Skip to main content

Snippet : Keputusan Mahkamah Tinggi Kes Nizar

Alhamdulillah!!! Kiranya dalam ramai-ramai manusia yang bergembira dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan DS Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah adalah saya. Saya kira walaupun perjalanan pengiystiharan tersebut masih panjang - mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan - tapi sebagai permulaannya keputusan tersebut adalah penyejuk hati.

Masakan tidak! Apabila tercetusnya krisis perlembagaan Perak 3 bulan yang lampau, saya telah dijemput untuk berceramah atas kapasiti sebagai peguam berkenaan dengan isu tersebut. Lalu berceramahlah saya, berdasarkan kes Stephen Kalong Ningkan, dengan semangat perlembagaan Persekutuan dan Negeri Perak. Saya memberitahu khalayak bahawa MB DS Nizar masih lagi menteri besarnya. Beliau tidak meletak jawatan, DUN belum dibubarkan dan beliau juga tidak pernah di undi percaya di dalam DUN.

Hiduplah saya dengan kenyataan tersebut. Sehingga kemudiannya beberapa saman difailkan dengan kenyataan yang berbagai-bagai. Ada yang pro dan ada yang anti. Malah kemuncaknya adalah kenyataan dan hujah yang diberikan oleh peguam negara sendiri sebagai pencelah yang memihak kepada UBN.

Khalayak mula bertanya dan ada yang memandang bahawa penerangan yang saya berikan terdahulu tidak tepat. Salah. Kerana yang berhujah adalah peguam negara yang katanya lebih 'cerdik' dari saya.

Apa yang boleh saya katakan. Melainkan gomelan sendiri. Sejak itu apabila ada yang cuba mendapat penjelasan dari saya berkenaan dengan isu tersebut, sambil menundukkan kepada saya berkata "Tak reti nak jawab, tunggu keputusan mahkamah"!

Lalu keputusan mahkamahlah yang saya tunggu semalam. Dan Alhamdulillah, keputusan tersebut sama dengan apa yang telah saya dan peguam-peguam lain belajar dan beramal. Keputusan tersebut membolehkan saya mengangkat kembali muka ini tanpa rasa bersalah.

Nanti kalau ada soalan lagi berkenaan dengan peguam negara? Saya akan jawab "Dok ambil kira orang bodoh....mencelah kerana nak belah".

Comments

UMNO sendiri yang akan bubar DUN dalam keadaan mereka kerajaan sementara
najumi said…
Nk tanyo sikit ni berkenaan keputusan Mahkamah Rayuan yg dikemukan oleh Zambry..
Mahkamah Rayuan tlh membuat kputusan yg memihak kpd BN iaitu menangguhkan kputusan Mahkamah Tinggi yg tlh membuat kputusan bhw YAB Nizar adalah Menteri Besar yg sah. Manakala Zambry plk bkn MB yg sah..
Timbul persoalan di sini bhw Zambry hnya memohon Mahkamah Rayuan menangguhkan kputusan Mahkamah Tinggi dan kputusan tersebut tidak menafikan bhw YAB Nizar adalah MB Perak yg sah.
Oleh yg dmikian, kenyataan yg dikeluarkan oleh Peguam Zambry yg mengarahkan bhw YAB Nizar dan barisan Exconya dikehendaki mengosongkan pejabat SUK adalah tidak relevan.
Atas dasar apa Zambry nk kembali ke SUK utk mentadbir negeri Perak? Bukankah sudah jelas Mahkamah Tinggi telah memutuskan bhw dia bkn MB Perak yg sah..?? (lain la kalu si Zambry ni GILO pangkat dan kuasa).
Utk mengelakkan keadaan di mana Perak "kehilangan" MB, adalah wajar diwujudkan pihak ke3 yg xbias kpd mana2 parti politik utk mentadbir Perak utk sementara waktu..
er..ko guono Tok Loyar..?
sila komen sikit.. :)
Untuk "Nik" di atas.

