Skip to main content

KOMPLEKS PURNAMA

Saya percaya hari ini saya adalah sebahagian daripada sejarah.Secara rasminya impian 42 tahun yang lampau telah menjadi kenyataan. Kompleks Purnama Pengkalan Chepa telah selamat disempurnakan dengan rasminya oleh YTM Tengku Mahkota Kelantan tepat jam 12.30 tengahari tadi.

42 tahun mengangan-angankannya. 6 tahun mengusahakannya. Beberapa kali jamuan kutipan derma dibuat. Tanah-tanah lot wakaf dibahagikan. Pembangunan agak perlahan pada mulanya. Sehingga mendapat teguran dari YTM Tengku Mahkota yang selalu ulang alik di Jalan Pengkalan Chepa tersebut yang akhirnya sampai ke telinga saya melalui seorang rakan.

Teguran itu saya sampaikan kepada YB Pengerusi Komplek secara main-main pada suatu masa (kalau tidak salah saya semasa majlis kutipan derma kompleks kali terakhir). Saya katakan, kalau begitu prihatin YTM Tengku, apa kata kalau YTM dijemput merasmikan bangunan ini. Tetapi kata-kata saya itu, hanya sekadar luahan kosong tanpa apa-apa harapan.

Kira-kira 2 bulan yang lepas, semasa majlis Sembahyang hajat menduduki bangunan, YB Pengerusi Komplek dalam ucapannya telah menyebut perkara yang membuatkan saya tersenyum sendiri. YTM Tengku Mahkota telah bersetuju untuk berangkat merasmikan kompleks ini. Alhamdulillah.

Hari ini, 1 Muharram 1429 satu sejarah besar telah tercatat. Kewujudan kompleks Purnama telah menjadi lambang kemegahan Islam bagi seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat Kelantan di bumi Serambi Mekah yang bertuah ini.

Adalah diharapkan juga dengan perasmian ini akan menjadi mercu tanda kepada pembangunan ummah dan usaha dakwah di Serambi Mekah ini.

Saya telah hadir menyaksikan upacara tersebut. Saya telah terlibat sejak awal. Saya percaya saya adalah sebahagian dari sejarah tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber...

Susur Galur Saya

Saya percaya ramai di kalangan kita; apabila ditanya tentang nama-nama nenek moyang hanya dapat menyebut sekadar dua atau tiga lapis sahaja iaitu sekadar tingkatan moyang. Selebihnya? Wallahu a’lam. Bagi kebanyakan orang urusan tersebut tidaklah sepenting mana, tapi bagi sesetengah yang lain susur galur inilah jati diri mereka. Bagi diri saya sendiri, saya bertuah sebenarnya kerana sekurang-kurangnya 13 lapisan saya ketahui iaitu sehingga ke awal abad 17. Senarainya adalah seperti berikut: Nik Bahrum Bin Nik Abdullah bin Raja Ahmad bin Raja Mat bin Raja Abdullah bin Raja Senik bin Raja Kecik bin Raja Mohamad bin Raja Abd Rahman bin Raja Kecil Sulong bin Raja Omar bin Raja Sakti. Manakala di sebelah ibu pula saya adalah anak kepada Nik Syamsiah binti Nik Som bin Raja Senik bin Raja Husin bin Raja Bongsu bin Raja Senik dan seterusnya sebagaimana susur galur sebelah bapa. Setakat ini yang saya belum jelas adalah susur keturunan sebelah Tokku (ibu Nik Abdullah) kerana se...