Skip to main content

2789; Dan Rakyat Memberi Restu


Saya berbangga menjadi sebahagian dari sejarah yang tercipta di Bukit Gantang semalam.

Kira-kira 30 orang peguam dari serata negeri bergabung sebagai pasukan membantu sepanjang tempoh kempen. Komitmen yang diberikan cukup tinggi walaupun ada yang kali pertama bertugas.

Sesungguhnya pengalaman itu amat berharga dan satu dari pengalaman itu ada tercatat di sini, di sini di sini, di sini, di sini, dan sini (empat yang terakhir terjemah/baca sendiri, saya tak reti).

* Gambar kenangan sebelum YB Nizar ke Dewan Perbandaran Taiping untuk pengisytiharan rasmi keputusan pilihanraya kecil Bukit Gantang. Yang lain-lain akan dimasukkan nanti.

Comments

Pak Zawi said…
Pak Nik,
Tahniah atas kejayaan. Semoga akan berakhir penekanan dari mereka yang berkuasa dan menyalah gunakan kuasa.
Terima kasih Pak Zawi. Tahniah kepada semua rakyat Malaysia sebenarnya yang berani berubah.

Tapi betullah Pak Zawi, Melayu memang mudah lupa...

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber...

Dilema Boikot Saya

Saya sudah tidak lagi mengunjungi KFC, Mc Donald dan Pizza Hut. Minuman Milo, Nescaffe dan barangan berjenama Nesttle tidak lagi menjadi pilihan saya. Tesco tempat kami sekeluarga membeli belah sebulan sekalipun tidak dikunjungi lagi. Manakala barang-barang boikot lain, memang dari dulu tidak dipakai. Tapi sampai bila????? Tengok Coca-cola, Pepsi dan Ice Cream, bagai nak bergaduh dengan anak-anak. Itu belum lagi dilema semasa memilih susu Majdi. Pendekkata; hidup kita selama ini berlegar di sekitar barangan Amerika. Barangan makanan, minuman, pakaian, tempat lepak, tak termasuk artis dari Amerika. Jadi sekali lagi....sampai bila? Nasib baik, rokok tidak pernah menjadi isu. Kalau tidak jenuh nak gulung daun nipah. Walaupun kadang-kadang dalam sehari mesti terbau juga asap yang paling saya benci itu. Alternatifnya ada. Saya boleh minum Raddix, makan burger Ramly tepi jalan, air sirap. Tapi sampai bila? Anak-anak yang dari kecil membesar dengan jenama Amerika; bagai tak sampai hati saya m...

Susur Galur Saya

Saya percaya ramai di kalangan kita; apabila ditanya tentang nama-nama nenek moyang hanya dapat menyebut sekadar dua atau tiga lapis sahaja iaitu sekadar tingkatan moyang. Selebihnya? Wallahu a’lam. Bagi kebanyakan orang urusan tersebut tidaklah sepenting mana, tapi bagi sesetengah yang lain susur galur inilah jati diri mereka. Bagi diri saya sendiri, saya bertuah sebenarnya kerana sekurang-kurangnya 13 lapisan saya ketahui iaitu sehingga ke awal abad 17. Senarainya adalah seperti berikut: Nik Bahrum Bin Nik Abdullah bin Raja Ahmad bin Raja Mat bin Raja Abdullah bin Raja Senik bin Raja Kecik bin Raja Mohamad bin Raja Abd Rahman bin Raja Kecil Sulong bin Raja Omar bin Raja Sakti. Manakala di sebelah ibu pula saya adalah anak kepada Nik Syamsiah binti Nik Som bin Raja Senik bin Raja Husin bin Raja Bongsu bin Raja Senik dan seterusnya sebagaimana susur galur sebelah bapa. Setakat ini yang saya belum jelas adalah susur keturunan sebelah Tokku (ibu Nik Abdullah) kerana se...