Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2008

Isu Teknikal vs. Isu pokok

Aturan mesyuarat mesti diikuti untuk kelansungan perjalanan mesyuarat. Aturan mesyuarat ada yang bertulis dan ada tidak. tetapi mengikut peraturannya setiap isu berkenaan dengan aturan mesyuarat, pengerusi mempunyai kuasa mutlak samada menerima ataupun tidak sesuatu bantahan. Ahli mesyuarat boleh menimbulkan bantahan atau menarik perhatian pengerusi terhadap perjalanan mesyuarat. Pengerusi kemudiannya akan membuat keputusan berdasarkan merit terhadap teguran tersebut. Setiap ahli harus menerima keputusan tersebut. Dan mesyuarat boleh diteruskan dengan perbincangan pokok. Barulah mesyuarat boleh mencapai matlamatnya. Kerana itulah saya bersetuju dengan teguran Dato Ibrahim Ali dalam Parlimen tengahari tadi yang menegur ahli-ahli pembangkang yang keluar dewan kerana tidak bersetuju dengan keputusan YDP Dewan membenarkan Datuk Seri Najib meneruskan ucapan. Saya menganggap tindakan keluar dewan tidak seharusnya berlaku kerana ia hanya melibatkan perkara teknikal sedangkan isu pokoknya lang...

Ke Negeri Di Bawah Bayu

Sekarang saya tinggalkan sekejap dunia politik dan isu-isu berkaitan untuk menjalankan tanggungjawab yang di berikan ibu bapa kepada saya. Sebagaimana yang telah saya maklumkan sebelum ini , sejak semalam lagi saya sudah berada di Sabah Negeri Bawah Bayu bertujuan untuk menghantar adik Nik Nur Syuhada ke UMS. Saya berdua saja dengannya kerana Ummi dan ahli keluarga yang lain ada beberapa urusan yang tidak kurang pentingnya. Ummi ke Batu Melintang semalam dengan keluarga di Chicha manakala Che, Ayah dan Awie telah ke Sungai Petani sejak hari Khamis kerana menghadiri mesyuarat. Pagi ni mereka akan keTerengganu pula untuk menghantar Nik Nur Atikah ke UiTM Kuala Terengganu di Chendering. Nasib baik dekat. Saya belum dapat mengulas panjang berkenaan beberapa perkara yang saya perhatikan di Sabah, kerana hanya pada pukul 8.00 malam baru dapat merebahkan badan ke katil di Promenade Hotel. Mungkin sebab lewat daftar saya di letakkan di tingkat sebelas hotel. Hari ini mungkin kena pindah bil...

Timbalan Menteri Pun Porah Juga

Saya ingat dah selesai isu 'porah' 'memporah'. Walaupun semalam beberapa badan hak asasi wanita (?) termasuk Sister In Islam dan beberapa individu yang sewaktu dengannya menyelar tindakan MPKB BRI dalam isu gincu dan kasut bertumit tinggi; saya tidak menghiraukannya kerana tindakan dan kenyataan mereka selama ini punmemang seperti itu - puak-puak porah-. Setiap kali keluar isu berkaitan Islam merekalah seolah-olah juara mempertahankan hak asasi wanita negara. Tidak apalah, kerana mereka memang ditakdirkan macam itu. Tapi apabila keluar berita ini dalam MStar Online: Mashitah selar pengharaman gincu dan tumit tinggi 25-06-2008 09:26:25 PM Oleh NURUL AIN HUSSAIN KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim hari ini menyelar tindakan Majlis Perbandaran Kota Baharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) mengharamkan pemakaian gincu dan kasut tumit tinggi Isnin lalu. Menurut Mashitah, tindakan terseb...

