Skip to main content

Selamat Tahun Baru 2008

Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan "Selamat tahun baru 2008". Semoga terus menjana ke arah kebaikan.

Azam???? Yang paling besar, berhasrat menunaikan rukun Islam yang ke 5. Sebenarnya dah daftar tahun lepas. Cuma lepas ni kena usaha untuk memastikan nama termasuk dalam kouta. Insya Allah.

Saya pernah ke kota mekah sekali pada tahun 1994. Ketika itu mengikuti rombongan pelajar UIAM sebagai tetamu Arab Saudi mengerjakan Umrah dan melawat beberapa universiti di sana. Tinggalpun di Istana Tetamu di tepi Masjidil Haram.

Sejak itu, saya berazam untuk datang lagi.

Sebenarnya, saya ada juga peluang untuk mengerjakan umrah. Pendek kata duit belanja cukup kalau nak mengerjakan umrah. Tapi memikirkan, rukun Islam belum cukup lagi, tangguh dulu. Kita terus buat haji. Itulah pakatan saya dengan Isteri.

Isteri? Oh ya... saya belum perkenalkan lagi.... Baiklah, saya sudah beristeri. Seorang sahaja. Bekerja. Quite Independant. Loving. Caring. ...manja.

Hajat di hati, saya akan ke sana bersama Ummi, mengikut panggilan anak-anak.

Yang lain-lain sekadar untuk meningkat pencapaian sekarang. Orang kata "one by one".

Comments

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber...

Susur Galur Saya

Saya percaya ramai di kalangan kita; apabila ditanya tentang nama-nama nenek moyang hanya dapat menyebut sekadar dua atau tiga lapis sahaja iaitu sekadar tingkatan moyang. Selebihnya? Wallahu a’lam. Bagi kebanyakan orang urusan tersebut tidaklah sepenting mana, tapi bagi sesetengah yang lain susur galur inilah jati diri mereka. Bagi diri saya sendiri, saya bertuah sebenarnya kerana sekurang-kurangnya 13 lapisan saya ketahui iaitu sehingga ke awal abad 17. Senarainya adalah seperti berikut: Nik Bahrum Bin Nik Abdullah bin Raja Ahmad bin Raja Mat bin Raja Abdullah bin Raja Senik bin Raja Kecik bin Raja Mohamad bin Raja Abd Rahman bin Raja Kecil Sulong bin Raja Omar bin Raja Sakti. Manakala di sebelah ibu pula saya adalah anak kepada Nik Syamsiah binti Nik Som bin Raja Senik bin Raja Husin bin Raja Bongsu bin Raja Senik dan seterusnya sebagaimana susur galur sebelah bapa. Setakat ini yang saya belum jelas adalah susur keturunan sebelah Tokku (ibu Nik Abdullah) kerana se...