Skip to main content

Posts

Cuti Seketika

Pagi ni saya cuti seketika dari kerja-kerja pilihanraya. Sebenarnya sejak tengah malam semalam. Kebetulan pula Majdi demam. Entah berapa kali terbangun kerana muntah dan 2 kali saya bertukar baju kerana muntahnya ke atas baju yang saya pakai. Pagi ini pula, sampai jadual membeli belah. Sepatutnya Sabtu lepas, tapi sebagaimana yang diketahui umum, minggu lepas semua orang sibuk dengan penamaan calon, terpaksalah ditangguhnkan ke hari ini untuk memnuhklan stok sebulan. Sejak mengamalkan konsep membeli untuk sebulan tersebut, mengikut kiraan, saya dapat berjimat lebih kurang 20%-25% belanja dapur, tidak termasuk masa dan petrol. Ialah kebiasaannya sekali pergi untuk 10 hari, habislah juga dalam RM150 - RM200, tapi sejak 2-3 bulan ni sekali pergi paling tinggi pun RM350. Untuk bulan ni berbelanja sebanyak RM301.60 sahaja. Jimat kan? Saya fikir hari ni saya nak cuti sehingga tengah hari. Lepas sembahyang Jumaat sambung balik kerja-kerja pilihanraya. Malam nanti bertambah satu lagi kerja say...

Kata-Kata Menarik Hari Penamaan Calon

"Orang nak bunuh saya letak bertanding di Chempaka lawan Dato'" kata Dr. Nik Zain. Tanpa berkerut kening Tok Guru balas "Doh tahu lagu tu, tanding wok gapo". "Ambo sera nok suka juga. Selama kening kita dengar UMNO ni kayo. Pah hok bangkrap ni gapo? Ucapan Tok Guru di Komplek Purnama selepas penamaan calon

Ketelusan SPR?

Saya tak pasti samada proses penamaan calon oleh SPR telus atau tidak. Mungkin kalau dilihat secara luaran dengan adanya proses pengisian borang, perarakan, pengisytiharan calon-calon yang bertanding oleh SPR secara terbuka; seseorang akan mencanangkan lihatlah betapa terbukanya SPR. Tapi tidak bagi saya. Saya telah menulis berkenaan dengan pembayaran duti stem sebelum ini. Betapa tidak telusnya SPR arahan hanya dibuat pada hari Khamis. Keesokannya ditambah arahan baru untuk membatalkan duti stem tersebut. Pada hari penamaan dikatakan arahan tersebut telah ditarik secara lisan sebagaimana kes yang dilapurkan di Titiwangsa. Selain itu, ketidaktelusan SPR ini dapat juga dilihat dalam urusan memutuskan bantahan semasa penamaan calon. Tidak ada hak untuk didengar. Pihak-pihak yang berurusan seolah-olah berbisik tiba-tiba selesai samada ditolak atau diterima bantahan tersebut. Sebagai contoh saya kemukakan situasi yang terjadi di Bilik Penamaan Calon P020 Pengkalan Chepa di mana saya sendir...

Kemenangan Awal - N 05 - Kijang

Terlebih dahulu diucapkan setinggi tahniah kepada Puan Wan Ubaidah binti Omar yang telah menang tanpa bertanding bagi kerusi N 05 Kijang. Saya berada bersama beliau dalam dewan penamaan calon di Sek. Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 1 ketika keputusan tersebut diisytiharkan oleh RO. Sekilas ucapan tahniah terus diucapkan atas kemenangan tersebut. Sebetulnya banyak kejadian menarik berlaku pagi tadi. Saya akan catatkan disini antaranya. 1. Saya telah dilantik untuk menjadi pencadang kepada YAB Tuan Guru Dato' Menteri Besar merangkap panel peguam bagi calon-calon PAS kawasan Pengkalan Chepa. Urusan pengisian borang kesemua calon adalah menjadi tanggungjawab saya. Berbekalkan pengalaman sejak tahun 1995 lagi serta beberapa siri perbincangan dengan rakan-rakan peguam lain, Alhamdulillah urusan pengisian borang tersebut dapat diselesaikan tanpa sebarang masalah, walaupun 3 malam berturut-turut tidur tidak nyenyak. 2. Saya telah mengemukakan 3 bantahan secara bertulis apabila masa unt...

