Skip to main content

Catatan Terakhir Sebelum Berangkat

Saya kira entri ini adalah yang terakhir sebelum menjelangnya tahun baru. Saya mohon untuk mengundurkan diri barang seketika dari dunia siber. Mohon diberi kekuatan untuk menyahut seruan Nabi Ibrahim a.s.

Jika saudara pernah membaca catatan saya bertarikh 1.1.2008 dahulu, tentu saudara faham maksud saya. Alhamdulillah dan Insya Allah, saya dan Ummi adalah antara 27,000 rakyat Malaysia yang di beri kouta untuk mengerjakan Haji musim 1429 hijrah ini.

Kami akan bertolak ke sana pada 8 November dan dijadulkan balik semula pada 24 Disember 2008.

Antara takut dan harap. Itulah perasaan saya ketika ini.

Takut; apakah penyerahan diri ini akan diterima Allah, dan harap; semoga dikurniakan haji yang mabrur. Dan tentunya doa dari kalian saya tagih sebagai penambah bekalan ke sana.

Esok, saya dan Ummi akan mula bercuti dari kerja-kerja pejabat. Hasratnya selain menyiapkan bekalan fizikal adalah untuk berkunjung ke rumah saudara-mara yang keuzuran, bertemu mata; entah-entah kali terakhir (samada mereka atau kami?).

Kami memohon untuk ke sana dengan beban yang kosong.

Saya pohon dengan sepenuh hati, jika ada dosa dan silap kami....kami pohon...halalkanlah ataupun beritahulah kami agar kami yang menyebutnya.

Semoga dengan jasa baik kalian akan memudahkan kami ketika berada di sana.

Sekian, wassalamualaikum wrh.

Comments

Unknown said…
selamat berangkat nik. semoga rombongan sekeluarga mendapat haji mabrur.
ampun maaf segala sudah dihalalkan sebab tiada apa kesalahan antara kita.
selamat ya.
Unknown said…
Selamat... semoga 'mudah' selama mengerjakan haji

pstt... jgn bawa bendera bulan gi mekah dah le... hehehe
SELAMAT BERANGKAT DAN SELAMAT KEMBALI. SEMOGA DIKURNIAKAN HAJI YANG MABRUR..
selamat menyambut lambaian Kaabah... doakan kepada ambo dan keluarga semoga diteguhkan iman di dada....murah rezeki dan sama2 dapat ke sana satu hari nanti...
Anonymous said…
ambo pom...hehehe...slamat mendapat haji mabrur....labbaikallah humalabaik......
Anonymous said…
selamat berangkat..moga-moga mendapat rahmat dan rahman dari Allah.
Anonymous said…
okep..
slamat berangkat..
doakam wa buleh mumtaz deh~
Anonymous said…
kah pom...

doa ko kah etek...

nok dekan nih...

doa tuh...
Anonymous said…
abey dio tuh,selamat pergi dan pulang dengan selamat.amin.
Unknown said…
Selamat berangkat walaupun terlambat. Dan selamat pulang..
Anonymous said…
"Esok, saya dan Ummi akan mula bercuti dari kerja-kerja pejabat. Hasratnya selain menyiapkan bekalan fizikal adalah untuk berkunjung ke rumah saudara-mara yang keuzuran, bertemu mata; entah-entah kali terakhir (samada mereka atau kami?)".

ayat ini memang benar2 terjadi..
28-11-2008 Pak Ngoh Yie telah kembali ke rahmatullah... Al-Fatihah..

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber

Kronologi Pemecatan Tun Salleh Abbas

• Tun Salleh Abbas di lantik sebagai Peguamcara Negara pada tahun 1963. • Semasa berumur 50, beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. • Ketua Hakim Negara Tun Suffian Hashim bersara pada tahun 1982 and beliau telah digantikan oleh Raja Azlan Shah. Raja Azlan kemudiannya dilantik sebagai Sultan Perak dua tahun kemudia. Tun Salleh kemudiannya dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada tahun 1984. • In 1987, pemilihan Agung Umno telah dijalankandan Tengku Razaleigh Hamzah telah mencabar Presiden Umno /Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (sekarang Tun) sebagai Presiden. Beliau dijangkakan akan memenangi pertandingan tersebut. Begaimanapun, Dr Mahathir telah menang dan mengekalkan jawatan tersebut. • Kalangan penyokong Tengku Razaleigh tidak berpuas hati dengan kekalahan tersebut. Mereka membawanya ke Mahkamah untuk mendapatkan perintah bagi pemilihan semula. • Pada masa yang sama, Tun Salleh telah menegaskan dalam satu kenyataan umum berkenaan dengan hasrat untuk m