Skip to main content

Posts

ULASAN RINGKAS LUHAM KELANTAN BERKAIT ISU ‘BEKAS BANDUAN’

1. Isu terkini berkait ‘bekas banduan’ yang dikatakan berpunca daripada ucapan Dato’ Setiausaha Agung PAS di Sandakan yang lebih kurangnya berbunyi “Ada seorang cita-cita jadi perdana menteri sangat. Keluar daripada penjara … Sebagai peguam kita tahu apabila seorang keluar daripada penjara status seumur hidup (nya) adalah (bekas) banduan”. 2. Beberapa individu mengecam ucapan tersebut. Ada yang mengatakan Taqiyuddin ib arat menghina raja. Dan ada pula yang mengatakan Taqiyuddin tidak bertanggungjawab. Malah beberapa laporan polis telah dibuat; kononnya mendesak agar pihak polis menyiasat ucapan tersebut. 3. Tidak jelas repot tersebut untuk apa. Mungkin sekadar laporan untuk pihak polis membuat siasatan yang mengaitkan presiden PKR dengan status bekas banduan (Utusan Online 13 Mei 2019). 4. Tetapi ulasan yang kelihatan agak profesional sedikit adalah bila ada yang mengaitkan ucapan itu dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kuasa pengampunan oleh Yang Di-...

Balasungkawa : Gus Dur

KIYAI Haji Abdurrahman Wahid yang mesra disapa Gus Dur telah meninggalkan Indonesia dengan segala sejarahnya. Beliau terkenal sebagai salah seorang tokoh nasional yang banyak mewarnai perjalanan bangsa Indonesia pelbagai kaum. Bukan saja Gus Dur membawa idea luar biasa tapi tokoh agama ini juga pernah menimbulkan kontroversi ketika beliau bergelar Presiden apabila ideanya membuka hubungan diplomatik dengan Israel. Hal ini menjadi salah satu gagasan yang membuat beliau dikritik hebat oleh sekelompok pertubuhan Islam di Indonesia. Cucu ulama besar KH Hasyim Asy'ari ini juga pernah disifatkan sebagai 'wali' dan dilantik menjadi Ketua Nahdlatul Ulama dan menubuhkan Parti Kebangkitan Bangsa atau PKB pada era reformasi. Kini telah pulang ke rahmatullah tokoh politik yang disayangi jutaan rakyat Indonesia. Gus Dur meninggal dunia pada Rabu (30/12/2009) sekitar pukul 6.45 petang (waktu Jakarta), 7.45 petang (waktu Malaysia) di Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo (RSCM) setelah semp...

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber...

Minta Maaf Sebagai Jalan Pertama

Saya percaya sudah sampai masanya Jabatan Kehakiman Syariah Pahang meminta maaf terhadap kecelaruan yang timbul dari kes Puan Kartika. Secara khususnya terhadap Puan Kartika sendiri yang diperlakukan seperti bola - ditendang ke sana ke sini- dan juga secara amnya terhadap seluruh umat Islam yang perihatin terhadap perlaksaaan undang-undang syariah di negara ini. Saya katakan begini kerana saya percaya dengan sepenuh hati kebolehan syariat Islam mengawal kemaslahatan rakyat. Bagi saya Syariat Islam yang diturunkan Allah adalah untuk menjaga sekurang-kurangnya lima kemaslahatan umat; agama, nyawa, kemulian, keturunan dan harta. Dalam menjaga kemaslahatan tersebut, disamping tarbiah yang berbentuk pengajaran, Nabi Muhammad SAW juga mentarbiah ummat secara hukuman. Samada pengajaran atau hukuman dijadikan cara pertama atau yang terakhir, apa yang penting juga adalah tanggungjawan pihak berkuasa untuk 'sadd azzaraaig', iaitu proses mencegah daripada berluasanya perkara yang tidak e...

ISA - Kenangan 49 Tahun Yang Lampau

BERIKUT adalah sedutan ucapan Ahli Parlimen Bachok yang juga Timbalan Yang Dipertua Agung PAS, Prof Dr Zulkiflee Muhammad ketika bangun membahaskan Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Negeri di Dewan Rakyat pada 21 Jun 1960. Tuan Yang Dipertua, di hadapan kita ini ada satu Rang Undang-undang yang bertujuan hendak memerangi subversif, dan di-dalam Undang-undang ini ada beberapa peraturan yang ditujukan kapada maksud itu. Tuan Yang Dipertua, saya bangun di sini menyokong undang-undang ini. Tetapi saya hendak menceritakan beberapa perkara yang ada di-dalam Undang-undang ini yang pada fikiran saya akan boleh menimbulkan kepayahan dan kesusahan dan akan boleh digunakan bagi maksud yang lain daripada maksud yang asal Undang-undang ini. Tadi, Timbalan Perdana Menteri (Tun Abdul Razak Hussain) sudah memberikan fikirannya dan di dalam ucapannya yang panjang itu dia telah memberi satu tegasan mengatakan bahawa Undang-undang ini tidak dimaksudkan untuk mencengkam kebebasan dan demokrasi di d...

