Skip to main content

Posts

Snippets - Di Ambang Ramadhan

1. Cuti 3 hari ini saya danUmmi mengunjungi saudara-mara yang akan mengerjakan Umrah di bulan Ramadhan. Pohon untuk menumpang doa mu'tamirin dipanjangkan di sana nanti agar azam 2008 saya dan Ummi dahulu dikabulkan Allah. Antara yang akan ke sana selama sebulan Ramadhan adalah Che (Ibu Ummi), Pok Lan, Mak Cik Aji dan Che Su. Semoga semuanya mendapat umrah mabrurah. 2. Saya dan Ummi sempat mengikuti Forum Merdeka Pelaksanaan Undang-Undang Pasal 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan anjuran Majlis Tindakan Rakyat Kelantan semalam. Kehadiran peserta agak ramai memenuhi Dewan Putri Saadong, Hotel Grand Riverview. Laporan program boleh diikuti di sini . Tapi bagi saya, kenapa rintihan 152 dan 153 ini hanya timbul selepas PRU12? Apa yang telah dibuat oleh UMNO sehingga begitu rupa kesannya? 3. Sempena sambutan hari Kemerdekaan Malaysia kali ke 51, semalam kami-adik-beradik-dalam-pagar menganjurkan BBQ Merdeka. Majlis bermula selepas Isya' sehingga jam 12 malam. Kanak-kanak paling suk...

Roda Anwar Yang Berputar

Sejak kecil saya minat sejarah. Sepanjang hidup saya matapelajaran sejarah adalah subjek yang paling saya minat. Kuliah Maghrib saya yang satu-satu itupun sejak sepuluh tahun dahulu berkaitan sejarah walaupun namanya 'sirah'. Sejarah jugalah yang memungkinkan saya menguasai bidang undang-undang. Bagi saya sejarah akan sentiasa "repeat itself" dan setiap yang berlaku adalah ibarat roda; sentiasa berputar. Sehari berada di bawah, bersentuhan dengan lecah, najis dan tanah. Dan pada ketika yang lain tentunya akan berada di atas pula. Dan nampaknya begitulah roda sejarah DS Anwar Ibrahim. 10 tahun yang lampau beliau telah dihina dan diperlakukan sebegitu rupa. Dari seorang bekas timbalan perdana menteri beliau diheret ke penjara, terpukul hina dengan tuduhan yang amat jijik. Kawan-kawan yang ramai menjauhkan diri. Dan ramai yang meramalkan putaran rodanya akan berakhir di situ. Tapi memang 'Sunnah' Allah. Yang hina tidak selamanya hina dan yang di atas tidak selama...

Olimpik 2008 Menutup Tirai

Dengan penyerahan bendera Olimpik kepada wakil bandaraya London semalam maka berakhirlah sudah Olimpik edisi 2008. Menunggu untuk bertemu lagi di kota London dengan debaran memecahkan rekod ciptaan manusia hebat. Juga untuk menguji samada penguasaan China mengatasi USA, Rusia dan kuasa-kuasa besar sukan lain adalah kerana kehebatan mereka ataupun kerana medannya di kampung halaman sendiri. Dengan berakhirnya Olimpik 2008 juga, kita dapat melihat rendah tingginya kemampuan ahli sukan kita berhadapan dengan atlet lain samada dari segi jasmani dan rohani. Apa yang pasti 'kejayaan' membawa pulang sebutir pingat berkilau perak seakan tidak memadai dengan jutaan ringgit yang telah dihabiskan sebelum ini. Rata-rata masyarakat kita membincangkan keharusan anugerah 'Datuk' kepada Chong Wei serta hadiah RM300,000 dan pencen RM3000 sebulan kepadanya; tanpa memikirkan kekecewaan rakyat menyaksikan betapa mudahnya beliau menyerah pada perlawanan akhir badminton sedangkan harapan ra...

Misbun

Sejak kecil saya minat bermain badminton. Walaupun saya boleh dikira bukan seorang 'ahli sukan' kerana saya tidak boleh bermain bola sepak, takraw dan seumpamanya tetapi suatu ketika dahulu kalau bermain badminton berpeluhlah juga lawan menghadapi saya. Minatnya saya dengan badminton; sejak kecil lagi satu-satunya alat sukan yang saya sentiasa miliki adalah raket badminton. Saya pernah berjaga sehingga 2.30 pagi menyaksikan pasukan Malaysia bermain. Sukan-sukan lain? Jangan harap. Entah kebetulan atau tidak, apabila disebut badminton, terbayanglah satu nama, "Misbun". Memang sejak kecil kalau bermain badminton, dalam berebut-rebut untuk dapatkan nama pemain kesayangan, nama Misbunlah yang sentiasa bermain dibibir. Memang nama Misbun adalah lagenda badminton negara lebih-lebih lagi dengan kejayaan Lee Ching Wei merangkul pingat perak Olimpik 2008. Lebih-lebih lagi saya kagum dengan semangatnya yang teramat dedikasi dalam kerja untuk melahirkan jaguh badminton peringkat...

Mabukkah Orang Ini?

Soalan ini saya tujukan kepada seorang penulis terkenal. Yang ada blog sendiri. Dan yang sepatutnya faham tentang sensitiviti rakyat terutamanya dalam hal agama. Penulis blog yang saya maksudkan itu adalah orang ini . Dia menulis berkenaan kekecewaannya di atas pembatalan Konsert Avril Lavigne yang dijadualkan dua hari sebelum sambutan merdeka sebagaimana petikan arahan dari kerajaan yang dipetiknya. Bagi saya nak tulis apa pun berkenaan dengan konsert tersebut, tulislah. Samada nak sentuh berkenaan kesesuaiannya dengan budaya, perpaduan, keseniaan dan warisan Malaysia; silakan!!! Tapi apabila dia sudah sentuh berkenaan dengan agama, apatahlagi dalam bentuk menghina. Dia memang kurang ajar. Ayat-ayat terakhirnya memang celupar, "Maybe we should learn to wear the turbans and learn how to ride camels from now. Remember, Hadi is the PM in waiting." Saya ingin bertanya apa kaitan dan apa niat dia menulis begitu yang mengaitkan bantahan terhadap konsert dengan pemakaian serban at...

Quote Of The Day

"For me, Islam comes first. I am a Muslim first, a party member second. A Muslim first, a lawyer second. A Muslim first, an MP second". Wow!! What a quote to bless my day.... Rest of the story here .

Pindaan Undang-Undang Syariah

Saya menyambut baik saranan yang dikemukakan oleh Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Wan Muhammad Sheikh Abdul Aziz sebagaimana yang dilapurkan hari ini dalam Berita Harian Online , yang antara lain menyebut bahawa Undang-Undang Syariah negara termasuk di negeri-negeri perlu dipinda semula berikutan kadar hukuman serta penaltinya yang dianggap sudah lapuk serta tidak dapat mencegah berlaku pelbagai salah laku dan perlu kepada perubahan Saya menulis ini dengan menyedari hakikat bahawa Undang-Undang Syariah yang ada itu di atas formula '356' adalah bertentangan dengan hukuman sebenar syariah di bawah hukum hudud, qisas dan ta'zir. Tetapi sebagaimana yang dapat difahami dari kaedah "sesuatu yang tidak boleh diperolehi semuanya, janganlah ditinggalkan semuanya', saya amat-amat bersetuju dengan saranan tersebut. Kita boleh bayangkan betapa ketinggalannya undang-undang Syariah yang dienakmenkan dalam memenuhi objektif hukuman iaitu untuk memberi pengajaran kepada pesalah dan ju...