Skip to main content

SMS Menarik PRU 12

"Kesan PRU ke 12:

  1. SV benar-benar jadi sami di Batu Caves
  2. KT akan pamerkan di pameran hantu sebagai Toyol paling ganas
  3. ZM jadi jaga di Pasaraya Mydin
  4. KSK menjadi penjual buah sukun celup tepung
  5. SJ o.k. lah dapat tender cuci jamban di Bukit Jalil
  6. AA bunyi khabar bawak tasbih besar pakai kot dengan kain sarung mengatib MBMBMBMBMB.... tidak tahu bila nak berhenti."


"Gurindam Pak Lah

Panas ku sangka hingga ke petang,
rupanya hujan ditengahari,
Kelantan kusangka mudah ditawam,
Rupanya ku hilang 5 negeri.

Sungguh malang nasibku ini,
tiada kampung dan tiada negeri,
Penang negeriku ditawan DAP,
taktau ke mana nak bawa diri.

Ada baiknya ku undur diri,
bagi peluang kepada Khairy,
sambil ku tumpu kepada isteri,
manalah tahu kot dapat baby."



"Sesiapa ada terjumpa seorang rakyat Selangor, berambut putih, berlagak handsome, bangsa Jawa, rendah-rendah, bawa penyapu; sila hubungi balai polis berhampiran. Kunci pejabat MB ada kat dia"

Comments

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber...

Susur Galur Saya

Saya percaya ramai di kalangan kita; apabila ditanya tentang nama-nama nenek moyang hanya dapat menyebut sekadar dua atau tiga lapis sahaja iaitu sekadar tingkatan moyang. Selebihnya? Wallahu a’lam. Bagi kebanyakan orang urusan tersebut tidaklah sepenting mana, tapi bagi sesetengah yang lain susur galur inilah jati diri mereka. Bagi diri saya sendiri, saya bertuah sebenarnya kerana sekurang-kurangnya 13 lapisan saya ketahui iaitu sehingga ke awal abad 17. Senarainya adalah seperti berikut: Nik Bahrum Bin Nik Abdullah bin Raja Ahmad bin Raja Mat bin Raja Abdullah bin Raja Senik bin Raja Kecik bin Raja Mohamad bin Raja Abd Rahman bin Raja Kecil Sulong bin Raja Omar bin Raja Sakti. Manakala di sebelah ibu pula saya adalah anak kepada Nik Syamsiah binti Nik Som bin Raja Senik bin Raja Husin bin Raja Bongsu bin Raja Senik dan seterusnya sebagaimana susur galur sebelah bapa. Setakat ini yang saya belum jelas adalah susur keturunan sebelah Tokku (ibu Nik Abdullah) kerana se...