Skip to main content

Posts

Intifadah - Doa Maal Hijrah 1430

Khaibar..Khaibar ... Ya Yahuud... Jaishu Muhammad Saufa Ya'uud... Ya Allah, Sesungguhnya kami meletakkanMu di batang-batang leher musuh-musuh kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka Ya Allah, Leburkanlah kumpulan mereka. Pecah belah dan kacau bilaukan kesatuan mereka. Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing-anjingMu ke atas mereka. Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa. Wahai Tuhan Yang Gedebe. Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka. Ya Allah Ya Allah Ya Allah Wahai Tuhan yang menurunkan kitab Wahai Tuhan yang mengarakkan awan Wahai Tuhan yang menewaskan tentera Al-ahzab Kalahkan mereka.. Kalahkan mereka.. Kalahkan mereka.. Dan menangkan kami ke atas mereka.

Snippet - Post Haji 2008

Alhamdulillah dan syukur lillah Saya dan Ummi telah selamat kembali ke tanah air pada pagi 24 Disember yang lalu. Terima kasih di atas doa kalian semua; membantu memudah urusan kami di sana. Bermula dari Madinah al-Munawwarah sehinggalah ke Kota Mekah, belum pernah semudah dan setenang ini perjalanan yang saya lalui. Sedikit sebanyak mengalami batuk dan selsema adalah asam garam perjalanan di samping kafarah tuhan terhadap hambanya. Alhamdulillah, tidak sesekali rasa tidak selesa tersebut dijadikan alasan untuk bermalas-malasan ke al-Haram. Perjalanan itu juga menemukan saya dengan beberapa orang yang boleh dijadikan sahabat (di samping beberapa orang yang mungkin hanya sekadar kenalan). Tapi itulah beberapa hakikat kehidupan yang saya temui di sana. Tidak semua yang bertalbiah bersama kita, berkongsi cita rasa yang sama dengan kita termasuk dalam urusan ke al-Haram. Dan saya bersyukur mempunyai Ummi yang memberi semangat kepada saya ketika saya lemah dan memimpin saya ke arah kebaika...

Catatan Terakhir Sebelum Berangkat

Saya kira entri ini adalah yang terakhir sebelum menjelangnya tahun baru. Saya mohon untuk mengundurkan diri barang seketika dari dunia siber. Mohon diberi kekuatan untuk menyahut seruan Nabi Ibrahim a.s. Jika saudara pernah membaca catatan saya bertarikh 1.1.2008 dahulu, tentu saudara faham maksud saya. Alhamdulillah dan Insya Allah, saya dan Ummi adalah antara 27,000 rakyat Malaysia yang di beri kouta untuk mengerjakan Haji musim 1429 hijrah ini. Kami akan bertolak ke sana pada 8 November dan dijadulkan balik semula pada 24 Disember 2008. Antara takut dan harap. Itulah perasaan saya ketika ini. Takut; apakah penyerahan diri ini akan diterima Allah, dan harap; semoga dikurniakan haji yang mabrur. Dan tentunya doa dari kalian saya tagih sebagai penambah bekalan ke sana. Esok, saya dan Ummi akan mula bercuti dari kerja-kerja pejabat. Hasratnya selain menyiapkan bekalan fizikal adalah untuk berkunjung ke rumah saudara-mara yang keuzuran, bertemu mata; entah-entah kali terakhir (samada m...

Tahniah untuk Tan Sri Zaki

Selepas berhadapan dengan teka-teki dan kontroversi, akhirnya Ketua Hakim Negara yang ke 12, YAA Tan Sri Zaki Azmi mengangkat sumpah jawatan semalam. Dan saya menyambut baik ucapan sulong sebagai Ketua Hakim untuk mereformasikan bidang kehakiman negara. Sebegaimana yang pernah saya luahkan sebelum ini, bidang kehakiman adalah satu dari tiga organ terpenting negara. Ianya diiktiraf oleh perlembagaan negara. Di mana jatuh dan bangunnya negara tertakluk antaranya kepada penghormatan dan pengiktirafan rakyat terhadap sistem kehakiman. Saya tidak memandang kaitannya dengan UMNO sebelum ini sebagai halangan untuk menjadi Ketua Hakim terbaik. Apa yang saya akan lihat adalah berdasarkan keputusan dan tindakannya selepas ini. Saya percaya YAA tidak akan meninggalkan legasi yang tidak baik terhadap dirinya melainkan dengan membuat keputusan berasaskan kepada undang-undang dan fakta. Cerita selanjutnya di sini .

