Skip to main content

Tok Guru Haji Lah Lubuk Tapah

Tok Guru Haji Lah Lubuk Tapah (Abdullah Bin Abdul Rahman) meninggal dunia jam 7:10 pagi semalam. Saya mendapat khabar tersebut jam lebih kurang 10.00 pagi semasa berada di Mahkamah Kota Bharu. Saya sekeluarga mengucapkan takziah kepada seluruh anggota keluarga Tok Guru. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ilmu peninggalannya akan terus menjadi amalan yang tidak putus-putus. Al-Fatihah.

Saya sebetulnya tidak mengenali Tok Guru Haji Lah secara peribadi. Seingat saya hanya satu atau dua kali dalam hidup saya berpeluang melihat dengan mata lendir batang tubuh Tok Guru. Itupun sekejap sahaja di rumah Che Noh Bunut Payong, emak saudara Ummi.

Paling 'rapat' hubungan saya dengan keluarga Tok Guru pun adalah kerana hubungan kekeluargaan antara Ummi dengan anak Che Noh; sepupunya Che Ma yang berkahwin dengan anak Tok Guru, Dr Luqman. Kira-kiranya adalah hubungan juga walaupun 'sabit' sahaja.

Kedua-duanya adalah pensyarah di UM. Antara tempat Ummi 'ngatur' dalam nak menyiapkan tesis master yang belum-belum siap itu.

Apapun, takziah dan terima kasih.

Comments

Anonymous said…
Innalillah....

semerahjembal

Popular posts from this blog

Nikah Batin

Nikah adalah upacara agama. Ianya adalah sesuatu yang amat suci. Ia adalah permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sempurna; ayah, ibu dan anak-anak. Lebih besar lagi, persemendaan hasil dari perkahwinan yang sah menjadi asas kepada wujudnya sebuah masyarakat yang berfungsi. Setiap ajaran agama di dunia - lebih-lebih lagi Islam - amat menitikberatkan soal nikah. Tidak cukup dengan pendaftaran sibil, pasangan dinikahkan juga mengikut tradisi masing-masing. Pasangan yang melanggar norma ini, dipandang jelek oleh masyarakat hatta oleh masyarakat barat yang terkenal dengan kemajuan kebendaan. Tapi hari ini, saya dikejutkan dengan berita ini - Nikah Batin - !!! Jika sebelum ini hanya pemberitaan khabar angin tentang nikah batin oleh beberapa ajaran tarikat sesat, tetapi hari ini sudah sampai di mahkamah; bertujuan untuk mengesahkan nikah tersebut. Ringkas sungguh nikahnya. Tidak perlu wali, jurunikah. Hanya bersaksi Allah sahaja. Saya tercari-cari juga dalam kitab-kitab muktabar ber...

Susur Galur Saya

Saya percaya ramai di kalangan kita; apabila ditanya tentang nama-nama nenek moyang hanya dapat menyebut sekadar dua atau tiga lapis sahaja iaitu sekadar tingkatan moyang. Selebihnya? Wallahu a’lam. Bagi kebanyakan orang urusan tersebut tidaklah sepenting mana, tapi bagi sesetengah yang lain susur galur inilah jati diri mereka. Bagi diri saya sendiri, saya bertuah sebenarnya kerana sekurang-kurangnya 13 lapisan saya ketahui iaitu sehingga ke awal abad 17. Senarainya adalah seperti berikut: Nik Bahrum Bin Nik Abdullah bin Raja Ahmad bin Raja Mat bin Raja Abdullah bin Raja Senik bin Raja Kecik bin Raja Mohamad bin Raja Abd Rahman bin Raja Kecil Sulong bin Raja Omar bin Raja Sakti. Manakala di sebelah ibu pula saya adalah anak kepada Nik Syamsiah binti Nik Som bin Raja Senik bin Raja Husin bin Raja Bongsu bin Raja Senik dan seterusnya sebagaimana susur galur sebelah bapa. Setakat ini yang saya belum jelas adalah susur keturunan sebelah Tokku (ibu Nik Abdullah) kerana se...