Hati-Hati Dr. Lo' Lo' Dan Sharizat

Saya menyambut baik ketegasan hakim-hakim Syar'i Negeri Pahang yang nampaknya mendahului rakan-rakan sejawat mereka seluruh negara dalam menjatuhkan hukuman. Kalau sebelum ini negeri Pahang telah mendahului dalam pendakwaan satu kes di bawah Enakmen Pengawalan Pengembangan Ugama Bukan Islam; nampaknya kali ini mereka akan mencatat sejarah sebagai negeri pertama yang menjalankan hukuman sebat ke atas pesalah wanita. Kartika Sari Dewi Shukarno bersedia menerima hukuman tersebut di mana beliau tidak berhasrat untuk merayu terhadap hukuman. Walaupun hukumannya adalah sekadar enam sebatan dan jauh bilangannya dari sebatan syara', saya berpendapat ianya lebih baik dari tiada langsung. Dan sebagaimana yang pernah saya tuliskan sebelum daripada ini, sekurang-kurangnya hakim syar'ei dapat berlatih untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar dari segi perundangan syara'. Cumanya saya sedikit terkesan dengan kenyataan Datuk Seri Sharizat dan Dr. Lo' Lo' yang saya faham da...

"65 pun 65 lah...asalkan menang"

Saya bergerak pulang dari UPU Chuchoh Puteri lebih kurang jam 6.00 pada 14 Julai yang lepas. Hati saya ketika itu gundah gulana memikirkan peratus pengundian yang teramat tinggi. 87%. "Something wrong", perkataan yang sentiasa bermain difikiran saya. Mengikut rekod, kelaziman peratusan keluar mengundi dalam pilihanraya adalah dalam sekitar 78% - 80%. Ini sampai 87%. Masakan hati tidak bimbang dan pada ketika itu, hati sudah memujuk-mujuk untuk menerima berita kekalahan. Kemudiannya, secara bertalu-talu berbagai makluman dan panggilan mengesahkan kebimbangan saya. Pas kalah di 5 peti undi; dan yang paling mengejutkan adalah kekalahan di UPU Manek Urai Lama dan Baru tambah mengesahkan teori saya. Sehinggalah akhirnya panggilan dari Saudara Aznam yang mememetik sumber rasmi tapi belum disahkan bahawa PAS menang dengan majoriti 65 undi. Saya menyatakan "65 pun 65 lah...asalkan menang". Serentak dengan itu keputusan yang diambil adalah untuk meminta peguam yang masih ber...

Hati Sudah Dihala Ke Manek Urai

Alhamdulillah, nampaknya hasrat saya untuk bersama teman-teman peguam lain bertugas di Manek Urai esok dikabulkan tuhan. Insya Allah jika tidak ada aral melintang, petang ini bertolaklah saya ke sana. Saya dijadualkan bertugas di UPU Chuchoh Puteri. Dan kebetulan pada hari Sabtu lepas semasa bertugas, kes pertama melibatkan isu 'kepolisian' dan orang kampung terjadi di situ. Sekurang-kurangnya memudahkan saya mengenali kepala-kepala di situ. Ummi akan turut serta. Dan dijangkakan buat kali pertama beberapa peguam muslimat juga akan turut serta. Memang tepatlah kalau dikatakan PRU ini dijadikan medan praktikal peguam berhadapan dengan masyakat (masih ingat Law & Society?). Sebenarnya kalau mengikut perancangan asal saya saya tidak mungkin dapat ke MU esok sebagaimana alasan dalam tulisan sebelum ini. Ditakdirkan tuhan, atas sebab-sebab yang tidak terjangkau dek kudrat manusia, kes hanya dijalankan sehari sahaja; kelmarin. Tuan Abdul Razak, pendakwa yang mengendalikan kes sem...

Hati Saya Di Tempat Lain...