Memang Betul-Betul Porah

Selain Bernama dan TV3, the star juga menyiarkan berita yang sama. Juga dengan nada yang sama. Malah salinan seratus peratus sumber Bernama. Tension saya semalaman kerana banyak panggilan dan SMS yang perlu dilayan. Seperti jadi jurucakap MPKB BRI pula. Nasib baik ada Ummi, bolehlah goreng-goreng dahulu. Pagi ini saya sempat menyilau Sinar Harian. Muka depannya jelas memperakui sentimen yang saya tulis sebelum ini iaitu Bernama, TV3 dan The Star juga....memang betul-betul porah. Cuma sayangnya, saya tak jumpa Sinar Harian Online yang menyiarkan berita tersebut. Saudara perlu mendapatkannya di kedai-kedai akhbar. Kosmo Online ada juga membuat liputan. Tidaklah porah macam TV3 dan Bernama.

MPKB BRI :Porah TV3 Dan Bernama...

...hari ini. Tak percaya sila baca petikan beritanya di bawah: June 23, 2008 20:54 PM No Lipstick And High-heeled Shoes For Female Muslim Employees In Kota Baharu KOTA BAHARU, June 23 (Bernama) -- Female Muslim employees in business premises in the Kota Baharu Municipal Council (MPKB) area are forbidden to wear lipstick and high heel shoes to work. This directive is contained in a MPKB circular, dated May 25 and signed by its president, Shafie Ismail, which has been distributed to business premises under its area of jurisdiction. A check by Bernama at the premises found that only a few tenants had received the circular this week while some have yet to receive them. The circular stated that the directive, targetted at female Muslim employees working in food outlets and other business premises, was issued to prevent incidents like rape and illicit sex as well as to safeguard the moral and dig...

Sekali Lagi Wang Rakyat Dibazirkan

Tugas hakiki pendakwaan apabila membawa sesuatu kes di mahkamah adalah memastikan segala keterangan dan pembuktian yang boleh mensabitkan seseorang yang dituduh dengan sesuatu pertuduhan dibentangkan sepenuhnya di mahkamah. Samada fakta tersebut diterima ataupun tidak oleh hakim yang mendengar kes adalah soal kedua. Pendakwa membuat tuduhan berdasarkan siasatan oleh pegawai penyiasat - kebiasaannya anggota polis. Segala kemudahan agensi penguatkuasaan undang-undang, latihan, kemudahan prasarana disediakan bagi membolehkan seseorang pendakwa menjalankan tugasnya dengan berkesan. Dengan rela hati saya menghalalkan segala kutipan cukai yang saya bayar untuk membiayai kerja itu. Walaupun dikatakan kosnya agak tinggi, saya rela asalkan negara ini selamat dan penjenayah tak kira besar ataupun kecil dikenakan hukuman sewajarnya. Pendek kata saya mengharapkan kerja pendakwaan mestilah dijalankan dengan standard yang paling tinggi iaitu dengan mengemukakan segala yang perlu kepada mahkamah. Soa...

Catatan 3 Hari

Semenjak hari Khamis lepas saya telah tidak mengemaskini blog saya. Sebenarnya ada dua tiga urusan yang menyebabkan keadaan tersebut berlaku: Saya biasanya mengemaskini blog pada waktu malam. Tapi pada hari Khamis lepas, sebaik sahaja menjejak kaki di rumah saya dimaklumkan oleh Nik Nur Syuhada , dia telah diterima masuk ke Universiti Malaysia Sabah. Dan saya diminta untuk menemaninya ke Sabah bagi pendaftaran minggu depan. Terpaksalah bergelut pada malam itu, menjadualkan semula akurjanji saya dan juga urusan menempah tiket kapal terbang. Alhamdulillah pada pagi Jumaat segala urusan tempahan tiket telah selesai disempurnakan. Hotel sahaja yang belum ditempah. Kerana itu juga, janji saya untuk menghantar Nik Nur Atikah pada hari Sabtu ke UITM Kuala Terengganu di batalkan. Kena cari drebar lain lah yeee!!! Pada malam Jumaat itu juga, dah janji dengan budak-budak dalam pagar untuk ke Arena Futsal. Dalam keadaan sibuk dengan urusan tempahan tiket tupun terpaksalah tinggal kerana kita mai...

