Skip to main content

Subashini lwn Saravanan

Petang tadi saya ditemuramah oleh wartawan dari Wasilah. Isunya berkenaan dengan keputusan kes Subashini lwn. Saravanan oleh Mahkamah Persekutuan pada 27/12/2007. Beberapa point yang saya tegaskan adalah seperti berikut:

1. Tidak ada apa yang istimewanya kes tersebut kerana ianya hanyalah keputusan majoriti yang menolak rayuan Subashini atas alasan prosedur dan bukannya merit.

2. Menyatakan kekesalan saya atas keengganan YAA Hakim menafsirkan perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan sebagaimana perkataan tersurat. Nampaknya penangan Che Omar Che Soh terlalu kuat. Seolahnya tidak dapat dirungkai lagi.

3. Keputusan tersebut tidak membawa kita ke mana-mana. Hanya balik ke status asal iaitu isu perkara 121 dan 121(1A) yang tidak kunjung selesai.

4. Saya juga timbulkan persoalan apa akan jadi pula selepas ini apabila Subashini menfailkan semula petisyen pembubaran dan relif lain termasuk isu jagaan anak sulung mereka?

Saya tidak ada jawapannya. Mungkin orang-orang lain tercari-cari jawapannya. Cuma dalam kesimpulan saya dengan Asma Hanim petang tadi, berat sungguh sebenarnya tanggungjawab ahli-ahli yang berhormat kita, penggubal undang-undang.

Apa mereka buat yeeee....

Comments

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber...

Susur Galur Saya

Saya percaya ramai di kalangan kita; apabila ditanya tentang nama-nama nenek moyang hanya dapat menyebut sekadar dua atau tiga lapis sahaja iaitu sekadar tingkatan moyang. Selebihnya? Wallahu a’lam. Bagi kebanyakan orang urusan tersebut tidaklah sepenting mana, tapi bagi sesetengah yang lain susur galur inilah jati diri mereka. Bagi diri saya sendiri, saya bertuah sebenarnya kerana sekurang-kurangnya 13 lapisan saya ketahui iaitu sehingga ke awal abad 17. Senarainya adalah seperti berikut: Nik Bahrum Bin Nik Abdullah bin Raja Ahmad bin Raja Mat bin Raja Abdullah bin Raja Senik bin Raja Kecik bin Raja Mohamad bin Raja Abd Rahman bin Raja Kecil Sulong bin Raja Omar bin Raja Sakti. Manakala di sebelah ibu pula saya adalah anak kepada Nik Syamsiah binti Nik Som bin Raja Senik bin Raja Husin bin Raja Bongsu bin Raja Senik dan seterusnya sebagaimana susur galur sebelah bapa. Setakat ini yang saya belum jelas adalah susur keturunan sebelah Tokku (ibu Nik Abdullah) kerana se...