Skip to main content

Pensyarah di USM

Alhamdulillah dalam kesibukan pilihanraya ke 12 ini, pada pagi tadi saya telah menyelesaikan jemputan menyampaikan syarahan kepada pelajar-pelajar tahun akhir Sains Forensik USM. Tajuk syarahannya berkisar berkenaan dengan asas undang-undang termasuk tatacara memberi keterangan di mahkamah dan perkara yang berkaitan dengannya.

Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tersebut bagi menyediakan mereka menjadi saksi pakar di mahkamah. Nanti tidaklah terkial-kial di kandang saksi.

Tahun ini adalah tahun ke 4 saya menjadi pensyarah jemputan. Tambahan dari tahun-tahun lepas, kali ini saya diminta untuk mengajar selama 10 jam yang dipecahkan kepada 5 sesi. Jadi ke sanalah saya pada 17/2, 19/2, 26/22, 27/2 dan hari ini 2/3/2008 jam 9-11 pagi.

Sebenarnya mengajar adalah cita-cita utama saya; lebih dari menjadi peguam. Barangkali rezeki saya bukan dalam bidang tersebut. Lalu menjadi peguamlah saya. Oleh kerana itulah dalam setiap kesempatan untuk menyampaikan kertas kerja, seminar ataupun syarahan dalam tajuk-tajuk tertentu, saya 'seakan-akan' menawarkan diri.

Sekurang-kurangnya tidaklah terkilan sangat.

Ungkapan akhir saya kepada mereka "See you in court".

Comments

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber...

Susur Galur Saya

Saya percaya ramai di kalangan kita; apabila ditanya tentang nama-nama nenek moyang hanya dapat menyebut sekadar dua atau tiga lapis sahaja iaitu sekadar tingkatan moyang. Selebihnya? Wallahu a’lam. Bagi kebanyakan orang urusan tersebut tidaklah sepenting mana, tapi bagi sesetengah yang lain susur galur inilah jati diri mereka. Bagi diri saya sendiri, saya bertuah sebenarnya kerana sekurang-kurangnya 13 lapisan saya ketahui iaitu sehingga ke awal abad 17. Senarainya adalah seperti berikut: Nik Bahrum Bin Nik Abdullah bin Raja Ahmad bin Raja Mat bin Raja Abdullah bin Raja Senik bin Raja Kecik bin Raja Mohamad bin Raja Abd Rahman bin Raja Kecil Sulong bin Raja Omar bin Raja Sakti. Manakala di sebelah ibu pula saya adalah anak kepada Nik Syamsiah binti Nik Som bin Raja Senik bin Raja Husin bin Raja Bongsu bin Raja Senik dan seterusnya sebagaimana susur galur sebelah bapa. Setakat ini yang saya belum jelas adalah susur keturunan sebelah Tokku (ibu Nik Abdullah) kerana se...