Maafkan saya kerana tidak mengemaskini blog ini. Hati saya di tempat lain. Antara PRK Manek Urai, kerja dan minoriti Muslim Uighur di Xinjiang; saya perlu mengutamakan yang sepatutnya. Saya hadir ke Manek Urai. Dan di antara jam 10.00 ke 11.00 pagi hari Isnin lepas saya kemukakan satu bantahan. Sebagaimana semua tahu, bantahan tersebut di tolak dan pemilihan akan dibuat pada 14 haribulan nanti. Saya doakan 14 haribulan nanti tiada masalah besar yang berbangkit. Insya Allah bulan akan mengambang penuh. 14 haribulan nanti, saya tidak dapat ke Manek Urai. Kes melibatkan hukuman mati di Mahkamah Tinggi Kota Bharu tidak mungkin dapat ditangguhkan lagi. Dalam keadaan pihak hakim dan mahkamah mementingkan statistik, saya tidak sampai hati memohon penangguhan. Kerana bimbang ditolak mentah-mentah. Dalam pada itu juga, tanpa angin bergoyang tiba-tiba keluar berita rusuhan di Xinjiang antara Komunis Han dan minoroti Islam Uighur. Saya belum mendapat gambaran menyuluruh tentang kejadian tersebut....

We Are The World

There comes a time when we heed a certain call When the world must come together as one There are people dying And its time to lend a hand to life The greatest gift of all We cant go on pretending day by day That someone, somewhere will soon make a change We are all part of gods great big family And the truth, you know, love is all we need We are the world, we are the children We are the ones who make a brighter day So lets start giving Theres a choice were making Were saving our own lives Its true well make a better day Just you and me Send them your heart So theyll know that someone cares And their lives will be stronger and free As God has shown us by turning stones to bread So we all must lend a helping hand We are the world, we are the children We are the ones who make a brighter day So lets start giving Theres a choice were making Were saving our own lives Its true well make a better day Just you and me When youre down and out, there seems no hope at all But if you just believe t...

Berpegang Dengan Tali Allah

Saya Protes Tindakan DS Nizar

Walau apapun tanggapan orang terhadap tindakan DS Nizar di Parlimen semalam ; saya menyokong langkah yang diambil oleh Yang Dipertua Dewan. Perilaku sebegitu memang sepatutnya tidak berlaku di sebuah dewan yang mulia dan pelakunya wajar dihukum. Adapun kewajaran gantung sehari, dua hari atau setahun adalah hal yang lain. Yang penting keharmonian Parlimen sewajarnya dipertahankan. Dan yang dipertanggungjawab untuk menjaganya adalah Yang DiPertua Dewan. Dewan persidangan adalah tempat yang mulia. Ada protokol tertentu yang mesti diikuti. Tidak boleh sewenang-wenangnya membuat sesuatu yang diluar peraturan. Jika tidak ada peraturan atau peraturan tidak diikuti jadilah macam persidangan kedai kopi. Sesiapapun boleh bercakap, hentak meja atau sambil-sambil main dam. Nak mencarut pun boleh. Parlimen bukan kedai kopi. Justeru tindakan hukuman oleh speaker adalah wajar dan patut dipuji. Ia ibarat mahkamah. Walaupujn tidak setuju dengan hukuman atau perintah hakim, peguam masih lagi mengucapkan...

Snippet - Post Muktamar 2009

Beberapa orang rakan bertanyakan perihal blog saya yang tidak dikemas kini sejak seminggu lepas. Sebetulnya sejak Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat tempoh hari. Saya pun sedar bahawa saya tidak menulis apa-apa tentang natijah daripada muktamar-muktamar PAS pusat. Bagi saya cukup sebenarnya dengan apa yang diucapkan oleh pimpinan semasa sesi penggulungan masing-masing. Bagi saya apapun natijah ucapan atau arah aliran sekalipun; itu hanyalah strategi untuk memajukan parti. Yang penting bagi saya adalah dasar PAS tidak pernah berubah sebagaimana kehendak perlembagaan iaitu Islam. Bagi saya apabila pasal tersebut kekal utuh, maka datanglah apapun strategi atau aliran pemimpinnya; silakan. Cuma bersedialah untuk dipertanggungjawab pada muktamar akan datang. Bagi saya, apapun selogan yang digagaskan samada berbentuk 'muqabalah', 'muzakarah', 'kerajaan perpaduan' dan seumpama dengannya hanyalah sebuah strategi untuk memungkinkan keunggulan Islam. Selagi gagasan tersebut ...