1. Mahkamah Tinggi buat keputusan menyatakan Nizar adalah MB yang sah. Keputusan itu sah dan terpakai sampai bila bila kecuali ianya di tukar oleh Mahkamah yang lebih tinggi samada Mah. Rayuan ataupun kemudiannya Mahkamah Persekutuan.

2. Pihak yang kalah berhak buat permohonan penangguhan pelaksanaan. Apabila dibenarkan ianya akan jadi seolah-olah belum ada keputusan lagi. "Status Quo" kekal sebagaimana biasa.

3. Maknanya Zamri akan pegang jawatan MBnya itu seperti belum ada keputusan lagi.

4. Itu kedudukan undang-undangnya.

5. Apa yang pelik sikit dalam kes ini adalah biasanya dalam permohonan pengisytiharan, mahkamah tidak akan bagi penangguhan, tetapi tidak dalam kes ini.

6. Sehingga Mahkamah Rayuan putuskan kes utama, sehingga itulah Mamak itu pegang jawatan MBnya.

7. Harap puas hati.

p/s. Nik mana yee... Saya dikelilingi oleh ramai Nik, confuse saya.
najumi said…
Hahaha.. Nik mano lg, nik adik abe la..hehe..
Poorah...tanya di rumah pun boleh...buat letih menaip jah...
najumi said…
Tnyo di rumah lmbat lg nk blk.. Tkut dea basi la.. Hehe..

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber

Kronologi Pemecatan Tun Salleh Abbas

• Tun Salleh Abbas di lantik sebagai Peguamcara Negara pada tahun 1963. • Semasa berumur 50, beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. • Ketua Hakim Negara Tun Suffian Hashim bersara pada tahun 1982 and beliau telah digantikan oleh Raja Azlan Shah. Raja Azlan kemudiannya dilantik sebagai Sultan Perak dua tahun kemudia. Tun Salleh kemudiannya dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada tahun 1984. • In 1987, pemilihan Agung Umno telah dijalankandan Tengku Razaleigh Hamzah telah mencabar Presiden Umno /Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (sekarang Tun) sebagai Presiden. Beliau dijangkakan akan memenangi pertandingan tersebut. Begaimanapun, Dr Mahathir telah menang dan mengekalkan jawatan tersebut. • Kalangan penyokong Tengku Razaleigh tidak berpuas hati dengan kekalahan tersebut. Mereka membawanya ke Mahkamah untuk mendapatkan perintah bagi pemilihan semula. • Pada masa yang sama, Tun Salleh telah menegaskan dalam satu kenyataan umum berkenaan dengan hasrat untuk m

Catatan Terakhir Sebelum Berangkat

Saya kira entri ini adalah yang terakhir sebelum menjelangnya tahun baru. Saya mohon untuk mengundurkan diri barang seketika dari dunia siber. Mohon diberi kekuatan untuk menyahut seruan Nabi Ibrahim a.s. Jika saudara pernah membaca catatan saya bertarikh 1.1.2008 dahulu, tentu saudara faham maksud saya. Alhamdulillah dan Insya Allah, saya dan Ummi adalah antara 27,000 rakyat Malaysia yang di beri kouta untuk mengerjakan Haji musim 1429 hijrah ini. Kami akan bertolak ke sana pada 8 November dan dijadulkan balik semula pada 24 Disember 2008. Antara takut dan harap. Itulah perasaan saya ketika ini. Takut; apakah penyerahan diri ini akan diterima Allah, dan harap; semoga dikurniakan haji yang mabrur. Dan tentunya doa dari kalian saya tagih sebagai penambah bekalan ke sana. Esok, saya dan Ummi akan mula bercuti dari kerja-kerja pejabat. Hasratnya selain menyiapkan bekalan fizikal adalah untuk berkunjung ke rumah saudara-mara yang keuzuran, bertemu mata; entah-entah kali terakhir (samada m