Walau apapun tanggapan orang terhadap tindakan DS Nizar di Parlimen semalam; saya menyokong langkah yang diambil oleh Yang Dipertua Dewan. Perilaku sebegitu memang sepatutnya tidak berlaku di sebuah dewan yang mulia dan pelakunya wajar dihukum. Adapun kewajaran gantung sehari, dua hari atau setahun adalah hal yang lain.
Yang penting keharmonian Parlimen sewajarnya dipertahankan. Dan yang dipertanggungjawab untuk menjaganya adalah Yang DiPertua Dewan.
Dewan persidangan adalah tempat yang mulia. Ada protokol tertentu yang mesti diikuti. Tidak boleh sewenang-wenangnya membuat sesuatu yang diluar peraturan. Jika tidak ada peraturan atau peraturan tidak diikuti jadilah macam persidangan kedai kopi. Sesiapapun boleh bercakap, hentak meja atau sambil-sambil main dam. Nak mencarut pun boleh.
Parlimen bukan kedai kopi. Justeru tindakan hukuman oleh speaker adalah wajar dan patut dipuji.
Ia ibarat mahkamah. Walaupujn tidak setuju dengan hukuman atau perintah hakim, peguam masih lagi mengucapkan terima kasih. Tidak menjerit atau pekik melolong. Hakim berhak menjatuhkan hukuman kerana menghina mahkamah jika peristiwa itu berlaku. Dan peguam sendiripun sudah ramai yang kena.
Apabila kena gantung tidakkah diri sendiri yang rugi?

Comments
Beza tindakan Nizar adalah utk rakyat..bezakan tindakan UMNO utk duit poket..aku lebih protes hal ini dari apa yg Nizar wat semalam!!
kena gantung pula, macam sengaja nak ambil cuti?
-Sekadar minta laluan mencari redha Ilahi...
Ana pun setuju dengan anta, sebagai YDP dewan dia ada kuasa. Tapi DS Nizar mungkin ada alasan dia sendiri, dia rasa itu hak dia. Masing-masing ada Hak. Cuma silap nizar dalam dewan tu bukan hak dia buat macam tu.
Maaf Nik,
Ana lupa nak bagi respon pada anta masa anta tepuk bahu ana hari jumaat (19/6), maklumlah sibuk edar risalah. Selamat menulis
Jangan kita selalu diperbodohkan oleh BN..jgn terlampau berlembut..nanti selalu kena pijak kepala...