Saya berharap agar cadangan Datuk Jamil Khir Baharom untuk meningkatkan pelaksanaan hukuman Jenayah Syariah betul-betul terjadi. Sebenarnya sudah terlalu banyak kertas kerja, cadangan, gesaan serta harapan dari berbagai pihak telah diajukan agar kerajaan berusaha ke arah itu, tapi nampaknya al-hasil balik asal. Pi Mai Pi Mai tang tu juga.
Seingat saya sebelum ni, Ketua Pengarah JAKIM sendiri pernah mengesyorkan untuk meminda peruntukan '356' sebagaimana yang pernah saya ulas di sini. Tunggu punya tunggu, tidak ada apa-apa perkembangan melainkan cadangan seorang menteri baru untuk melakukan perkara yang sama.
Atau apakah ini hanya retorik untuk merasmikan sesuatu persidangan semata?
Selanjutnya saya berpendapat, disamping cadangan untuk meningkatkan hukuman, ada baiknya juga sekiranya peruntukan yang ada buat pada masa sekarang ini digunakan semaksimum mungkin. Sekiranya satu-satu kesalahan memperuntukkan denda dan sebat sebagai hukuman, maka denda dan sebatlah dikenakan. Bukan semata denda yang 'secuit' itu sahaja.
Comments