Snippet - Perlantikan Hakim

Rasanya tidak terlewat untuk saya mengucapkan tahniah kepada YAA Ketua Hakim, YAA Hakim Besar Malaya dan YAA Presiden Mahkamah Rayuan yang baru. Walau apapun prasangka massa, saya percaya tindakan serta keputusan yang diambil oleh YAA semua berasaskan fakta dan undang-undanglah yang akan menentukan legasi bagi generasi akan datang. Dari tiga YAA tersebut, saya hanya pernah dan sempat hadir di hadapan YAA Hakim Besar Malaya Datuk Arifin Zakaria sahaja semasa YAA bertugas di Mahkamah Tinggi Kota Bharu kira-kira 9 atau 10 tahun yang lampau. Malah boleh dikatakan kerjaya undang-undang saya bermula di hadapan YAA. Permohonan Saman Pemula di bawah Seksyen 36(2) (a) & (b) Akta Profession Undang-Undang 1976 (short call) saya telah di dengar oleh YA Dato' Arifin; 'mention' saya yang pertama beberapa hari kemudian berlaku di hadapan beliau (yang mengajar saya bahawa selain undang-undang, peguam perlu juga mempunyai pengetahuan lain termasuklah bila tarikh anak sulong pengajar say...

Cerpen Tah Apa-Apa 2

"Selepas ucapan-ucapan aluan oleh pengerusi penganjur selesai, YB J dijemput untuk memberi ucapannya. Inilah detik-detik yang ditunggu-tunggu oleh YB J. Gagasan politik baru Malaysia barunya akan dihebahkan kepada dunia bebas. Dia teringat buku Kee Thuan Chye yang berjudul 8 Mac The Day Malaysian Woke Up. Momentum rakyat Malaysia atau lebih tepat lagi warga bukan Melayu Malaysia yang sudah jaga dari lena itu mesti ditingkatkan. Pagi itu dia berazam untuk berbuat demikian. Tetapi tanpa diketahui oleh YB J, di kalangan 500 orang generasi muda yang hadir pada pagi itu ada yang tidak setuju dengan pandangan politiknya itu. Salah seorang daripada mereka berazam untuk membetulkan penyimpangan politik YB J dengan caranya yang tersendiri. Apabila YB J bangun untuk menuju ke rostrum ucapan, seorang anak muda dari belakang pentas berjalan tenang menuju ke arahnya. YB J tersenyum kepadanya. Dia menyangka anak muda seketurunan dengannya ingin mengiringinya ke rostrum atau bersalaman dengannya...

Cerpen Tah Apa-Apa 1

Politik baru YB J Saya salin dari laman web The Malaysian Bar . Wednesday, 15 October 2008 06:51am © Mingguan Malaysia (Digunakan dengan kebenaran) PAGI itu resah YB Josephine, yang lebih mesra dengan panggilan YB J sukar dikawal. Sepanjang perjalanan menuju ke Dewan Perhimpunan Warga Cha di ibu kota, fikirannya terganggu. Tuduhan bahawa dia anti-Islam dan anti-Melayu sungguh-sungguh menghantui perasaannya sejak malam tadi lagi. Entah mengapa baru sekarang dia begitu, dia sendiri tidak tahu. Dia juga tidak pasti sama ada pemandunya, Ahmad, menyedari gelora jiwanya ketika itu. Kalau dia tahu pun, peduli apa, YB Josephine berbisik sendirian. Pemandu itu memang sedia maklum pendirian politiknya tentang kepentingan kaumnya vis a vis orang Melayu. Dan dia tahu Ahmad menghormati pendiriannya, walaupun dilihat anti- Melayu, anti-Islam sebagai hak asasi t...