Skip to main content

Tahniah & Terima Kasih

Alhamdulillah, sebagaimana yang diketahui umum, PAS telah berjaya mengekalkan Kelantan dengan majoriti lebih besar, menguasai Kedah serta mendapat beberapa kerusi di negeri-negeri lain di samping berpeluang menduduki kerusi MB negeri Perak.

Tidak lain dan tidak bukan adalah atas hasil usaha dan kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh semua petugas serta doa dan titisan airmata rakyat. Terima kasih.

Saya telah abaikankan blog ini sejak hari Khamis lagi. Hajat dihati mahu membuat ulasan awal tentang haru pengundian, tapi tak terdaya. Sebetulnya, hari Ahad lepas (sehari selepas hari mengundi) saya bercuti. Tak ke tempat kerja. Terlalu banyak urusan yang perlu diselesaikan.

  1. Menjemput anak-anak yang ditinggalkan sejak hari Jumaat di rumah Cek di Kubang Kerian;
  2. Menyapu dan membersihkan debu-debu dan sampah sarap di Al-Khazaain;
  3. Membasuh dan menyidai pakaian
  4. Dan lain-lain lagi yang sewaktu dengannya.
Sebetulnya, bukan saya seorang yang mengabaikan rumah. Ummi pun terlibat sama. Beliau telah bertugas sebagai Ketua Tempat Mengundi di Sek. Keb Padang Garong pada hari pengundian. Dan sebelum itupun saya dan Ummi hanya sampai di rumah jam 7.15 petang setiap hari.

Pendek kata sudah sebulan dapur tidak digunakan.

Semalam, masa bersama anak-anak dah saya tebus. Cuma lepas ni nak tengok pelajaran sekolah pula. Semasa tempoh mengundi; Madiha dan Madhi menduduki ujian bulanan di sekolah. Beberapa mata pelajaran sudah diperolehi keputusannya. Not Bad!!!

Akhirnya, memandangkan segalanya telah selesai, saya akan beransur-ansur "melepaskan' jawatan politik sementara dikerah semula. Catatan saya dalam blog inipun akan begitu juga terutamanya berkenaan dengan janji saya sebelum ini, iaitu saya akan menulis berdasarkan bidang kepakaran saya.

Selamat berkhidmat untuk agama dan negara. Semoga mendapat keberkatan dari Allah.

Comments

Anonymous said…
ye...nasib baik ana balik...hahahahaha

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber...

Susur Galur Saya

Saya percaya ramai di kalangan kita; apabila ditanya tentang nama-nama nenek moyang hanya dapat menyebut sekadar dua atau tiga lapis sahaja iaitu sekadar tingkatan moyang. Selebihnya? Wallahu a’lam. Bagi kebanyakan orang urusan tersebut tidaklah sepenting mana, tapi bagi sesetengah yang lain susur galur inilah jati diri mereka. Bagi diri saya sendiri, saya bertuah sebenarnya kerana sekurang-kurangnya 13 lapisan saya ketahui iaitu sehingga ke awal abad 17. Senarainya adalah seperti berikut: Nik Bahrum Bin Nik Abdullah bin Raja Ahmad bin Raja Mat bin Raja Abdullah bin Raja Senik bin Raja Kecik bin Raja Mohamad bin Raja Abd Rahman bin Raja Kecil Sulong bin Raja Omar bin Raja Sakti. Manakala di sebelah ibu pula saya adalah anak kepada Nik Syamsiah binti Nik Som bin Raja Senik bin Raja Husin bin Raja Bongsu bin Raja Senik dan seterusnya sebagaimana susur galur sebelah bapa. Setakat ini yang saya belum jelas adalah susur keturunan sebelah Tokku (ibu Nik Abdullah) kerana se...