Sanglang: Ujian Keikhlasan SPR

Saya mengucapkan tahniah kepada pasukan peguam serta pempetisyen Dun Sanglang di atas kejayaan mereka dalam petisyen pilihanraya Dun Sanglang sebagaimana yang diisytiharkan pagi tadi. Dengan keputusan tersebut bermakna Dun Sanglang sekarang ini tidak bertuan kerana kemenangan calon BN Abdullah Hassan dibatalkan oleh mahkamah atas alasan berlaku kesilapan semasa pengisian borang 14 ketika proses pengiraan undi terdahulu. Walaupun secara teknikalnya, atas alasan tersebut Ustaz Hashim Jasin sepatutnya diisytiharkan menang, undang-undang berkaitan iaitu Akta Pilihanraya 1954 tidak membolehkan hakim berbuat demikian. Sekarang ini, kerusi tersebut dipulangkan semula kepada SPR untuk memilih antara dua iaitu samada mengisytiharkan kemenangan kepada calon Pas ataupun mengadakan pilihanraya semula. Kedua-duanya mempunyai pro kontra masing-masing. Cumanya saya berpendapat, sekarang ini adalah ujian tentang keikhlasan masing-masing di mana kedua-dua pihak - SPR dan BN - melalui peguam masing-masi...

Lihat Siapa Yang Makan Di Kedai Itu...

Semasa saya dan Ummi sedang menikmati makan tengahari di Kedai Makan Sumatera hadapan Arked MPKB tengahari tadi, tiba-tiba masuklah seseorang yang seakan pernah dilihat wajahnya. Tapi di mana ye? Selepas memilih lauk di kaunter, lelaki tersebut terus ke meja makan sambil saya terus memeras ingatan apabila kami saling berpandangan dan tersenyum dan mengangkat tangan menyapa. Pada ketika itulah saya teringat bahawa beliau adalah Dato' Ahmad Yakob, Timbalan Menteri Besar Negeri Kelantan. Ya Allah!! Malunya saya kerana tidak kenal beliau dan tidak mengambil inisiatif untuk menegur beliau terlebih dahulu. Dan memang itulah antara kelemahan saya, payah mengingati muka seseorang apatahlagi kalau orang-orang besar. Yang menyebabkan saya terlebih tidak mengecamnya kerana otak saya tidak menyediakannya untuk bertemu pemimpin nombor dua negeri untuk makan di kedai seperti itu. Kedainya 'macamtulah'. Tempat-tempat marhaen menjamu selera. Saya perhatikan sifatnya betul-betul sebagaimana...

'Bukan Munajat Muslimat'

Demikian kata-kata salah seorang pimpinan Muslimat dalam ucapan penangguhan Muktamar Dewan Muslimat Pas Negeri Kelantan di Putik Sabtu lepas. Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan beberapa orang pimpinan Pas termasuk Exco dan wakil rakyat yang menambah 'cawangan' tanpa memikirkan akibatnya kepada parti. Ulasan saya: Ianya juga bukan Munajat Tok Guru. Ia adalah hasrat individu dan tidak ada sesiapa yang boleh menghalang sekiranya telah cukup syarat dan kemampuan untuk berpoligami. Sebagaimana yang pernah saya tulis sebelum ini , berkahwinlah sampai penuh kouta pun, tidak mengapa asalkan syarak, undang-undang dan moral membolehkannya. Macam kisah Abang Mat Nor dan Abang Ariff di Kuala Terengganu, tiada masalah sehinggakan isteri-isteri yang ada bersetuju dengan pilihan suami masing-masing untuk mencukupkan kouta. Soal nak bagi atau tidak itu terserah kepada Mahkamah menentukannya. Yang jadi persoalannya adalah kita di Negeri Kelantan. Pemimpin pula tu. Poligami tanp...

