Saya sempat mengikuti siaran langsung persidangan Parlimen pagi tadi. Tepat sebagaimana agakan, YB-YB kita telah menggunakan peluang tersebut untuk menunjukkan belang masing-masing. Maklumlah masuk TV. Ditambah pula dengan minyak yang dicurahkan oleh YDP Dewan yang tidak membenarkan soalan tambahan ditanya, bertambah maraklah apinya. Memang nampak sangat seolah-olah YB veteran seperti mahu menguji kewibawaan YDP baru. Manakala YB baru ada juga yang cuba-cuba tumpang sekaki. Seolah-olah semua YB yang ada terlupa ingatan Tuanku semalam yang meminta YB menjaga tingkah laku semasa berbahas. Apa yang ingin saya bincangkan di sini sebenarnya adalah rentetan daripada peristiwa tersebut bilamana Menteri Penerangan yang mulanya mencadngkan siaran langsung tersebut telah mengugut untuk membatalkannya pula, atas alasan bimbang rakyat dapat melihat betapa buruknya perangai YB-YB kita. Aik!!! Macamtu pula? Adakah YB Menteri semasa mencadangkan siarang langsung tersebut menjangkakan YB-YB akan berso...
Seorang anak kepada ayah dan ibu, suami kepada seorang isteri, ayah kepada 4 orang anak, rakan kongsi kepada sebuah firma guaman dan antara penghuni Al-Khazaain. Nik Abdullah, Nik Syamsiah, Khairiah, Noriah, Nik Madiha, Nik Madhi, Nik Majida, Nik Majdi, Nik Mariha, Nik Maher, Nik Mursyida dan Nik Musliha adalah antara sumber inspirasi. Al-Khazaain ditujukan kepada mereka. Juga untuk sesiapa sahaja yang sudi menatap dan terbuka untuk menegur dan ditegur. Semoga diberkati Allah selamanya.