Borang Pencalonan

I Mainan apa yang cuba dimainkan oleh SPR? Dengan masa tinggal berbaki 2 hari lagi untuk penamaan calon, tiba-tiba keluar satu arahan baru yang ditandatangani sendiri oleh Dato' Kamaruzzaman. Iaitu arahan agar Borang Akuan Bersumpah calon hendaklah dibayar duti stemnya sebanyak RM10.00. Arahan tersebut pula difaxkan kepada setiusaha agung setiap parti dan diterima di negeri Kelantan ini (baca PAS) jam lebih kurang 3.30 petang. Memburukkan sinario, semalam adalah hari Khamis, bakal-bakal calon ada yang dah balik ke rumah selepas taklimat dan borang akuan bersumpah tersebut belum di sempurnakan. Sekal lagi saya bertanya. Mainan apa yang kamu mainkan itu? Sebetulnya semalam, saya telah dijemput untuk memberi taklimat hari pencalonan kepada bakal-bakal calon di JKR 10 termasuk panduan mengisi borang pencalunan. Berdasarkan pengalaman dan bacaan undang-undang, akuan berkanun tersebut tidak pernah dan tidak perlu di duti stemkan. Tambahan pula ternyata di bahagian atas borang berkenaan ...

Menjelang Penamaan Calon

Kalau benar bagai dilaporkan, sehingga hari ini dah hampir 2000 set borang pencalonan telah dijual. Dengan harga RM20 satu set cuba bayangkan berapa banyak SPR mendapat untuk jika dibandingkan dengan modal mencetaknya. Tapi sebagaimana kata-kata Dato Kamaruzaman, Setiausaha SPR "dah ada orang nak beli, takkan kita tak nak jual". Di samping itu, di sana sini isu calon terus diperkatakan. Ada yang menarik diri, ada yang menawarkan diri, ada yang kata tak nak bertanding tapi dalam hati hanya tuhan yang tahu. PAS telah memulakan langkah dengan beberapa negeri seperti Perlis dan Wilayah Persekutuan Putrajaya telah memperkenalkan calon masing-masing.Selamat maju jaya kepada semua. Cuma harapan saya, sediakan banyak-banyak borang pencalonan tersebut. Selain isi kandungan borang itu bersifat sensitif, ia juga bersifat tidak muktamad. Maksud saya selagi belum dibawa dan diserahkan kepada Pegawai Pengurus pada pukul 9 pagi hari penamaan macam-macam boleh berlaku. Pengalaman saya tahun ...

Kempen Bermula

Sekiranya anda adalah pemimpin parti, maka berbagai programlah yang perlu anda hadiri. Jika anda adalah petugas parti, maka banyaklah tugasan menenti. Dan jika anda adalah pengambil upah, maka banyaklah poster dan bendera yang anda akan gantung. Pendek kata musim pesta berjaga malam sudah bermula. Semasa meninggalkan arena kempen, sebelum melabuhkan mata beradu, tidak ada sekeping poster pun tergantung. Esoknya, sudah penuh bergantungan dengan pelbagai bentuk; terpulang kepada tukang gantungnya. Kalau tidak cukup poster, bendera dan lambang parti maka selagi itulah si pemimpin parti digesa untuk menyediakannya. Malah sampai ke peringkat, ada jentera parti yang merajuk tidak mahu bekerja kerana poster dan bendera kurang. Ataupun lebih parah ada yang beralih arah ke parti lawan. Sebenarnya itulah realiti permainan politik di peringkat bawah. Bab-bab merancang dan menyusun strategi diserahkan kepada ketua dan setiausaha cawangan. Kalau demam sekalipunpun; apabila selonggok bendera dan pos...