Dewan Pemuda & Muslimat Negeri Kelantan

Semalam saya dan Ummi tidak ada di rumah sehari suntuk. Saya terlibat dengan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan di Grand Riverview Kota Bharu bermula jam 8.30 pagi sehingga pukul 5.00 petang. Sebagai ahli jawatankuasa DPPNK tidak banyak yang perlu saya lakukan dan jawab dalam muktamar tersebut kerana kebanyakan soalan dan pandangan di respon oleh YB Ketua ataupun setiausha dewan sahaja. Tambahan pula Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar yang saya menjadi pengerusinya bukanlah satu jawatankuasa yang besar sebagaimana jawatankuasa lain. Sebab tu saya relak sedikit berbanding dengan setiausaha dewan yang khabarnya dah dua malam tak boleh tidur. Manakala Ummi pula dari pagi juga terlibat dengan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas Negeri Kelantan di PUTIK. Dengan tugas sebagai Timbalan Pengerusi Tetap dewan tugasnya semalam bermula sebagai pegerusi majlis perasmian oleh Ketua Dewan Muslimat Pas Negeri Kedah dan juga semasa mesyuarat penuh. Saya ingat nak telefon bertanya khabar...

Agenda Polis dalam Demontrasi

"Perarakan ke KLCC ditukar ke pejabat Pas KUALA LUMPUR 13 Jun - Tindakan pantas polis berjaya menghalang kira-kira 1,500 penunjuk perasaan daripada parti pembangkang untuk berarak ke Kuala Lumpur City Centre (KLCC) bagi membantah kenaikan harga minyak. Ekoran itu perarakan yang bermula di Masjid Jamek Kampung Baru dan dijadualkan ke KLCC selepas solat Jumaat kira-kira pukul 2.10 petang hari ini ditukar ke Ibu pejabat Pas Pusat, Jalan Raja Laut. Tiada tangkapan atau penyemburan gas pemedih mata dilakukan dalam perarakan sejauh satu kilometer itu yang berakhir kira-kira pukul 4 petang. Seramai 889 pegawai dan anggota polis daripada Unit Simpanan Persekutuan (FRU), Cawangan Khas, Unit Udara, trafik dan tugas am dikerahkan bagi mengawal perhimpunan dan keadaan lalu lintas. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, polis berjaya mengawal perarakan itu dengan baik tanpa kejadian tidak diingini berlaku. "Polis hanya memantau perarak...

Tahniah, Syabas..

... dan terima kasih. Semoga potongan 10% -30% elaun bulanan bapak-bapak pemimpin diterima Allah. Semoga potongan-potongan itu sampai kepada rakyat jelata. Semoga dalam saat harga barangan naik, bapak-bapak merasai sama derita keringat rakyat. Walaupun terlambat 18 tahun dari pemimpin kami dari negeri Kelantan, tidak mengapalah asalkan ikhlas. Tapi kenapa sikit sangat? Tak bolehkan sampai 50% potongannya. Alaahhh...! Apalah sangat elaun tu dibandingkan dengan apa yang bapak-bapak pemimpin sudah kaut sebelum ini.

'Harga Minyak Tidak Naik Lagi....

...tahun ini', kata Pak Lah. Tapi saya tak percaya, sehinggalah betul-betul habis tahun ini. Sebabnya, untuk tahun ini saja dah beberapa kali Pak Lah tipu saya. Tarikh pilihanraya , Duti stem Akuan Bersumpah (walaupun ini oleh SPR), Dakwat kekal (juga SPR), dan Harga Minyak akan dinaikkan bulan Ogos 2008 . Sekarang baru bulan Jun 2008; ada lagi enam bulan sebelum tahun 2009. Tak tahulah berapa lagi penipuan agaknya. Siakap Senohon, Gelama Ikan Duri, Bercakap bohong lama-lama jadi Menteri?

Krisis Kehakiman Lagi?

