Skip to main content

Tahniah Untuk Ummi

kerana memenangi jawatan Pengerusi Tetap Dewan Muslimat PAS Kawasan Pengkalan Chepa hari ini. Ini adalah penggal kedua Ummi menjawat jawatan tersebut.

Sebetulnya Ummi amat sibuk kebelakangan ini. Sejak balik dari Mekah akhir tahun lepas hingga ke tarikh ini sibuk Ummi masih tidakberkurang. Setiap hari pukul enam baru sampai di rumah sedangkan masa rasmi pejabat pukul 4.45 petang. Kadang-kadang sampai 5 mesyuarat terpaksa dihadiri dalam satu hari.

Belum di kira fail-fail yang terpaksa dibawa balik ke rumah.

Dua hari lepas, Setiausaha Dewan Muslimat PAS Kawasan Pengkalan Chepa menghubungi Ummi. Bertanyakan kesanggupan menerima pencalonan untuk bertanding sebagai ahli jawatankuasa.

Ada sentimen dari pimpinan untuk Ummi masuk ke dalam jawatankuasa. Saya tidak menghalang, tapi saya bimbang Ummi tidak berdaya untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut. Saya lebih memilih jika Ummi hanya kekal sebagai Pengerusi Tetap.

Ummi akur. Dan jawatan Pengerusi Tetap itu kekal miliknya untuk sepenggal lagi. Walaupun tidak terlibat dengan urusan Dewan Muslimat untuk hari ke hari, sekurang-kurangnya ada ikatan di situ.

Tidaklah nanti yang dikendong berciciran dan yang dikejar tidak mendapat.

Comments

bionikiim said…
i've movedd~
ni link baru dehhh~
HEHE;)
hok baru ni smentara jahh~
ni hok baruu~
tuka2 la link tuhhHhhhh~!
Anonymous said…
Salam..

tahniah buat Elly. teruskan perjuangan. poknik kena beri sokongan dan dokongan. kepimpinan Elly penting buat Muslimat.

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber...

Dilema Boikot Saya

Saya sudah tidak lagi mengunjungi KFC, Mc Donald dan Pizza Hut. Minuman Milo, Nescaffe dan barangan berjenama Nesttle tidak lagi menjadi pilihan saya. Tesco tempat kami sekeluarga membeli belah sebulan sekalipun tidak dikunjungi lagi. Manakala barang-barang boikot lain, memang dari dulu tidak dipakai. Tapi sampai bila????? Tengok Coca-cola, Pepsi dan Ice Cream, bagai nak bergaduh dengan anak-anak. Itu belum lagi dilema semasa memilih susu Majdi. Pendekkata; hidup kita selama ini berlegar di sekitar barangan Amerika. Barangan makanan, minuman, pakaian, tempat lepak, tak termasuk artis dari Amerika. Jadi sekali lagi....sampai bila? Nasib baik, rokok tidak pernah menjadi isu. Kalau tidak jenuh nak gulung daun nipah. Walaupun kadang-kadang dalam sehari mesti terbau juga asap yang paling saya benci itu. Alternatifnya ada. Saya boleh minum Raddix, makan burger Ramly tepi jalan, air sirap. Tapi sampai bila? Anak-anak yang dari kecil membesar dengan jenama Amerika; bagai tak sampai hati saya m...

Susur Galur Saya

Saya percaya ramai di kalangan kita; apabila ditanya tentang nama-nama nenek moyang hanya dapat menyebut sekadar dua atau tiga lapis sahaja iaitu sekadar tingkatan moyang. Selebihnya? Wallahu a’lam. Bagi kebanyakan orang urusan tersebut tidaklah sepenting mana, tapi bagi sesetengah yang lain susur galur inilah jati diri mereka. Bagi diri saya sendiri, saya bertuah sebenarnya kerana sekurang-kurangnya 13 lapisan saya ketahui iaitu sehingga ke awal abad 17. Senarainya adalah seperti berikut: Nik Bahrum Bin Nik Abdullah bin Raja Ahmad bin Raja Mat bin Raja Abdullah bin Raja Senik bin Raja Kecik bin Raja Mohamad bin Raja Abd Rahman bin Raja Kecil Sulong bin Raja Omar bin Raja Sakti. Manakala di sebelah ibu pula saya adalah anak kepada Nik Syamsiah binti Nik Som bin Raja Senik bin Raja Husin bin Raja Bongsu bin Raja Senik dan seterusnya sebagaimana susur galur sebelah bapa. Setakat ini yang saya belum jelas adalah susur keturunan sebelah Tokku (ibu Nik Abdullah) kerana se...