Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2008

Minal 'Aidiin Wal Faizzin... Kullu 'Aamin Wa antum Bi Khair

Assalamualaikum wrh., Saya dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Idil Fitri kepada seluruh umat Islam di mana jua berada. Semoga kedatangan hari raya ini membawa sinar baru dalam kehidupan kita. Dan semoga Ramadhan yang bakal beransur akan menjengah lagi pada masa akan datang. "Taqabbalahhu minna Wa minkum" "Minna wa minkum taqabbalahullah Ya Karim" Ikhlas dari kami: Nik Bahrum Bin Nik Abdullah Khairiah binti Mohamed Nik Asma Madiha Nik Ahmad Madhi Nik Asma Majida Nik Ahmad Majdi p.s. : Buat kali pertama adik beradik seramai 16 orang tidak dapat berkumpul di hari raya tahun ini; Nik Khairi berkelana di London dan Nik Nur Syuhada berkampung di UMS. Ketahuilah, doa untuk kalian tetap mengiringi Solat kami. Semoga berjumpa lagi di lain ketika.

Lailatul Qadar

Disalin dari Berita Harian Online Persoalan Agama: Alam semesta beri tanda kedatangan lailatulqadar Bersama Jakim Saya ingin tahu mengenai lailatul qadar yang pada pandangan saya bercampur baur antara fakta dan mitos. Bagaimana hendak tahu lailatulqadar berlaku. Melalui pembacaan dan pandangan sesetengah orang, antara tanda lailatulqadar ialah suasana ketika itu hening dan tenang, malah ada menyatakan pokok tunduk ke bumi dan air telaga beku. Betulkah? Apakah yang sebenarnya berlaku? Salahuddin Samat Bagan Dalam, Pulau Pinang Lailatulqadar ialah satu malam yang amat agung pada setiap Ramadan. Ia juga malam perhubungan mutlaq antara bumi dan alam al-Malaul-A'la. Pada malam itu juga diturunkan al-Quran keseluruhannya ke langit dunia sebelum diturunkan secara berperingkat kepada Nabi Muhammad SAW seperti firman Allah "Sesungguhnya Kami sudah menurunkan (al-Quran) ini pada malam lailatul qadar." (Al-Qadr:1) Mencari malam lailatul qadar adalah sunat kerana Rasulullah SAW menu...

Tahniah Untuk Dato' Zaid

1. Saya mengucapkan tahniah di atas keputsan muktamad perletakan jawatan Dato' Zaid Ibrahim dari jawatan menteri Kabinet. Keputusan itu menunjukkan betapa besarnya jiwa Dato' Zaid dalam hal-hal kepentingan umum. 2. Keputusan itu juga menunjukkan satu contoh "Walk of the Talk" yang paling jelas. Dato' bukan sahaja bercakap mengenai kepincangan ISA tapi bertindak menentangnya. 3. Dalam sejarah Malaysia moden, inilah kai pertama saya dapat melihat seorang menteri kabinet meletak jawatan di atas prinsip. Sebelum ini ramai menteri yang bercakap semata, tapi masih melonggok di dalam kabinet menunggu masa di pecat. 4. Walaupun fahaman politik saya berlainan dengan Dato', tapi saya bangga kerana anak Kelantan sekali lagi melakar sejarah. TAHNIAH DATO ZAID IBRAHIM.

Snippets - Ikut Suka Aku

1. Saya boleh faham kenapa Raja Petra dan YB Teresa ditahan di bawah akta ISA. 2. YB Teresa Kok adalah orang politik yang ada-ada saja tegurannya. 3. Raja Petra pula cuba bermain politik dengan tulisannya yang perlbagai. 3. Yang paling saya tak faham adalah penahanan Tan Hoon Cheng, wartawan Sin Chew Daily. Kalau tahan Editor Sin Chew fahamlah saya. 4. Bagi saya dia hanya menjalankan tugas yang diamanahkan oleh majikannya. Bukan salah beliau kerana melapurkan apa yang didengar dan difahaminya. 5. Kalau nak kira ramai lagi yang menulis lebih teruk dari itu. Tak muat kem Kemunting. 6. Saya belajar juga pasal ISA dulu. Ia sepatutnya bersifat 'preventive' dalam menjaga keharmonian negara. 7. Tapi nampaknya kerajaan sekarang menggunanya dalam keadaan 'defensive'. 8. Betullah kata orang ISA adalah Ikut Suka Aku.

Snippets - Pre 16/9

1. Saya membenci USA dan presidennya atas apa yang mereka telah buat ke atas umat Islam sedunia. Mereka telah menyokong negara haram Israel, menyerang Afghanistan serta menghancurkan bumi Iraq (antara lainnya). 2. Saya menyedari tidak mungkin akan menang kalau saya berperang keseorangan melawan USA kerana saya kekurangan senjata. Tetapi sejarah telah mencatatkan bahawa USA tetap dibenci. 3. Dulu Rusia juga saya benci kerana fahaman komunisnya. Ia telah menyerang dan menjajah Afghanistan beberapa lama. 4. Kemudian Rusia jatuh diperkudakan USA. Rusia seolah-olah hidup dalam buangan. Timbul rasa kasihan dalam hati saya. 5. USA mengalami banyak masalah. Luar dan dalamannya, ia seperti menunggu masa untuk berkubur. 6. Rusia tiba-tiba menjadi kuat semula, diserangnya Georgia tanpa belas walaupun ditentang USA. 7. Misalan kata, Rusia menyerang USA dan berjaya. Apa perasaan saya? 8. Tentu sahaja saya suka kerana musuh tradisi saya kalah. 9. Tapi saya tidak suka peperangan. 10. Tentu sahaja say...

Makan Dalam Bulan Ramadhan

1. Seksyen 26 Qanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan memperuntukkan "Sesiapa yang tidak harus berbuka puasa pada hukum syara' didapati makan atau minum atau menghisap sebarang tembakau atau seumpamanya pada siang hari dalam bulan Ramadhan adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM500 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya denda tidak melebihi RM1000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya." 2. Seksyen tersebut mempunyai beberapa intipati iaitu: Seseorang yang tidak harus berbuka puasa pada hukum syara' didapati makan/minum/ menghisap rokok dan seumpamanya pada siang hari dalam bulan Ramadhan 3. Jelas di sini pada intipati pertama, hukum syara' memainkan peranan yang utama yang memerlukan pendakwa membuktikan individu tersebut tidak diharuskan oleh syara' untuk tidak berpuasa. Antara sebab syara' un...