Jika betullah sebagaimana kenyataan Datuk Ian HC Chin, Hakim Mahkamah Tinggi Sibu semalam sebelum memulakan kes petisyen Pilihanraya Parlimen Sarikei bahawa mantan Perdana Menteri pernah membuat ancaman untuk memecat hakim jika penghakiman tidak berpihak kepada kerajaan. Dan jika betul dakwaan Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Shaik Daud Ismail bahawa beliau mengetahui ada rakan setugasnya merungut kerana diganggu 'orang politik' dalam urusan kehakiman; maka saya merasakan sudah sampai masanya kerajaan melaksanakan sepenuhnya gagasan reformasi badan kehakiman negara. Sebagaimana yang pernah saya tulis sebelum ini, badan kehakiman adalah sebuah badan yang tersendiri serta berkuasa untuk menjalan tugasannya dibawah kuasa perlembagaan, maka tidak sayugia sebuah badan yang begitu hebat, boleh diperkotak-katik dan dimanipulasi oleh elemen lain kerajaan khususnya eksekutif. Tapi hakikatnya itulah yang berlaku; bermula dengan krisis kehakiman 1988 dengan pemecatan ketua hakim negar...

AGM & Mahabbah Gathering Alumni HI UIAM

Saya sebetulnya dijemput untuk menghadiri AGM & Mahabbah Gathering Alumni HI UIAM di Port Dickson pada 7-8/6/2008 (semalam dan hari ini). Hajat hatinya betul-betul nak pergi, tapi apakan daya, saya ada tanggungjawab lain semalam, terpaksalah saya jawab 'tidak hadir'. Pagi tadi, Ummi di hubungi oleh Muna, kawan lamanya yang juga isteri Sabki Setiausaha Dewan Pemuda Pas Pusat yang bertanyakan kenapa tak datang. Sebetulnya saya tak cakap pun dekat Ummi ada program tu. Sorry... tak ingat. Bagaimanapun selamat bermahabbah. Jangan lupa jemput lagi lain kali. Sorry for not being able to attend.

Mesyuarat Agung PAS Pengkalan Chepa ke 36

Alhamdulillah dengan izin Allah, semalam selesailah sudah tanggungjawab di bawah pasal 18 Perlembagaan Pas bagi tahun 2008. Dengan kehadiran lebih 90 peratus perwakilan dari 67 cawangan, ianya telah dirasmi tutup oleh YB Hj. Mahfuz Omar pada pukul 1.45 petang. Mesyuarat Agung tersebut telah mencatat sejarah bagi PAS Pengkalan Chepa kerana buat kali pertama dalam sejarah 36 tahunnya, ia berjaya mengadakan Mesyuarat Agung di premisnya sendiri iaitu di Dewan Pak Nik Lah, Kompleks Purnama. Mesyuarat tersebut telah bermula pada pukul 8.45 pagi dan berakhir jam 12.45 tengahari sebelum diteruskan dengan majlis perasmian tutup oleh YB Ketua Penerangan PAS Pusat. Mesyuarat juga telah meluluskan satu usul yang ditujukan kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan berkaitan tanah wakaf. Secara keseluruhannya, mesyuarat tersebut berjalan lancar tanpa apa-apa insiden yang tidak boleh diatasi. Oh yaaa...!! Sebagaimana dapat dilihat pada gambar-gambar di atas, Pengerusi Tetapnya yang ...

Ayat-Ayat Cinta

Sebenarnya saya tidak ke pejabat hari ini. Semalam selepas mendengar pengumuman harga minyak naik, saya terus mula membaca novel yang baru saya beli 2 hari lepas. Ayat-Ayat Cinta yang sebetulnya novel pertama dalam bahasa melayu saya beli tahun ini. Berhenti sekejap kerana ada mesyuarat di Kompleks Purnama. Kemudiannya saya sambung sebelum tidur. Sempurna saya habiskan pagi tadi. Sudah lama saya tidak membaca novel cinta begitu. Apa yang pasti saya tenggelam sekejap dalam dunia Fahri, Aisha, Maria dan Nurul. Kalaulah saya Fahri dan ada juga Aisha, Nurul dan Maria.... oh alangkah indahnya dunia. Tapi saya sedar itu adalah dunia dalam sebuah karya. Mana mungkin terjadi dalam hidup sebenar. Tapi... tidak mustahil. Membacanya saya sejuk seketika dari bahangan minyak naik. Sebab itu barangkali saya boleh menulis sebegitu terhadap gesaan protes harga minyak yang naik menggila. Bukan kerana saya takut. Bagi saya pada usia sekarang tidak banyak lagi perkara yang menakutkan saya. Saya bekerja s...

