dengan hasrat untuk m...

Catatan Terakhir Sebelum Berangkat

Saya kira entri ini adalah yang terakhir sebelum menjelangnya tahun baru. Saya mohon untuk mengundurkan diri barang seketika dari dunia siber. Mohon diberi kekuatan untuk menyahut seruan Nabi Ibrahim a.s. Jika saudara pernah membaca catatan saya bertarikh 1.1.2008 dahulu, tentu saudara faham maksud saya. Alhamdulillah dan Insya Allah, saya dan Ummi adalah antara 27,000 rakyat Malaysia yang di beri kouta untuk mengerjakan Haji musim 1429 hijrah ini. Kami akan bertolak ke sana pada 8 November dan dijadulkan balik semula pada 24 Disember 2008. Antara takut dan harap. Itulah perasaan saya ketika ini. Takut; apakah penyerahan diri ini akan diterima Allah, dan harap; semoga dikurniakan haji yang mabrur. Dan tentunya doa dari kalian saya tagih sebagai penambah bekalan ke sana. Esok, saya dan Ummi akan mula bercuti dari kerja-kerja pejabat. Hasratnya selain menyiapkan bekalan fizikal adalah untuk berkunjung ke rumah saudara-mara yang keuzuran, bertemu mata; entah-entah kali terakhir (samada m...