Mempersada Perjuangan Sempena Muktamar DPPP

"Pemuda dan Pemudilah termometer turun naik sesuatu bangsa. Angkatan tua berpusing turun, angkatan muda berpusing naik. Angkatan tua amanah panduan, angkatan muda harapan perjuangan. Angkatan tua banyak pengalaman dan kebijaksanaan, angkatan muda penuh semangan dan keberanian berkorban. Angkatan tua berfikir cermat dan menimbang, angkatan muda cergas dan nekad maju mekar mengembang. Tua memperkayakan khidmat dan menghargai masa. Tua menghadapi akhirat, pemuda menghadapi dunia dengan penuh harap. Pemudalah yang menyambung dan meneruskan cita-cita perjuangan pesaka orang tua kita. Dunia ini nikmatnya untuk rebutan pemuda yang penuh dengan harapan dan kepercayaan kosong dan hampa hidupnya. Harapan dan kepercayaan pemuda itu adalah ideologinya yang hak dan adil." Prof Dr. Burhanuddin al-Helmy pada Kongres Dewan Pemuda PAS Pusat Kedua di Madrasah al-Ulum as-Syariah, Bagan Datoh pada 13 dan 14 Disember 1957.

Mangsa Yang Rela

Saya melihat peratusan indeks jenayah negara semakin naik. Banyak kejadian jenayah yang berlaku sekarang adalah sesuatu yang tidak kita jangka boleh terjadi. Selama ini kita didedahkan dengan jenayah yang terjadi secara tiba-tiba. Jarang jenayah yang berlaku di negara kita terlibat secara teratur ('organised'). Kalau adapun ianya berakhir dengan berlakunya jenayah tersebut sahaja seperti bunuh, rogol, pukul, curi dan sebagainya. Tetapi akhir-akhir ini, jenayah yang di hadapkan kepada kita lebih berbentuk 'teratur'. Ada ketua, orang kanan serta komrad-komrad yang ditentukan tugasnya. Contoh yang paling dekat dengan kita adalah kisah penemuan beberapa orang peminjam yang dipenjara oleh Ah Long. Dengan tertangkapnya beberapa ahli geng, polis kini menjalankan gerakan besar-besaran untuk menangkap ketua mereka. Walaubagaimanapun, bukan kisah Ah Long atau ahli geng yang saya ingin sentuh hari ini. Tetapi lebih kepada 'mangsa". Yang ditambat, dipukul dan sebagainya ...

Perkataan Haram

Seksyen 9 Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Ugama Bukan Islam 1981 telah menyenaraikan dalam Jadual (Bahagian I dan II) beberapa perkataan dan perbahasaan yang tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam. Perkataan-perkataan yang tidak boleh digunakan adalah: Allah, Qadhi, Haji, Khalifah, Firman Allah, Ilahi, Mufti, Wali, Ulama', Wahyu, Rasul, Fatwa, Hadis, Mubaligh, Imam, Iman, Ibadat, Syariat, Dakwah, Nabi, Ka'bah, Qiblat, Solat dan Sheikh . Manakala perbahasaan-perbahasan yang tidak boleh digunakan adalah: Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Walillahilhamd, Allahu Akbar, Insya Allah, Astaghfirullahalazim, Tabarakallah, Masya Allah dan Lahaulawalaquwwata illabillahilazim . Perkataan dan perbahasaan tersebut (contohnya bagi negeri Kelantan) telah diluluskan pada 1/12/1981. Seksyen 9(3) memperuntukkan bahawa orang bukan Islam yang melakukan kesalahan menggunakan perkataan dan perbahasaan itu (kecuali untuk rujukan atau petikan) boleh dikenakan denda sebanyak RM...

Snippet - Pre Muktamar 2009

Setinggi tahniah dan syabas saya ucapkan kepada calon-calon kepimpinan tertinggi Dewan Pemuda PAS Pusat. Sebagaimana pegumuman pagi tadi, tiada pertandingan bagi jawatan tertinggi dewan memandangkan ada calon-calon yang menarik diri. Dan tentunya penerimaan dan penolakan terhadap pencalonan jawatan dibuat dengan hati yang penuh ikhlas dan bermatlamatkan untuk perjuangan. Sekurang-kurangnya, pemuda boleh berbangga dengan 'dasar terbuka hati' tersebut walaupun hampir setiap hari dimomokkan dengan berita, lapuran serta analisis dari pelbagai media tanah air. Yang paling menyakitkan hati saya adalah label yang dikenakan ke atas calon yang bertanding. Si anu dikatakan golongan "Erdogan" manakala si Anu lain adalah proksi "Muqabalah". Sedangkan saya percaya hampir semua analisis yang melabel tersebut ditulis oleh orang luar parti. Dan mungkin ada di kalangan mereka merupakan 'agent provocateur' yang bertujuan memecahkan perpaduan parti. Dan tentunya, tumpu...