Naik Minyak Tapi Berhati-Hati

Saya tidak akan mengulas tentang rasional atau tidak rasionalnya tindakan menaikkan harga minyak sebanyak 78 sen seliter. Pada mulanya saya ingatkan ada satu mekanisma yang menarik untuk menbendung subsidi terlepas kepada rakyat asing. Rupa-rupanya tertipu di petang hari. Apapun, yang dah diisytihar sudah diisytiharkan. Kesannya esok atau lusa terpaksalah saya dan isteri membayar harga lebih apabila mengisi minyak. Walaupun diganti dengan RM625 bagi sebuah kereta, apalah jumlahnya jika dibandingkan dengan keperluan seharian kami sekeluarga. Barangkali itulah bahananya kerana rakyat masih mengekalkan kerajaan yang ada. Dan mungkin itulah bahananya kerana Pakatan Rakyat gagal memenangi hati rakyat diseluruh negara dengan satu perancangan yang betul-betul meyakinkan. Dan itulah bahananya akibat terlalu banyak bermain politik. Apa yang saya hendak ulas di sini adalah tentang beberapa tulisan melalui blog yang mengajak rakyat memprotes pengumuman itu. Saya sokong usaha protes tersebut. Seti...

Tarikh Pilihanraya Baru

Perlembagaan Persekutuan pada perkara 55(3) menetapkan tempoh hayat sesi Parlimen adalah selama 5 tahun dari mesyuarat pertamanya melainkan dibubarkan terlebih dahulu oleh Yang DiPertuan Agong. Manakala pilihanraya pula hendaklah diadakan dalam 60 hari dari tarikh pembubaran tersebut dan sesi parlimen seterusnya hendaklah dimulakan tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubaran itu (Perkara 55(4) Perlembagaan Persekutuan. Sepanjang penelitian saya berkenaan dengan undang-undang Pilihanraya di Malaysia itulah satu-satunya peruntukan berkenaan dengan kekerapan pilihanraya boleh diadakan di mana secara ringkasnya ia mesti di adakan selewat-lewatnya dalam tempoh 5 tahun selepas pilihanraya terakhir. Parlimen boleh terbubar dengan sendiri sekiranya tidak dibubarkan. Itulah undang-undangnya. Tidak ada yang lain. Semua pihak kena ikut peraturan tersebut selagi perlembagaan tidak dipinda. Kenapa saya timbulkan isu ini yang mungkin sudah tidak relevan lagi selepas pilihanraya baru-baru i...

Lagi-Lagi Poligami

Saya sudah menulis sebelum ini berkaitan poligami. Bagi saya tidak ada apa yang salahnya tentang poligami sekiranya semua pihak mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Nak kahwin pun kahwinlah walaupun sampai cukup bilangan seperti yang cuba dibuat oleh Abang Mat Nor di Kuala Terengganu. Soal tak cukup soal kedua, kalau semua pihak sudah redha dengan kehidupan sebegitu. Tambahan pula orang-orang menyebut bahawa kebahagiaan bukan terletak pada harta benda tapi pada hati. Dalam kehidupan saya, saya sudah banyak bersua dengan kes-kes dan kisah poligami. Pengamalnya terdiri dari berbagai lapisan masyarakat. Ada keluarga ahli keluarga saya sendiri yang berkahwin sampai 16 orang - sentiasa cukup empat dalam satu-satu masa. Kehidupannya tidaklah semewah mana tapi hubungan kekeluargaan antara anak cucu baik saja. Saya banyak mengendalikan kes-kes berkaitan poligami di mahkamah. Antara mereka orang-orang besar. Terdiri dari kedua-dua parti dominan orang Melayu. Ada kes kerana masalah kahw...